Grab the widget 
Showing posts with label umno tipu melayu felda. Show all posts
Showing posts with label umno tipu melayu felda. Show all posts

Tuesday, April 12, 2011

Taib Mahmud Cadang Tiong Hiew Ganti Beliau ? (PRN Sarawak)

Apa hubungan tycon ini dengan ketua menteri Sarawak taib mahmud ? [baca sini], dan apa hubungan taib dengan Rimbunan Hijau Group pula, korang rakyat Sarawak perlu ambil tahu semua ini. [disini].

imageimage

siapa Tan Sri Tiong Hiew King

Lihat saja dalam gambar sebalah kanan, ramai pemimpin2 negeri rapat dengan tycon itu, jadi nyahkan BN di persada pemerintahan negeri Sarawak pada PRN 16 april nanti, beri peluang kepada PR pulak untuk mentadbir Sarawak, selagi UMporNO menerajui BN selagi itu lah rakyat ditindas dan harta kekayaan negeri di rembat oleh pemimpin.

Saturday, March 05, 2011

Umno MAKAN Melayu Melaka 6 Mac ni MAKAN Lagi…..

MELAKA (mula2 ada sultan melayu lepas tu ghaib, negeri paling lama kena JAJAH sampai La Nie)

penduduk-penduduk negeri Melaka terdiri daripada:
Bangsa Melayu: 50%
Bangsa Cina dan Peranakan (Baba dan Nyonya): 40%
Bangsa India, termasuk segolongan kecil bangsa Chitty
Lain-lain bangsa, termasuk bangsa Papia Kristang, iaitu bangsa Serani yang berketurunan daripada bangsa Portugis dan yang bertutur dalam bahasa Cristao (sejenis dialek Portugis yang lama).

pekida perkasakah ! kah ! kah ! kah ! kah ! “SINI MELAKA LA WOI ! BUKAN KELANTAN” geli nya hati aku………. gambar aku rembat kat [sini]

KELANTAN (negeri yang di cemuh, di khianati dan di KEBAS hasil mahsul nya oleh KERAjaan  pusat pimpinan pejuang melayu kunun nya.)

Berdasarkan pada Bancian Tahun 2000, Kelantan mempunyai seramai 1,313,014 orang penduduk. Kaum Melayu merupakan kaum yang terbesar dengan 95%, diikuti dengan kaum Cina 3.8%, kaum India 0.3% dan lain-lain kaum 0.9%. Berdasarkan bancian tersebut, 95% beragama Islam, diikuti dengan agama Buddha 4.4%, Kristian 0.2%, Hindu 0.2% dan lain-lain agama 0.2%.

PAHANG (negeri 2 beranak jadi PM melayu)

Pembahagian etnik berdasarkan kepada bancian tahun 2000 adalah seperti berikut:
Melayu: 989,473 (76.82%}
Cina: 228,043 (17.7%)
India: 64,419 (4.98%)
Lain-lain: 6,442 (0.5%).

JOHOR (negeri ketuanan parti melayu umno di tubuhkan di istana)

Keluasnya negeri Johor ialah 18,992 kilometer persegi (km2) dan mempunyai 2.8 juta penduduk pada tahun 2000. Pembahagian penduduk mengikut kaum ialah:
Kaum Melayu:  51.0%
Kaum Cina:      35.4%
Kaum India:       6.9%
Kaum lain-lain:   6.6%.

Assobiah melayu jaga puak dia jah, kalau melayu bukan puak dia ?, umno  bukan setakat menipu melayu nih, MAKAN sekali hingga nak pupus di negeri2 jagaan nya.

Friday, March 04, 2011

Harussani ! Lu Jangan Campur Urusan Politik

image Lu sudah di kandang kan oleh najib, agama lu sudah terkandang dalam aliran politik umno ugama suku politik suku, lebih elok lu duduk diam dan makan kenyang2, hal Dosa Pahala, Syurga Neraka sesorang lu jangan peduli, sebab lu kata “Allah yang menentukan nya”, lantak diorang lah……..lu hanya makan gaji……….tak ada kena mengena dengan lu.

Lu boleh sandang jawatan Mufta sampai mati, kerana martabat lu pada pandangan najib dan umno lebih tinggi dari Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi, dengan kenyataan terbaru lu itu najib sangat2 suka hati.

Dalam perjuangan umno yang lu paham tidak ada dosa, pahala, syurga dan neraka, jadi bila berpolitik untuk memilih pemimpin tak payah  pakai panduan agama, buat lah apa saja, pemimpin RASUAH ke, pemimpin buka kilang arak ke, buka premis judi ke, pemimpin dan KERAjaan tipu rakyat ke, pemimpin langgar hukum agama ke, pemimpin hina ulama ke, merogol, membunuh ke itu semua tak payah ambil peduli, kerana………………hanya Allah sja menentukan syurga neraka……………………….amboi senang nya pahaman agama lu, kalau macam tu takyah belajar rukun Islam, rukun iman la…….pakai redah je………….kemudian serah bulat2 pada tuhan, pakai niat je……………….Allah banyak menyebut dalam Qur’an perumpamaan2 semacam ini dah di janjikan NERAKA…………apa lu boleh excuse….?

Teruk 1msia ni, mufta tahap ni pun masih ada lagi……………..uhhhh ! senang kalau gitu jadi Mufti ni ye, tak payah peduli kepada manusia ye ?, cuba lu jawab……..pemimpin macam mana wajib kami pilih dan taat ?, pemimpin dan negara yang berkiblat kan yahudi, pemimpin yang langgar perintah Allah atau ape ?.

Nampak nya satu kepala jah dengan No Denghih Mufti nih.

Thursday, March 03, 2011

Bayar Saman Trafik Dengan Undi Kalau Cerdik PRK Merlimau Dan Kerdau

KERAjaan sambung lagi tempoh bayar saman trafik tertunggak hingga 10 mac, KERAjaan masih berkira2 kerana ramai lagi yang belum dan degil atau atau yang BENAR2 tidak berkemampuan, di hitung2 ramai yang belum dari yang telah LUNAS kan, satu cara KERAjaan merembat duit rakyat dengan cara tidak betul.

image kalau macam ni tak salah…………..tapi kena bayar bulan kot……

Bermacam2 peraturan KERAjaan kena kan kepada rakyat, termasuk peratuan2 jalanraya yang tak munasabah dan tidak masuk akal, KERAjaan memang licik bab2 MENJERAT rakyat nih, kerana KERAjaan tahu amai pengguna jalanraya terpaksa membayar saman2 dengan UGUTAN2 senarai hitam, kepada yang kaya dan tawke2 mereka tidak berkira sangat, daripada mereka membuang masa ke mahkamah2 yang beselerak di malaysia ni lebih mereka himpun dan bayar sekali gus, bagai mana kalau yang hujung2 kampung jarang2 sekali ke jalanraya dan terus kena saman.

image ini bukan lori treler peneroka felda…………paling tawke2 yang ada contact dengan seseorang yang bekuasa.

Saman ekor, lampu kuning pada lori (sekarang tadak dah), kotak hitam pada pengangkutan awam, double line, had laju, lebih muatan, tali pinggang penumpang belakang ohhhh ! banyak lagi lah……………korang tahu bila banyak sangat peraturan bertambah LUAS lah peluang RASUAH oleh pegawai2 penguatkuasa undang2, berapa banyak kes2 saman yang dah Kawtim ? ada statistik ?.

image ini perangkap ?……………..RM isi katong KERAjaan untuk pilihanraya dan berjoli2

Haru biru pemegang lesen dan pemilik kenderaan di malaysia nih………start jah engine kereta naik jah atas jalan………………kena berkira2 dalam poket mesti ada sekurang2 RM300……………….kes yang boleh settle……….terus settle……kalau yang tak leh, simpan untuk bayar di mahkamah atau kompaun.

Tapi yang pelik nya bila di SAMAN jah dah di kira bersalah, sudah ada angka sekian2 perlu di bayar tanpa perlu melalui proses undang2 di-mahkamah, mahkamah pun bukan suka2 jatuh hukum, perlu ada pengakuan bersalah terlebih dahulu dari orang yang kena saman barulah mahkamah jatuhkan hukuman, baru mahkamah tentu kan bayaran denda atas kesalahan itu mengikut budi bicara hakim, ini tidak………..senang jah perangkap duit rakyat…………….

Jadi macam mana nak ajar KERAjaan ?………………………..oiiit ! korang tak tahu ke ?……..jangan jadi bangang, melalui peti UNDI laaa…………….JANGAN PANGKAH LAMBANG DACING BN……………susah sangat ke ?…….guna la hak korang tu…..ni tak ……….menyumpah kat kedai2 kopi…….warung2 dalam pejabat……..di ladang2 sawit wat pe ?.

Pengguna jalanraya yang paling untung ialah orang2 besar berpangkat, atau orang yang ada kamcin dengan seseorang yang berkuasa, tawke2 kilang, pengusaha2 industri, cukung2 siap ada bayar BULANAN lagi………..perghhh !.

Tuesday, March 01, 2011

Naib Presiden PERKASA Tegur Penasihat Jurucakap Yahudi ?

“Saya tak kata Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin) ini kumpulan pengganas.

Saya kata Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin) boleh ambil bahagian dalam pilihan raya dengan syarat menolak keganasan dan fahaman ekstremis, sebab ini (kumpulan pengganas adalah) pandangan umum terhadap Muslim Brotherhood, bukan pandangan saya,”

………………..ya ! ya ! ya !…….saya dengar pandangan umum dari yahudi amerika dan israel kata…………..saya hanya jurucakap jah…………….

tok guru gila dan no deghih baju hitam No Deghih dan baju biru tok gughu suka cakap “GILO ! GILO ! GILO !……..ulamak penasihat agama umno Kelantan. [klik sini kenali mentality mohd nor deris]

“Penasihat2 Perdana Menteri mestilah buat penyelidikan sebelum menasihatkan bosnya mengenai sesuatu. Terbaru kenyataan DS Najib yg melahirkan kegusaran mengenai sikap Sheikh Yusuf Al-Qaradawi terhadap keganasan perlu dijernihkan. Ini kerana Al-Qaradawi adalah ulamak besar yg sentiasa memperjuangkan prinsip wasothiayatul Islam dan pernah menasihati Ikhwanul Muslimin agar lebih bersederhana dalam pendekatannya” [naib presiden perkasa umno  Tumpat]…………..walau apa pun mamat ini tetap umno bersama2 dengan No Deghih……….

Wednesday, February 23, 2011

Regim2 U Sedang Bermain Api Dengan Budak2 U

Pentadbir2 U seolah2 Regim yang di restui oleh KERAjaa, bermacam2 peraturan di kenakan keatas mana2 calon yang tidak sehaluan dengan KERAjaan, U cuba hendak mengajar pelajar2 menjilat pemimpin2 negara.

image contoh regim zalim yang di jatuhkan rakyat setelah penipuan dalam pilihanraya.

Sudah melampau peraturan2 di malaysia ini, seusia muda pelajar2 U sudah di tanam perangai yahudi, penuh dengan segala penipuan. [lihat sini].[sini]

Hanya segelintir saja pelajar yang bengap mengikut apa saja pentadbiran U buat dan arah, yang celik dan pintar dan tahu akan masa depan negara lebih ramai, itu lah sebenar nya yang di takuti oleh regim U dan KERAjaan nasionalis umno.

pelajar bukan mudah untuk di tipu seperti melayu umno felda, mereka semua sudah tahu apa saja penyelewengan KERAjaan, dengan RASUAH nya, berjoli dengan harta rakyat, serta mengagih kekayaan negara sesama kroni dan sebagai nya.

Akhir2 ini apa saja jentera KERAjaan penuh dengan TIPU dan UGUT untuk KERAjaan umno kekal kuasa menjelang PRU13 nanti, itu jah yang mereka ada, tapi mereka lupa, mereka sedang bermain API dengan budak2 U sebenar nya.

Monday, February 21, 2011

Jangan Kritik Isa Samad Yang Suci

Bersandarkan alasan, imej bekas Menteri Besar Negeri Sembilan (Isa Samad) itu pernah tercalar dengan isu RASUAH, dalam satu forum baru-baru ini, Tengku Zafrul mengeluarkan kenyataan bahawa pelantikan Mohd. Isa sebagai Pengerusi Felda telah memberi isyarat yang salah kepada pasaran sehingga menyebabkan kebimbangan pelabur.

DSC03767 Suci nya Isa macam bayi baru lahir jah….

Berikutan kritikan itu, pelbagai pihak telah mendesak Tengku Zafrul supaya meletakkan jawatan dan ia dilihat seolah-olah mempertikai keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak…………….kah ! kah ! kah ! Oit ! ISA tu suci bak kain putih seperti bayi lahir la………………….maka Najib lah yang mencorak kan ISA akan jadi apa…………….

Kena mohon maaf la banyak2 dan bertaubat kalau tak………………….[baca sini weih !]

"KERANA MU ALLAH" & 'ALLAH DIDAHULUKAN, TAQWA DIUTAMAKAN"-Bob Lokman

image Mengapa aku terpengaruh untuk mengejar dunia yang memang telah diberitahu oleh Almarhum Ayah semasa aku kecil, bahawa dunia ini adalah bala, setan, iblis, yahudi dan nasara, adalah kerana dunia ini telah dibentuk acuannya oleh mereka yang bernafsu besar untuk menjadi hebat pada mata dunia. Bermulanya Malaysia ini dengan nafsu Tunku Abdul Rahman untuk membuktikan bahawa dia boleh melakukan lebih baik dari orang inggeris hinggalah sampai kezaman Mahathir yang bernafsu besar untuk menyatakan kepada bangsa lain di dunia bahawa orang melayu lebih hebat dari mereka. Maka aku pun terperangkap didalam kehendak nafsu besar pemimpin yang berbuat sesuatu kerana sesuatu yang aku kurang faham tetapi yang pastinya bukan KERANA ALLAH. Disambung pula oleh pemimpin selepasnya dengan niat "kerana mu Malaysia", "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" maka kita telah menyimpang jauh dari kehendak ALLAH menjadikan kita sebagai hambanya yang sepatutnya berbuat sesuatu "KERANA MU ALLAH" & 'ALLAH DIDAHULUKAN, TAQWA DIUTAMAKAN". [baca seterus nya]

Tuesday, February 15, 2011

Stopa Stawo Menteri BiniNajib Talam 2 Muka…………

Mustapha mohamed @ stopa anak stawo ketua perhubungan umno Kelantan adalah talam dua muka, di Kelantan lain bila di pusat lain pulak kepala hotak nya, di peringkat pusat bersama kembar nya Awe Adek menyokong dasar KERAjaan yang membenar dan mengeluar kan lesen2 judi, premis persundalan yang berselindung di sebalik pusat2 hibuan tanpa had, spa, rumah urut dan sebagai nya.

SONY DSC stopa anok stawo

Bila di Kelantan tunjuk ‘alim mengatakan Judi kuda, nombor ekor dan pelacuran HARAM………………….aiiik ! haram………..No Denghih baru bagi tahu ke ?, oiii ! lebih 1400 tahun dahulu telah tercatat dalam kitab suci Al Qur’an yang orang mengaku Islam mengImani nya jelas menyatakan dua perkara yang baru di sebut stopa stawo itu HARAM, Kerajaan Kelantan sejak mengambil alih tampuk pemerintahan 20 tahun dahulu dari Umno sudah menjalankan tanggungjawab sesuai dengan apa yang di perintah Allah telah beransur menghadkan pengeluaran lesen2 premis Judi dan rumah2 pelacuran, Kerajaan negeri telah menjalankan tanggungjawab itu, sehingga kini sudah tidak ada.

Kerajaan negeri telah menggubal dan memperbaiki atau di mansuh mana2 dasar yang bercanggah dengan Islam dan mewartakan, dengan itu penguatkuasaan undang2 dan dasar terletak pada agensi yang berkaitan untuk  menguatkuasakan satu2 dasar dan peraturan2 itu, mana agensi2 itu yang berkaitan dawaan stopa stawo jika ada berkaitan 2 perkara itu judi haram dan pelacuran, Kerajaan negeri tiada Polis sendiri, di sebab kan 2 perkara itu merupakan JENAYAH, agensi lain tidak boleh bertindak sendirian tanpa kehadiran pihak Polis, malah Polis mempunyai kuasa 100% untuk menghalang, menangkap, menjalankan penyiasatan  seterus nya menjalankan pendakwaan bersabit dengan 2 jenis jenayah itu.

Apa tahap menteri stopa stawo ni bangang, dia anggota KERAjaan persekutuan ada kabinet jemaah menteri lagi, polis pulak adalah agensi KERAjaan persekutuan yang bermenteri kan menteri umno, kenapa tidak ketengah masalah itu dalam kebinet seterus nya menggesa menteri yang jaga Polis supaya berbuat sesuatu bagi masalah yang stopa stawo sendiri tidak setuju, kenapa hanya melalak kepada wartawan dan media saja. berkaitan [disini]

Monday, February 14, 2011

Sultan Melaka Murka Solat 2 3 Imam Dalam 1 Masjid Semasa PRK Dun Merlimau

Situasi begini bagi aku biasa2 saja, tidak pelik dan aneh, hanya pencacai Umno jah berasa aneh.

image Aku pernah bermusafir 2 3 malam di Masjid dimana2 PRK kerana aku tak berkeupayaan untuk menyewa rumah atau hotel, ramai musafir dari seluruh pelusuk tanah air terutama penyokong2 Pas, setelah melalui perjalanan jauh mereka juga mengambil kesempatan untuk rehat sementara untuk menunaikan solat Jama’ dan Qasar selain solat waktu, mereka sampai tak kira waktu kadang2 dalam berkumpulan lalu mereke berjamaah dalam kumpulan mereka itu tidak pelik walau pun 2 3 kumpulan berasingan.

Aku rasa kalau pencacai2 umno ada bermusafir di masjid2 mereka akan bertambah aneh kalau mereka melihat ramai orang yang tidak solat fardhu dalam waktu nya, ada yang terus tidor dan berehat tanpa peduli imam masjid menunaikan solat fardhu  berjumaah, mereke akan tulis dalam blog mengatakan “penyokong2 PAS tidak sembahyang hanya berehat jadikan hotel saja di masjid2”.

Dimana2 PRK aku peratikan jarang UMNO2 bermusafir  di Masjid, kalau ada pun jika mereka sampai awal pagi………..yang betina dan jantan nya berpusu2 TERKAM tandas Masjid, sebuah bas misal nya 7 8 orang jah tunggu menunaikan solat subuh di masjid, yang lain…………………………….Islam Hadhari, situasi sebegini pencacai2 umno dan sultan2 sukar temui, kerana mereka  jama’ Qasar berjumaah di hotel2 40 bintang bertaja, di tambah umno berkasta tinggi dalam beragama langsung tidak mengetahui beragama nya rakyat BIASA, rakyat BIASA mampu beralas kan semen tanah dan pasir untuk bersolat asalkan tempat SUCI, berbanding mereka2 pulak beralaskan carpet permaidani yang berwarna warni atau KUNING saja, fuh ! hebat mereka beragama……….ada class……….[ini pun berkaitan]

Monday, February 07, 2011

Gelombang Merah Mula Mengganas Pecat Guru Kafa

image Mana2 guru KAFA bawah PPD Kuala Krai yang berat kepada PAS, keluarga Pas dan yang tidak sebulu dengan ketua2 cawangan umno apco tidak di sambung kontrak.

Alasan yang sosek2 aku dengar ini adalah pembersihan dalam KAFA dari benih2 Pas, seorang guru KAFA yang terlibat dengan penamatan yang sebelum ini sudah berbelas tahun berkhidmat telah mengajukan soalan kepada pihak PPD Kuala Krai, jawapan nya anda kena tanya ketua cawangan dan berunding dengan nya.

Di pihak JPP yang berkaitan guru KAFA pulak kabar nya ayah kepada calon DACING BiniNajib PRK Manik Urai yang kalah mengetuai nya, masa kelas Fardhu ‘Ain pulak di katakan di tambah 1 jam lagi, berbanding 2 jam sebelum ini…………kah kah kah………………….1 jam boleh claim elaun untuk guru2 tajaan umno apco, yang susah nya nanti IBUBAPA dan anak2 akan kelaparan sampai ke petang, anak2 yang dekat sekolah OK, kalau yang jauh………………………….peduli apa orang susah ke payah………janji umno dapat menghidupkan pencacai2 nya dengan claim itu dan ini.

Ketua2 cawangan umno kini layak memilih siapa2 yang dia berkenan untuk jadi GURU KAFA ?, perangai ini ala ala KERAjaan Mesir dan Tunissia, dalam pengamatan aku, guru2 kafa dari umno sebelum ini ada yang maruah nya tahap pelacur, ini ada di sebuah sekolah bawah PPD Kuala Krai sebelum ini, tak apa kerana dia dari Umno.

RM800 woooo ! sebulan, masa RM250 tak de sapa yang hingin, puak2 Pas la yang mengisi jawatan ni dulu mula2 di tubuhkan, atas dasar nak berkhidmat kepada anak bangsa, yang umno sibuk ni kerana ada ura2 guru KAFA nak di serapkan ke jawatan tetap setelah di gesa oleh Cuepacs.

Dan siapa akan membela mereka yang teraniaya ini, aku harap TOK WAKIL PAS kena ambil berat hal ini, Ketua Pemuda Pas Negeri pun datang dari daerah ini, jangan berdiam diri.

Friday, February 04, 2011

Harga Getah Mahal Bukan Kerana KERAjaan Pandai….

Anak2 yang keluarga mereka mengusaha dan bekerja di kebun2 getah, atau pekerja2 ladang getah, atau peneroka kebun getah kena ingat dan paham, kenapa harga komoditi getah melabung tinggi sekarang ?.

image antara produk yang berasas kan getah

Korang kena ingat juga, harga komoditi itu boleh merudum jatuh tanpa notisbila2 masa juga, walau dalam apa situasi pun.

Harga getah mahal bukan kerana KERAjaan bijak mengurus komoditi itu, KERAjaan tak buat apa2 pun untuk menstabil kan harga nya, KERAjaan hanya tunggu dan lihat jah, olih kerana permintaan tinggi di peringkat antarabangsa, stok pulak kurang dan kurang nya pengeluaran olih negara2 lain jadi itu lah sebab nya harga bolih tinggi, jadi KERAjaan bolih tumpang sekaki mengaut keuntungan malah berlipat ganda dari harga sebanar yang di tawarkan, korang ingat sikit ke KERAjaan REMBAT, siapa tau harga sebenar, tak tau punya, hanya pembeli2 jah yang buat harga sesuka hati, sebab itu harga tak sama antara satu tokey dengan tokey yang lain, ini aku berceritakan tentang perniagaan getah di peringkat Kampong, tokey besar siapa ? ehhh !. mesti lah CUKONG, Lee Rubber dan sebagai nya, MARDEC ? pundek lah agensi ini, pendek kata harga tidak ada satu standard yang di tetap kan, harga boleh di main2 kan, kenapa KERAjaan tak kawal harga getah macam gula, susu dan sebagai nya ? aku percaya ada ruang penipuan di situ……tapi melayu umno felda tetap sampai siang sokong dacing, tak peduli harga jatuh ke atau naik, kerana hidup dan mati nya kerana Umno semata2, kalau sebut PHYSICAL CLOSING PRICES(FOB), LGM laa, SMR laa, mana orang kampong tahu semua tu, pasal harga getah masing2 buat harga ni adalah satu muslihat KERAjaan juga.

image penoreh getah (gambar hiasan)

Yang pengeluar getah kat kampong tahu bila harga tinggi luas lah lobang hidung, kalau murah nyumpah2, ini bukan taraf melayu umno felda jenis nyumpah2 nih…melayu umno felda OK sepanjang masa, tak mau dia menyanggah tuan nya, orang kampong tahu celik mata pagi kalau tak hujan TOREH batang getah jah itu yang dia tahu………harga main SERAH2 saja.

Kalau stok berlambak di peringkat antarabangsa dan keluaran pulak tinggi, ha ha ha !, masa tu beringus hidung…………..KERAjaan tak lih wat apa…….KERAjaan tak mampu nak kawal harga nya, olih kerana bangang nya KERAjaan harga getah terletak pada permintaan, getah ni untuk eksport semata2, kot ada untuk kegunaan dalam negeri pun tahap taik kuku jah, bukan kata nak buat kilang2 canggih untuk produk getah secara besar2an, supaya yang lebih2 kegunaan sendiri baru kita eksport.

Ini berbeza dengan sawit ada lebih sikit…………….tapi minyak masak untuk kegunaan tempatan pulak sering terputus bekalan, ini pun bangang KERAjaan juga, tak tahu AYAH DAFI wat apa, ayah DAFI ni pilihan felda2 dekat BERA, ini kena tanya orang Bera apa wajar nya undi ayah DAFI ni. heran aku……….minyak masak sekejap ada sekejap tak ada, ini semua main wayang la nih……….

Satu perkara yang orang tidak terlibat dengan jual beli getah ni tak tahu, ia itu penipuan dalam senyap, tipu timbangan secara terancang dan pemotongan peratusan basah, aku tang ni payah aku nak respek tokey2 getah macam gini, walau pun dia ustaz ke atau dah HAJI 1000 kali, lain lah tokey2 yang tak bersunat, pada masa harga mahal ni lah tokey2 buat harta kekayaan hasil dari penipuan, cuba korang bayangkan, tokey besar CUKONG dah tentu tipu, tokey kecik atau peraih kat kampong MELAYU haram halal letak tepi dulu, macam mana nak hidup berniaga getah ?, meraka wajib menipu penjual2 getah untuk mengimbangi mereka yang akan kena tipu oleh tokey2 CUKONG, korang paham tak ? makna nya tipu atas tipu, nak hidup berniaga getah memang gitu………

Wednesday, February 02, 2011

Umno Berjuang Untuk Melayu Pas Berjuang Untuk Islam

Ape ada hal bangang sangat nih Madey ?Lu umno nak perjuangkan melayu lantak lah………..kita orang Pas sejak di tubuhkan dan di benar kan oleh perlembagaan negara untuk perjuang kan Islam Lu peduli apa annair ?. nuhh ! Chua Soi Lek kamcing lu nuhhhh ……….lu cakap lebey ni dah rujuk sama ulama lu ke ? ulama40 tuh ?

Itu melayu berpecah 10 ke 1000 ke itu lu punya pasal lah, itu tanda nya kegagalan lu orang, sampai bila lu orang mahu pundek kan melayu ?, melayu bandar sekaang dah pundek lu orang balik tau….lu ingat melayu sekaang masih bangang macam melayu2 umno felda lagi ke ?, melayu umno felda bolih la lu orang pundek kan, bagi jah biskut cap ping pong dah luas lobang hidung, oiit ! madey, sampai bila lu orang punya gang mahu pundek melayu umno felda hah ?, tengok lah 2….3 generasi lagi bila mereka pun sampai ke bandar dan otak bergeliga serta bercampur gaul dengan yang orang otak bergeliga lebih dari tahap Ahmad Maslan, diorang ni dengan lu2 madey dan Ahmad mereka akan pundek kan, lu madey dan gang2 islam nasionalis bukan nya dari orang2 yang baik, depan jah nampak baik, belakang penyamun, berniaga arak, judi dan yang tak tahan nya ialah RASUAH.

Melayu berpecah nak salah kan orang lain, nak main sentimen kaum la tu………..toksah lah orang dah tau jantan betina ikan di air, ni bukan zaman nujum pak belalang lagi la madey……….

Bangang ! PAS dan TGNA perjuang kan Islam bawaan Nabi Muhammad (SAW) melapaui batas kaum, kami Pas ajak yang melayu2 Islam jah, melayu kafir lantak lah dengan kekafiran nya kalau tak mahu terima gak, Cina2, India, Mamak  yang Islam dan  belum Islam (ada ke mamak belum Islam ?) , Siam, Orang Asal, Bangsa campur2 yang Islam dan bukan Islam yang sokong serta yakin kebaikan Islam yang nak di bawa olih Pas.

image image image ramai islam lu orang umno perjuang untuk membengkak perut anak cucu bersumberkan ini lu madey tak pernah menegur pun, lu pun sama 2x5 jah.

Patut nya dah lu tau madey oit !, melayu dah hancur olih perbuatan lu orang, mamposkan saja pati lu orang tuuu…………mari joint sekali dengan Pas…….baru nampak hebat tak jadi macam KERA sumbang, dalam Pas kami ada semua bangsa boleh joint, apa bolih buat melayu nak joint kami Pas, lu kecoh ape hal, saham nak goal dah ke ?, betul lah tu, lu madey nak jaga kepentingan ANAK2 lu dalam umno pati Rasuah, bukan nya nak jaga melayu sangat, lu cakap sekadar nak suruh sedap dengar di telinga jah………..

Jangan nak tuduh2 orang lain ganggu kacau dalam umno, apa lu madey dan RO$MAH buat untuk satu kan melayu ?…..TARRRRRAAAAK punya, lu orang satukan harta2 rakyat untuk PERUT2 anak2 dan keluarga lu jah, kat rakyat lu bagi biskut cap ping pong jah……….

Klik….Pergi Jahannam Lah Umno !

Monday, January 31, 2011

Orang Kelantan Melayu Sebenar?

Benarkan Melayu Kelantan merupakan orang Melayu yang paling asal di negara ini berbanding dengan orang Melayu di tempat lain?

Menurutnya, hipotesis itu juga berdasarkan kajian awal terhadap genetik Mithochondial-Ssid Deoksiribonukleik (Mithochondial-DNA) di kalangan beberapa penduduk di pedalaman Kelantan yang tidak pernah keluar dari kawasan mereka.

image tokoh2 Ulama kelahiran Kelantan

Bagaimanapun, katanya, hipotesis itu memerlukan kajian lebih mendalam mengenai Siapa Melayu Sebenarnya yang akan dijalankan menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan dijangka siap tiga tahun lagi.

Ketika ini, katanya, terdapat 12 etnik Melayu di negara ini termasuk mereka yang berasal dari Indonesia termasuk Jawa, Bugis, Minang, Champa dari Kemboja dan Yunan dari China.

“Bagaimanapun kajian ini bukannya untuk mengubah sejarah bahawa orang Melayu berasal dari tempat lain tetapi adalah untuk mencari fakta terbaru berdasarkan penyelidikan kita sendiri,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyerahan tesis hasil penyelidikannya mengenai kajian genetik dan forensik pergigian oleh seorang lagi pensyarah Sains Forensik pusat pengajian yang sama, Dr. Mohd. Fadhil Khamis kepada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) di sini hari ini.

Tesis itu diserahkan Naib Canselor USM, Prof. Datuk Dzulkifli Abdul Razak kepada Ketua Pengarah JHEOA, Datuk Fadzil Mahamud.

Pada masa yang sama, kata Dr. Zafarina, kajian itu juga bukan mahu menidakkan status Melayu di kalangan etnik-etnik Melayu yang lain tetapi lebih kepada untuk mengetahui etnik Melayu yang mana paling awal wujud.

Dalam pada itu, penyelidikan terulung beliau dan pertama di negara ini yang memberi tumpuan kepada perbandingan genetik Mithochondial-DNA mengesahkan perbezaan antara populasi Melayu Moden dengan Melayu Proto.

Pengesahan itu yang berdasarkan tempoh masa kewujudan dan kandungan Mithochondrial-DNAsekali gus mengenepikan anggapan bahawa generasi paling awal orang Melayu yang ada pada masa kini Melayu Proto.

Pada masa yang sama, hasil penyelidikan Dr. Zafarina itu membuktikan Melayu moden berasal daripada populasi 'Mongoloid' dari selatan China atau 'Austranasian' yang berhijrah ke kawasan lain di Asia antara 6,000 hingga 8,000 tahun dahulu.

“Ia berbeza dengan populasi Melayu Proto yang wujud lebih awal iaitu kira-kira 200,000 tahun dahulu dan berasal dari Afrika,'' ujarnya.

Beliau yakin hasil kajian itu dapat digunakan dengan lebih meluas dan pihaknya berhasrat menghasilkan satu pengkalan data khusus sebagai rujukan bagi membangunkan masyarakat Orang Asli yang berjumlah kira-kira 150,000 orang di Semenanjung ketika ini.

Sementara itu, Dzulkifli berkata, kajian seumpama itu perlu ditingkatkan bagi mencari sebanyak mungkin maklumat agar menjadi hak milik negara.

Melayu Umno Tenang Layak Dekat Felda Dan Hujung2 Kampung jah

image Melayu umno felda layak menerima hamper2 yang mengandungi milo, biskut ping pong, minyak masak setiap kali tiba musim pilihanraya, kekal kan lah tradisi ini.

Orang Cina bandar Labis berniaga  milo, biskut ping pong, minyak masak tak kira masa dan  setiap kali tiba musim pilihanraya.

Pemimpin melayu umno membeli milo, biskut ping pong, minyak masak di kedai2 Cina di pekan Labis setiap kali tiba musim pilihanraya untuk menjaga FIX Deposit nya supaya tidak berpaling tadah.

Patut lah di Malaysia ni yang cerdik dan otak berniaga tinggal di bandar2, orang yang bijak dan otak berniaga di bandar tak UNDI BN umno Apco, kerana mereka dah masak dengan Pemimpin2 Melayu Umno yang RASUAH.

Yang melayu Umno bangang dan meminta2 layak jer di hujung2 kampong dan felda senang pemimpin melayu umno pantau kerana semua nya tinggal macam dalam kandang umno,  pemimpin nak HINA Islam ke, nak berjoli ke Oman Ke, tipu beli grade sawit ke, tipu harga baja ke, hutang bertambah  ke tak kisah, janji dapat Milo dan Biskut cap Ping Pong.

Melayu umno hujung kampung pulak asyik2 gadai tanah kat Cina di dorong oleh pemimpin2 melayu yang kunun menjaga kedaulatan melayu.

Benar harga komoditi naik, habis bukan hanya istimewa untuk peneroka felda saja, individu Cina ratus2 hektar dan ribu2 sama jah…….lain lah kalau istimewa pada melayu umno felda saja…………….berpuluh tahun Pekan Air Panas jadi kubu umno, nak jadi taik kuku Labis pun jangan harap, apa lagi nak jadi macam Bukit Bintang di KL, pengundi Bukit Bintang tak pernah undi BN.

Thursday, January 27, 2011

MCA Mengambil Peluang Hina Islam Masa Pilihanraya

MCA melalui presiden nya mengambil kesempatan untuk menghina Islam ketika berlaku nya PRK atau PRU.

image moral pemimpin sebuah parti dalam BN=BarangNaik=BiniNajib

MCA tahu sekutu nyaUMNO akan menyokong serta Ulama KERAjaan BiniNajib dan ulama40 akan menjadi BISU demi untuk menjaga hati pengundi2 Cina MCA supaya tidak kalah dalam pilihanraya, ulama2 nya bukan setakat BISU malah pemimpin tertinggi Umno turut menyokong dengan kata2, apa soi lek nak herankan, Ghani Osman dan muhyiddin yasin pun turut menghina Islam dalam masa PRK DunTenang nih.

Penghinaan MCA oleh presiden nya turut di perbesarkan Blog2 pro Umno Apco juga, termasuk menteri jaga agama terdiam tak terkata apa.

Hina lah MCA oiiiii !, kerana kamu ada parti yang paling bekuasa menyebelahi kamu, Umno tak kisah………… kerana ajaran Islam Hadhari memang begitu.

Maka terpulanglah kepada pengundi2 muslim Dun Tenang untuk menentukan nya, samaada mereka setuju atau tidak MCA hina Islam, kalau mereka setuju mereka akan undi BN sekali lagi.

Kalau di lihat pada penerimaan kaum CINA di tenang, mereka sendiri sudah cuak dengan gelagat pemimpin MCA, kerana ada antara nya menghisap darah sesama kaum mereka sendiri, betul ke kat pekan Labis ada TOKEY LOMBONG (berniaga hasil lendir) ?, kabar nya ada title lagi ?……….nak tak percaya pun kawan aku bangsa cina yang cakap, siap diberi perlindungan lagi, siapa yang lindungi nya ?,korang yang kat Tenang masa ni tolong siasat, klu dah aku bagi………..

Wednesday, January 26, 2011

Bini Rais & BN Bini Najib Baham Duit Langganan Celcom Berukband ?

image Perkhidmatan Celcom Berukband tahap BN Babi Negara, RM68 sebulan tak miss lembab macam Siput Babi, cakap berdegar2 kata “LUNAS2 Jalur Lebar terbaik”, terbaik hape pakat tipu rakyat, bayaran tak setahap apa yang kami dapat.

Kami ni terpaksa……….. paham tak, terpaksa gunakan apa yang ada, di Dun Tenang pun capain tahap edge gak, ini lah akibat syarikat yang ada orang Umno berkepentingan di dalam nya, penting kan untung saja.

Nih !, area Manik Urai yang BN Barang Naik nak jadikan ANAK EMAS nih……………LUNAS2 Jalur Lebar ape hal ?.

Sebab tu bini2 menteri banyak bawa duit poket untuk berjoli luar negara berminggu2 tinggal suami yang kencing manis kat rumah, kan dah berbagi untung dengan syarikat2 GLC yang mereka kawal dan ada saham di dalam nya, itu pasal mereka buat derk je bila ada komplain…………

Tengok laa  di Dun Tenang pun BN=Bini Najib tipu jugak, tak sah kalau BN=Barang Naik tak tipu, internet hampes lebih dari Thailand.

Dah di tenang pemimpin umno jual gadai tanah kepada cukung, sib baik ada PRK, pecah juga lobang, sudah berapa ramai dah wakil rakyat MCA, Umno, BN terdahulu menipu rakyat disini, nak SAMBUNG lagi TRADISI itu kepada cucucicit pemimpin melayu yang khianat itu ?………….sudah2 laaaaaaaaaaaa

Tuesday, January 25, 2011

PRK Dun Tenang Undi Tidak Percaya Pada Ro$mah

Mudah saja kalau sudah muak dengan gelagat PM Ro$mah, jangan undi BN pada 30 Jan. nanti, kalau takut duit rakyat di perjoli oleh PM Ro$mah, JANGAN pangkah dacing pada 30 Jan. nanti, kalau bimbang harga barang naik melambung, UNDI PAS pada 30 Jan. nanti, kalau2 Soi Lek berlakuan lucah lagi nyah kan anak nya di Parlimen Labis PRU13 nanti………………

Ini semua kerja2 anak muda yang bencikan pemimpin RASUAH umno, anda berada di luar yang bekerja di kilang2 boleh balik mengundi pada 30 jan. nanti dan nasihatkan orang2 tua anda yang TOTOK membabi buta sokong umno Bn tuhhh…supaya tukar Parti Pimpinan Ro$mah dan sekutu nya, serta undi lah PAS test tengok amacam.

0 lihat ..mana ada rupa  ori lagi……..Menteri Islam ke camgini ? kepala telanjang ala Islam Hadhari Jamil khir.

Kalau anda masih sokong umno lagi, tahun depan Ro$mah akan gi ubah muka dia sekali lagi untuk muda kan 5 tahun wajah nya , berjoli sakan lah lagi, najib di nasihatkan nya supaya naik kan harga barang2.

Tahun depan habis bini2 Menteri akan Ro$mah bawak melancung sampai 6 bulan, maka jenuh la masyarakat Tenang menoreh getah untuk biayai Ro$mah.

Tiada Ro$mah Rakyat tidak terseksa dan sakit jiwa.

Tiada Bumi Umno Di Labis Dan Dun Tenang

Umno Labis dan Dun Tenang berjuang ATAS angin dan tidak berpijak di bumi nyata, sangat keterlaluan kalau aku katakan seluruh Johor bukan Bumi milik Ketuanan melayu lagi.

DSC00573 ini lah saja pembangunan ketuanan melayu bagikan kepada ahli2 umno nya selama 53 tahun, ya ! ini lah kediaman ahli UMNO Dun Tenang.

Bagi aku tak kisah walau siapa pun yang mempunyai hak keatas mana2 bumi di Johor malah di malaysia sekali pun, masaalah nya Umno sebagai ketuanan melayu dan jadikan Johor sebagai kubu kuat umno itu tanah rizab2 melayu nya habis tergadai kepada mafia2 dan gangster CINA, bumi Labis dan Tenang banyak telah di gadai dan di jual kepada mafia2 cina dan sebahagian di miliki oleh pemimpin2 umno yang RASUAH.

Selama 53 tahun bangsa melayu memberi mandat kepada ketuanan melayu untuk mengetuai  pentadbiran KERAjaan negeri Johor, melayu2 hanya di tempat kan di tanah2 rancangan jah dengan tanpa kebebasan untuk membuat keputusan sendiri, disini mereka di tindas, di cekik, di tipu dengan berbagai2 cara.

Adil kah melayu2 hanya di tanah2 rancangan sahaja tanpa kebebasan dan di ugut dengan berbagai2 cara ?, sedangkan golongan ELITE melayu yang Rasuah dan pesara2 KERAjaan serta Gangster2 CINA menguasai bandar2 ?.

Monday, January 24, 2011

PRK Mendedahkan Tembelang Sebenar Umno Johor

Sebelum ini Johor terkenal dengan kubu kuat amno, Johor juga terkenal sebagai lubuk ketuanan melayu, setelah ada PRK Dun Tenang rakyat luar Johor berkesempatan mengenali secara dekat apa yang amno Johor telah lakukan terhadap melayu2 Johor dalam erti kata pembelaan nya dengan sebenar2nya.

DSC00537 pengundi Dun Tenang PRK ni undi lah PAS, biar pemimpin Umno gheti bahasa sikit…

Rupa2 nya hanya sandiwara jah oleh pemimpin2 di berbagai peringkat, maka benar lah kata2 pemimpin2 peringkat tertinggi umno BN bahawa FELDA adalah FIX Deposit KERAjaan BN, benar juga masyarakat Felda bukan setakat berguna kepada pemimpin2 melayu umno saja, malah MCA, MIC dan dan komponen lain BN di semenanjung pun bergantung kepada UNDI dari felda juga.

Tidak ada kuasa ketuanan melayu yang sebenar2 nya kalau umno BN mengharapkan undi2 dari kampung2 tradisi melayu, bandar2 malah dari kaum Cina pun, melainkan undi2 dari Felda dan melayu2 hujung2 kampung yang tak sampai pembangunan dan maklumat serta kaum2 Asli di pedalaman Johor.

Bagi pemimpin2 umno Johor dan KERAjaan umno BN, melayu Felda , Asli serta melayu hujung2 kampung adalah asset yang paling berharga bagi mereka, kerana golongan mudah di cucuk hidung dan perkotak katikan dengan janji2 kosong, serta imbuhan yang tak seberapa hanya musim2 tertentu saja golongan ini perlu di ambil perhatian, selepas itu golongan ini boleh di perlakukan dengan apa saja.

Kalau tidak ada golongan yang aku sebut kan sudah lama pemimpin2 Melayu Johor lenyap, sudah tidak ada lagi pemimpin2 umno yang kaya raya dan bertambah kaya keluarga nya dengan berbagai khiatan dengan harta2 rakyat di REMBAT dan menjual TANAH Kerajaan kepada Cukong mafia Cina yang bertebaran di sekitar Labis umpama nya.

DSC00471 semua barang naik harga kerana penyelewengan BN dan pemimpin2 nya termasuk BINI Najib.

Di Labis dan di DUN Tenang khusus nya, golongan Cina bawahan sendiri pun tidak setuju dengan Mafia2 Cina yang bersekongkol dengan pemimpin2 melayu disini, kerana banyak projek2 KERAjaan di selewengkan, sebagai contoh nya, ada sebuah jambatan dekat Balai Polis di pekan Labis, semasa Sultan Johor hendak ke daerah ini, RM20 ribu kos untuk mengecat pagar jambatan itu yang tak sampai 50 meter panjang telah di bagi SUB kontrak kepada sorang Cina dengan harga RM5 ribu masih Cina Sub ini untung RM2 ribu lebih dengan kerja tak sampai 3 hari……..Oiiiit ! apa ni……….Umno MCA…..ada lagi projek rembat…….longkang tak sampai 200 meter dengan kos  juta2…………siapa rembat duit lebih kalau bukan bekas2 wakil rakyat terdahulu, wakil rakyat mana ni ? Amno BN atau Pas ?……..tentu nya wakil rakyat UMNO yang bersekongkol dengan MCA Labis…….melayu Felda dapat apa ?………..grade buah sawit pun kena tipu…………nak sokong lagi Umno BN PRK nih………?

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM