Grab the widget 

Friday, February 04, 2011

Harga Getah Mahal Bukan Kerana KERAjaan Pandai….

Anak2 yang keluarga mereka mengusaha dan bekerja di kebun2 getah, atau pekerja2 ladang getah, atau peneroka kebun getah kena ingat dan paham, kenapa harga komoditi getah melabung tinggi sekarang ?.

image antara produk yang berasas kan getah

Korang kena ingat juga, harga komoditi itu boleh merudum jatuh tanpa notisbila2 masa juga, walau dalam apa situasi pun.

Harga getah mahal bukan kerana KERAjaan bijak mengurus komoditi itu, KERAjaan tak buat apa2 pun untuk menstabil kan harga nya, KERAjaan hanya tunggu dan lihat jah, olih kerana permintaan tinggi di peringkat antarabangsa, stok pulak kurang dan kurang nya pengeluaran olih negara2 lain jadi itu lah sebab nya harga bolih tinggi, jadi KERAjaan bolih tumpang sekaki mengaut keuntungan malah berlipat ganda dari harga sebanar yang di tawarkan, korang ingat sikit ke KERAjaan REMBAT, siapa tau harga sebenar, tak tau punya, hanya pembeli2 jah yang buat harga sesuka hati, sebab itu harga tak sama antara satu tokey dengan tokey yang lain, ini aku berceritakan tentang perniagaan getah di peringkat Kampong, tokey besar siapa ? ehhh !. mesti lah CUKONG, Lee Rubber dan sebagai nya, MARDEC ? pundek lah agensi ini, pendek kata harga tidak ada satu standard yang di tetap kan, harga boleh di main2 kan, kenapa KERAjaan tak kawal harga getah macam gula, susu dan sebagai nya ? aku percaya ada ruang penipuan di situ……tapi melayu umno felda tetap sampai siang sokong dacing, tak peduli harga jatuh ke atau naik, kerana hidup dan mati nya kerana Umno semata2, kalau sebut PHYSICAL CLOSING PRICES(FOB), LGM laa, SMR laa, mana orang kampong tahu semua tu, pasal harga getah masing2 buat harga ni adalah satu muslihat KERAjaan juga.

image penoreh getah (gambar hiasan)

Yang pengeluar getah kat kampong tahu bila harga tinggi luas lah lobang hidung, kalau murah nyumpah2, ini bukan taraf melayu umno felda jenis nyumpah2 nih…melayu umno felda OK sepanjang masa, tak mau dia menyanggah tuan nya, orang kampong tahu celik mata pagi kalau tak hujan TOREH batang getah jah itu yang dia tahu………harga main SERAH2 saja.

Kalau stok berlambak di peringkat antarabangsa dan keluaran pulak tinggi, ha ha ha !, masa tu beringus hidung…………..KERAjaan tak lih wat apa…….KERAjaan tak mampu nak kawal harga nya, olih kerana bangang nya KERAjaan harga getah terletak pada permintaan, getah ni untuk eksport semata2, kot ada untuk kegunaan dalam negeri pun tahap taik kuku jah, bukan kata nak buat kilang2 canggih untuk produk getah secara besar2an, supaya yang lebih2 kegunaan sendiri baru kita eksport.

Ini berbeza dengan sawit ada lebih sikit…………….tapi minyak masak untuk kegunaan tempatan pulak sering terputus bekalan, ini pun bangang KERAjaan juga, tak tahu AYAH DAFI wat apa, ayah DAFI ni pilihan felda2 dekat BERA, ini kena tanya orang Bera apa wajar nya undi ayah DAFI ni. heran aku……….minyak masak sekejap ada sekejap tak ada, ini semua main wayang la nih……….

Satu perkara yang orang tidak terlibat dengan jual beli getah ni tak tahu, ia itu penipuan dalam senyap, tipu timbangan secara terancang dan pemotongan peratusan basah, aku tang ni payah aku nak respek tokey2 getah macam gini, walau pun dia ustaz ke atau dah HAJI 1000 kali, lain lah tokey2 yang tak bersunat, pada masa harga mahal ni lah tokey2 buat harta kekayaan hasil dari penipuan, cuba korang bayangkan, tokey besar CUKONG dah tentu tipu, tokey kecik atau peraih kat kampong MELAYU haram halal letak tepi dulu, macam mana nak hidup berniaga getah ?, meraka wajib menipu penjual2 getah untuk mengimbangi mereka yang akan kena tipu oleh tokey2 CUKONG, korang paham tak ? makna nya tipu atas tipu, nak hidup berniaga getah memang gitu………

1 comments:

Anonymous said...

assalam....
kenapelah manusia ni tidak pernah bersyukur. Mungkin anda rasa puas tidak hati dengan kerajaan tetapi bagi saya, saya amat berpuashati dengan pencapaian kerajaan sekarang. memang ada kekurangannya tp mereka juga manusia...seperti jugalah anda jgn lupa anda juga tidak sempurna. jgn cuma pandai memburukkan kerajaan sekiranya anda sendiri tidak pernah menyumbang apa-apa kepada kerajaan...

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM