Grab the widget 

Monday, February 28, 2011

Najib Dengar Cakap Amerika Dan Yahudi Israel

“Saya tak kata Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin) ini kumpulan pengganas. Saya kata Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin) boleh ambil bahagian dalam pilihan raya dengan syarat menolak keganasan dan fahaman ekstremis, sebab ini (kumpulan pengganas adalah) pandangan umum terhadap Muslim Brotherhood, bukan pandangan saya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama penduduk Felda Jengka 25, di sini hari ini. [lihat sini]

Dalam kenyataan dibawa oleh National Review Online, Najib dipetik berkata Ikhwanul Muslimin tidak seharusnya “mengambil bahagian dalam proses (pemulihan Mesir) selagi mereka tidak menolak keganasan dan ektremisme.”

Dari kenyataan di atas dapat lah di fahami bahawa Najib tidak menafikan kata2 nya yang di petik olih National Review Online, sebalik nya najib  menjadi jurucakap kepada pandangan umum, siapa2 pandangan umum itu ?, negara2 Islam, gerakan2 Islam seluruh dunia ?, ada lah mustahil kecuali pemimpin negara Islam yang otak nya di program olih yahudi serta Najib dan KERAjaan nya yang di nasihat olih Apco dan polis dunia amerika.

Cuba korang baca berulang kali petikan2 National Review Online dan bandingkan pulak kenyataan najib ketika menghadiri majlis ramah mesra bersama penduduk Felda Jengka 25 itu.

Najib bukan setakat melabelkan kumpulan Islam terbesar Mesir Ikhwanul Muslimin dengan keganasan dan ektremisme malah ulama terkenal dunia Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi juga di labelkan sebagai pengganas.

imageSyeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi

Sedangkan Sheikh Yusuf al-Qaradawi pernah dianugerahkan dengan pengiktirafan selaku Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan tahun 2009/1431? seorang Ulamak tersohor yang menentang kemungkaran, kezaliman regim Hosni Mubarak, yang mana terbukti kini di mana duduk nya Mubarak sekaang.

0 comments:

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM