Grab the widget 
Showing posts with label agama pakai kepala hotak. Show all posts
Showing posts with label agama pakai kepala hotak. Show all posts

Sunday, February 19, 2012

Di Sabah Ada Lagi Rakyat Bertani Pindah Randah

Najib kondem negeri Kelantan miskin, najib lupa negeri yang di perintah umno bn ada lagi rakyat nya kais pagi makan pagi bertani dan hidup berpindah randah.

Sehingga tahun 2011, daerah Pitas yang terletak di utara negeri Sabah merupakan daerah yang termiskin sekali di Malaysia dengan jumlah Ketua Isi Rumah Miskin Tegar (KIRMT) seramai 2,381 orang.

Lebih daripada 73 peratus penduduk daerah ini memperolehi sumber pendapatan melalui amalan pertanian pindah-randah.

miskin sabah

Bukan saja di Sabah, malah ramai lagi suku sakat umno yang sengkek walau pun mereka menyokong dan mengundi bn, bila tiba musim PRU atau PRK sengkek2 ni macam ikan lampam bawah jamban menanti TAIK dari tuan nya.

Wednesday, January 18, 2012

Generasi Ke 2 Felda Perasu Gua Musang Bangkit Menentang Pengurusan.

lebih kurang 300 org peneroka dan generasi kedua felda bangkit bersuara menentang pengurusan felda kerana gagal dalam isu tanam semula di perasu, saudara Mazlan Aliman selaku pengerusi anak juga turut hadir bersama. “kenyataan dari wakil generasi kedua Wan Nor Azilah di FB nya”.

image

Ini merupakan satu permulaan yg baik bagi generasi kedua gugusan felda di Parlimen Gua Musang.

Felda dan KERAjaan tidak bolih lagi cuba perbodoh2 kan mereka sebagaimana pengurusan felda sebelum ini menipu generasi pertama, generasi masa kini sudah celik.

Susulan dari itu di katakan juga warga peneroka KESEDAR di Kelantan selatan turut membuat bantahan kepada pengurusan Kesedar.

Kedua2 Agensi ini yg di dalangi UMNO banyak melakukan cekik darah atas kelemahan peneroka2, contoh nya pegawai2 KESEDAR sendiri, driver pun berlagak pegawai tinggi, yg lain2 tanya lah peneroka2 sendiri.

Wednesday, December 21, 2011

Parti Banyak ‘P’ Akan Bertanding Di Kelantan ?

imagePemilih Kelantan pada PRU13 nanti akan melihat calon parlimen dari komponen BN ia itu PPPPPPP akan meletak calon nya.

Seorang ahli parti PPPPPPP paling kanan dlm PPPPPPPPPPPP pusat, desakan2 demi desakan pada BN Kelantan dan akhir nya dikatakan UMNO sendiri terpaksa akur dan akan menyerah kerusi Parlimen Kuala Krai pada sekutu nya itu.

Bernasib baik atau tidak pengundi2 Kuala Krai tidak dapat kepastian setakat ini, ini bergantung kepada ramai mana pengundi2 Kuala Krai atau khusus DUN MU yg sebelum ini pada PRK yg lalu ramai pengundi jadi penerima DERMA dan ZAKAT pada musim pilihanraya, Pas MU hampir kecundang pada waktu itu, berbekalkan majoriti 65 undi mampukah Pas MU kekalkan kerusi itu pada PRU13 nanti ?

Dikatakan juga calon ini akan membiayai sebahagian perbelanjaan PRU Parlimen Kuala Krai kepada ke  empat2 calon DUN BN nanti.

Bagi aku “manusia tidak bolih menjadi Tuhan”, walau pun dapat membekalkan beras gula dan derma2 bermusim.

Tuesday, September 27, 2011

Lulus Lesen Judi n Arak Kepada Non Muslim Bolih (kunun nya) Hudud Untuk Orang Islam ?

Hudud tuntutan agama Islam, non Muslim tak payah masuk campur, Hukum ini untuk orang Islam.

image

Hukum jenayah islam terbahagi kepada 3; hudud,qisas dan ta'ziz. hukum hudud dan qisas telah ditetapkan oleh Allah sendiri tentang jenis kesalahan, beban bukti dan hukumannya. pemerintah hanya bertanggungjawab melaksanakannya sahaja.

Adapun ta'zir ialah jenis kesalahan yg setengahnya ada disebut secara jelas oleh nas-nas syarei dan ada yg diserahkan kpd pemerintah untuk menentukan samada sesuatu perbuatan itu salah @ tidak, manakala hukuman bagi kesalahan ta'zir adalah bidangkuasa pemerintah untuk menentukan jenis hukumannya, begitu juga cara membuktikannya ada yg disebut melalui nas-nas syaei dan ada yg diputuskan oleh para ulama/pemerintah.

Salahguna kuasa boleh diletak dibawah kesalahan Ifsad fi-alrdhi ( melakukan kerusakan melampau kpd masyarakat/negara) iaitu bawah kesalahan hudud, kalau tidak teruk sangat boleh dituduh di bawah ta'zir shj. manakala rasuah adalah kesalahan ta'zir dan pemerintah boleh memperuntukkan apa2 hukuman setimpal atas nasihat ulama mujtahid @ para penggubal u2 syariah.

Hukuman kpd kesalahan ifsad fi-ardhi ialah sama dgn hukuman Hirabah (merompak @ menyamun) iaitu samada bunuh @ salib @ bunuh dan salib @ potong tangan dan kaki secara bersilang @ penjara/buang negeri mengikut tahap kesalahan yg dilakukan. > credit to Che Ibrahim Mohamed.

Sunday, September 25, 2011

Umno, MCA, Gerakan, DAP Hina Tuntutan Amalan Agama Islam

Perkara 3. Agama bagi Persekutuan.

(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

Orang Islam tidak pertikai urusan agama lain, mereka bolih amalkan apa saja tuntutan agama mereka.

Hudud adalah sebahagian tuntutan amalan dalam agama Islam, kenapa perlu Umno, MCA, Gerakan dan DAP pertikai kan atau sengaja bermain api.

Salah kah Kelantan yang majoriti beragama Islam ingin melaksanakan Hudud keatas penganut nya ? dengan tidak melanggar perlembagaan negara.

Kami orang Islam khusus nya menuntut apa yg di sebut perkara 3 (1) perlembagaan persekutuan itu saja.

Tidak bolih kah orang Islam yang ada dalam umno, MCA, Gerakan dan DAP (kalau ada) menyokong tuntutan Kerajaan negeri Kelantan itu, sekira nya ada cacat cela tolong beri cadangan dan penambah baikan, sudah 54 tahun negara sudah merdeka kata nya, Orang Islam masih terkial2 untuk mengamal kan ajaran agama mereka, Kelantan pernah mangamal Hudud sebelum merdeka, orang Cina yang menghuni sekitar Kg. Cina waktu itu tidak ada apa2 masalah pun, sampai ada antara komuniti meraka bolih membaca menulis Jawi.

imageTGNA pencetus Hudud di Kelantan

Kelantan sudah mencetus nya, tapi tidak ada kerjasama walau pun pimpinan negara di ketuai olih orang Islam kunun nya, berbagai2 helah dan ugutan untuk menyekat nya.

Wahai penganut2 Islam tak kira dari parti apa pun tidak terasa apa2 kah dalam hati kamu ketika Islam di hina ini ?, selagi UMNO teraju pemerintahan malaysia selagi itu lah Islam akan di HINA, ya bagaimana orang Islam dalam PKR ?.

Nak perjelas lagi, HUDUD bukan agenda PAS tapi ia nya tuntutan Allah keatas hamba yang percaya kepada Nya untuk di amalkan, melainkan kamu dengan helah MAJMUK, Allah mencipta manusia sememang nya MAJMUK, cari lah bumi lain yang MELAYU saja penghuni nya sekiranya kamu handal dari Allah.

Saturday, September 24, 2011

Orang Islam Tidak Bebas Mengamalkan Agama Mereka Di Malaysia

Orang Islam di nafi kan hak mereka tidak sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan, perlembagaan menetapkan bahawa setiap orang mempunyai hak untuk menyatakan dan menjalankan agama nya.

Kami orang Islam tidak pernah pertikai amalan2 penting agama lain, kenapa kami penganut Islam sering di pertikai kan  bukan saja dari penganut agama lain malah pemimpin tertinggi negara sendiri pernah mencemuh dan memperlekehkan tuntutan amalan agama kami.

Hudud adalah tuntutan agama kami, kami ingin laksanakan itu keatas golongan kami salah kah ?, kami ingin mengamalkan nya.

image

Tidak timbul masalah suasana kondusif atau tidak, soal nya orang Islam di Malaysia sudah turun temurun, setiap orang yang mengucap 2 kalimah syahadah mereka sudah terikat dengan perintah2 Allah temasuk Hudud, lagi pun sudah 54 tahun melayu menerajui pemerintahan negara di bawah nya pelbagai agensi agama, tapi…………,  hukum Islam tidak lah se ZALIM ISA.

UMNO paling kuat menghalang nya, di Kelantan majoriti berugama Islam, salah kah hudud di  benarkan kepada mereka, sepatut nya semua orang Islam tidak mengira apa pahaman politik menyokong dan membantu usaha Kerajaan Negeri Kelantan itu, supaya Kelantan mendahului negeri lain tempat uji kaji dan menjadi MODEL. surat perdana menteri malaysia bertarikh 15 Julai 1994 menghalang hudud di laksanakan kepada menteri besar kelantan adalah berkaitan.

Friday, September 23, 2011

Orang Melayu Mengaku Islam Kena Fikir Banyak Kali Untuk Undi BN PRU13 Nanti.

“Pendirian MCA sangat jelas. Kami akan menentang dengan keras hukum hudud. Jika Umno mahu melaksanakan hudud, kami akan menarik keluar dari Barisan Nasional... sangat mudah,” kata Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kepada pemberita hari ini.

Muhyiddin berkata hudud bukan satu isu dalam BN memandangkan Umno dan PAS masing-masing berbeza pegangan politik — seakan antara “langit dan bumi.”

image

Semua nya sudah jelas, umno tidak bolih di harap lagi walau 1000 tahun lagi untuk laksanakan Hudud, malah sentiasa menekan Pas dengan pelbagai peraturan demi menggagalkan hasrat Pas untuk laksanakan hudud walau pun di negeri2 PR khusus nya Kelantan, suasana tidak kondusif ini akan berlarutan sampai bila2 selagi umno menguasai teraju pemerintahan negara, kerana umno tidak berusaha kearah itu malah lebih teruk lagi keadaan nya.

Tuesday, August 02, 2011

pdRM Dedah Hasil Siasatan Penemuan Pelbagai Senjata Dan Baju-T BERSIH ?

Dua laporan polis telah dibuat terhadap pegawai tertinggi polis Kuala Lumpur dan Selangor berhubung pendedahan penemuan pelbagai senjata dan baju-T BERSIH sebelum perhimpunan aman bersih2.0 pada 9/7/2011 tempoh hari.

Laporan tersebut, masing-masing dibuat oleh presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman (dua dari kiri) dan ketua penerangan Pemuda PAS Selangor, Shahrom Daud, terhadap pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh dan Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.

image

Antara senjata yang dilaporkan ditemui itu termasuk parang, molotov cocktails, mercun dan botol plastik berisi petrol.

Nampak nya sampai hari ini tiada apa2 hasil siasatan nya, polis hanya beria2 menyiarkan video mat sabu yang tidak di langgar olih pajero atau land rover polis.

Rakyat nak juga tahu siapa dalang yg membekalkan senjata2 yg di temui polis itu, tapi polis lambat pulak……..sedang jarak hari antara video mat sabu dan penemuan senjata2 itu agak lama juga, kenapa video mat sabu tak di langgar pajero land rover polis cepat je  nak tunjuk pada umum………nampok sangat polis nak belawok untuk tolong umno.

Wednesday, July 27, 2011

Pegawai KERAjaan Bermewah2 Di Shanghai

Email di kirim d siar tanpa edit, kerja kroni yang bertugas d luar negara, perabihkan duit pakcik makcik kampong, tarif letri semakin mahal ini antara penyebabnya.

ceritonyo pasal pegawai2 kerajaan yg duk kijo di luar negara ni..ambo ngaku yg ambo mmg tok puas hati tgk ko puok2 kerajaan menyeleweng & menyalah gunakan duit rakyat msia..terlalu byk pembaziran yg tak munasabah..ambo bui contoh ko tuan...seorg pengarah bg agensi kerajaan yg dtg ke shanghai,bawok bini sore,anok 5 ore..semo anok2 umur bawoh 18 thn..diorg akan dpt kos sara hidup sebanyak : USD 3500 utk bini & USD 1000 utk setiap org anak yg berumur bawah 18 thn..dan duit ini dibayar setiap bln dlm matawang Ren Min Bi (Yuan)..dan utk kediaman,mereka duk di rumah mewah yg sewanya dlm RINGGIT MALAYSIA 15K ke 20K sebulan...semua bil elektrik,air,telefon ditanggung oleh kerajaan..termasuk sekolah anak2..

image

Untuk pegawai pangkat biasa(bkn pengarah)isteri dapat USD 2500,anak2 dpt USD 800 seorg..rumah sewa dari RINGGIT MSIA 10K ke 15K..cuba kalau kita kira jumlah USD tu tukar ke duit RM dan disetiap negara ada lbh dr 10 keluarga yg bekerja utk kerajaan(katanya la keje,tp nampak mcm asyik berjln kehulu hilir je)...byk mana duit rakyat msia yg digunakan tersasar dr yg sepatutnya..blm sebut lg pasal kemewahan diaorg gi duk hotel2 mewah,pastu claim ngan kerajaan kata gi meeting la itu la,tp sebenarnya bawak family gi holiday...duk hotel bknnya hotel murah,semua gi duk hotel 5 star..WESTIN la,MARRIOT la...

Tuesday, July 26, 2011

Fatwa: Halal Dakwat SPR Di Jari Pengundi

Memang spr n umno ada agenda lain, pada 2007 spr sudah membeli dakwat kekal untuk di guna pada PRU12 dengan kos sebanyak rm2.4juta tapi last minit d batalkan.

Olih kerana dakwat kekal xmenguntungkan mereka setelah BERSIH2.0 mengulangi tuntutan mereka yang pernah d tuntut pada Bersih1 KERAjaan hanya setuju menggunakan sistem BIOMETRIC, yang lucu nya harga benda Allah itu rm5ojuta belum tentu keberkesanan nya berbanding dakwat kekal serta jimat.

Adah kah benda Allah itu relevan stiap masa ?, sedangkan kegunaan nya hanya 1 hari dalam tempoh 3 4 5 tahun PRU, bangang ke x bangang ?

imageHukum, Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini (Rabu Ogos 08, 2007) memutuskan untuk membenarkan penggunaan dakwat khas yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menanda jari pengundi pada pilihanraya umum akan datang (2008) kerana tidak melanggar hukum syarak. [lihat sini].

Sebenar nya buah2 penipu ada lagi dalam hati2 umporno, atau kepada siapa pulak tender membekalkan benda itu akan d bagi serta komisen2 nya, BERSIH minta yang paling murah n jimat d cari nya yang mahal, rakyat jugak lah yang jadi mangsa nya nanti, tak bolih d harap dah KERAjaan tengah yang ada ini, tapi kalau ROSWAH nak apa saja d tanggung beres.

Sunday, July 03, 2011

Pesan Agong

Aku petik kenyataan Yang di-Pertuan Agong Mengenai Perhimpunan  9 Julai dari BERNAMA.

1. Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

image

2. Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Kenyataan penuh [disini]

Saturday, July 02, 2011

Kalau SPR Tak Bersih Kenapa PR Menang di P.Pinang Perak Kedah Selangor & Kelantan ?

Kerana PR berjaya tawan  P.Pinang, Perak, Kedah, Selangor dan Kelantan lah membuat kan umporno BEER END kecut perut dan x lena tidor malam.

image

Dalam pada umporno beer end di sokong spr menipu dalam pilihanraya pun rakyat terus bangkit menolak KERAjaan beer end pada PRU12 lalu.

Sebab itu KERAjaan beer end liat untuk menerima tuntutan BERSIH, sekiranya mereka menerima alamat beer end akan kehilangan kuasa pada PRU13 nanti.

Olih kerana itu beer end bersungguh2 menggunakan POLIS dengan apa cara sekali pun untuk mengekang perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 july nanti gagal.

Rakyat majoriti sebenar nya sudah muak dengan 50 tahun lebih umporno beer end berkuasa, berbagai2 penindasan, penguasa2 berjoli dengan harta rakyat, untuk memuaskan nafsu2 pemimpin2 nya KERAjaan menaikan harga barang sesuka hati, harga petrol di tarik subsidi walau pun negara kita mengeluarkan minyak sendiri, tarif letrik menjadi mahal, celcom berukband lembab yuran cekik bukan2, rakyat bawahan lah menjadi mangsa nya, ramai anak2 muda kecewa tiada insentif untuk mereka2 yang tak berkerjaya.

Sekarang ini pihak berkuasa begitu ghairah menangkap sesiapa saja melakukan aktiviti berkaitan dengan BERSIH 2.0 walau pun tarikh sebenar belum sampai, sedangkan perlembagaan membenarkan berhimpun.

Thursday, June 30, 2011

Benarkah Rakyat Melaka Setia Kepada Manshur Shah

imageAku tidak percaya majoriti rakyat melaka setia pada manshur shah, ada pun yang setia hanya kerana di paksa dan mereka pun pura2 setia.

Manshur shah tidak pernah duduk di kedai2 kopi atau warung2, dia x tahu cerita sebenarnya, cuma dengar cerita dari pembodek2 nya saja.

Sebenar nya rakyat melaka sudah ada yang bercakap tetang buruk laku manshur shah secara sosek2 dan menyorok2 kerana takut d tangkap oleh bendahara dan hulubalang2 manshur shah.

Ada sesetengah rakyat hanya manis di bibir mulut jah tentang kesetiaan pada manshur shah, d hati tuhan saja yang tahu.

Kalau nk tahu perasaan sebenar rakyat melaka, manshur shah patut menyamar dan turun ke ceruk rantau negeri dengar apa kata rakyat, baru lah tahu benar kah rakyat benar2 setia pada nya.

Oleh kerana kebongkakan dan eksysen nya anatara penyebab manshur shah sehingga kini melaka tiada manshur shah, manshur shah tidak bolih menjadi DEWA selama2 nya sehingga ke zaman internet.

Biarlah hanya hang tuah saja yang taat setia pada manshur shah, sehingga kan mati nya pun tidak berkubur, jebat juga yang BERSIH 2.0 cerita nya meniti mulut ke mulut sehingga kini.

Hang jebat akan turun di perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 july 2011 nanti, apa kata manshur shah stelah jubat juga menyertai rakyat ramai ?, jangan percaya sangat cerita2 tun sri lanang.

Friday, June 17, 2011

9 July Bersihkan Umno , Perkasa & Utusex Dari Menghina Islam

Jamil khir ulama upahan umporno dan ulama perkasa syed hassan syed ali sah tak paham antara ROGOL & ZINA.

imagesah karikatur ini menghina Islam, mempertikaikan hal ROGOL.

Kartun yang di siarkan utusex berkaitan ROGOL, bukan berkaitan ZINA dua perkara berbeza.

Ulama perkasa kata “beliau percaya karikatur bertajuk “Kekeliruan Kes Rogol” yang disiarkan semalam bukan mahu menghina agama Islam, seperti yang didakwa beberapa pihak”,

Berbeza pulak kata Dr Asri “Mungkin ada yang tidak faham sehingga menyamakan jenayah ROGOL dan zina.

ZINA adalah maksiat peribadi yang Islam berusaha menutupnya. Sebab itu diketatkan dengan empat orang saksi.

Adapun rogol adalah pencabulan terhadap individu lain tanpa rela dan kejam, maka pembuktiannya tidak seketat zina.

Beza menuduh orang lain berzina dengan mendakwa diri menjadi mangsa adalah soal maruah. Menuduh orang lain berzina mempunyai unsur menjatuhkan maruah orang lain.

Sementara mendakwa diri menjadi mangsa ROGOL adalah mempertaruhkan maruah diri sendiri. Secara lojiknya, sukar dilakukan melainkan dalam keadaan yang amat memaksa. Bagaimanakah mungkin seseorang mampu mendiamkan diri apabila dia dimangsakan? [baca selanjutnya].

Kenyataan yang lebih bangang lagi datang dari senator pemakan upah jamil khir “berkata…… bantahan berhubung kakikatur itu hanyalah persepsi individu yang tidak memahami undang-undang Islam, wah ! tidak memahami Islam ????????.

Tuesday, June 07, 2011

Rujukan Islam Tertinggi UmpornO ialah AG dan Jabatan Peguam Negara ?

Bini kepala telanjang bulat berjambul tak hina Islam ?, jabatan peguam negara hari ini diminta meneliti semula status laporan berhubung beberapa tindakan yang dikatakan menghina kesucian Islam dan kebudayaan Melayu yang berlaku dalam Internet, kah kah kah !

mimagementeri penerangan, komunikasi dan kebudayaan (berjambul tengah), rais anak yatim

Membiarkan suku sakat edar bidio lucah tak hina Islam, makan RASUAH tak hina Islam, memfitnah tak hina Islam, RASUAH pengundi untuk kekal kuasa tak hina Islam, RASUAH perwakilan untuk jawatan dalam parti tak hina Islam, tuduh orang berzina tanpa mengemukakan 4 saksi tak hina Islam eeeeee ! geli aku nengok jambul SKMM, belum tengok laki najib presiden umno, bapak mahiaddin timbalan presiden umno dan bapak2 naib presiden  umno lagi.

Apa pasal tak rujuk pada raja2 melayu, diorang kan ketua agama ? tang ni umno tak hina raja ke ?…………hadoi…..astaghfirullah al’azim.

Monday, June 06, 2011

Nampak Sangat UmporNo Takut DS Anwar

Apa tidaknya 2 3 hari ni semakin meroyan tahap gila pandy kutty pemimpin2 umporno, yang paling kuat mahiadin, tak cukup dengan fitnah2 terhadap anwar sebelum supaya karier politik anwar dan PKR berkubur, berbagai helah di cipta.

Setelah selesai muktamar Pas dan calon2 idaman umporno yang di lobinya  kandas lagi lah kuat gila babi nya, mahiadin seakan menyondol kalu boleh nak cium pungkuq parti Pas supaya perpaduan dengan parti RASUAH umno dapat dilaksanakan, ini lah tahap pemimpin umporno yang muka tak malu.

imageini mahiaddin timbalan presiden umno…….adakah sama dengan mat sabu ?

Anwar kini tidak keseorangan dalam PR selain DAP di tambah dengan Timbalan dan naib presiden Pas  baru yang di geruni selama ini telah menguatkan PR.

Masakan tidak di tuduh nya penyandang jawatan tertinggi Pas yang baru sebagai barua dan ajen anwar, mereka2 ini sudah lama dan tahu sepak terajang umno, umno sebuah parti yang tidak boleh di percayai, sebelum ini antara mereka2 ini pernah di ISA kan olih umno dengan undang2 kukubesi rimba, humban ke penjara tanpa pendakwaan dan membela diri, mereka ini semua tidak lupa.

Kecoh pasal ulama dan profesional dalam saf kepimpinan Pas, umno lupa Pas tidak sama dengan umno, Pas masih ada lagi dewan tertinggi bagi memantau hal2 bersangkutan agama, dewan ulama adalah rujukan tertinggi parti supaya selari dengan perlembagaan parti.

sememang nya parti Pas sejak dulu lagi tidak memisahkan antara dua golongan ini, cuma nya beza kedudukan dalam parti saja, tidak ada salah satu nya di penjarakan sebagaimana umno memenjarakan golongan agama seperti apa yang di lakukan olih TUAN umno british dulu.

Cuba bandingkan penjawat2 presiden, t/presiden dan n/presiden Pas dengan umno punya, adakah penjawat2 umno melalui proses tarbiah Islam ?, bagaimana penjawat2 umno merebut jawatan ?, penuh dengan RASUAH kepada perwakilan, sehingga ada terpaksa di hadapkan kepada lembaga disiplin kerana terlibat dengan meRASUAH perwkilan dengan tujuan untuk undi bagi menjawat jawatan parti, tuduh menuduh, fitnah antara satu sama lain, jauh beza nya dengan pemilihan dalam Pas.

PRU13 ni umno semakin gusar, pimpinan Pas terbaru mesra anak muda, ini lah yang membuatkan umno tak lena tidur.

Friday, June 03, 2011

Kalah Mat Sabu & Husam Menanglah Utusex

defaultKorang perwakilan ke muktamar Pas semua bernasib baik aku ulang bernasib baik, kerana mungkin ada di luar sana lebih baik dari korang semua, jadi jangan AGAH sangat, ramai di luar sana sedang perhati korang, samada korang cerdik ka bodo.

Mesej TGNA dah jelas, cuma dia tak sebut si anu2 jah yang patut korang pilih sebagai t/presiden dan n/presiden.

Jangan pulak pilihan korang nanti selari dengan hajat utusex, orang yang bodo2 luar sana pun kalau bolih memilih, diorang tak kan pilih apa yang unjurkan olih utusex, sudah lah round pertama utusex sudah menang, jangan pulak round berikut nya utusex menang lagi.

Cakap berdegar2 langit bukit bukau bolih runtuh, kunun nya mesti boikot utusex, last2 muka dia terpampang di utusex melobi, apa punya pemimpin nih, depan cakap lain belakang tibai ikut dan.

Tuesday, May 31, 2011

Perhatian Sah Wang Kertas Palsu Awal 2012

Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan bahawa satu siri reka bentuk baharu wang kertas dan duit syiling Malaysia akan berada dalam edaran pada awal 2012.

Langkah itu dilakukan secara berkala dalam setiap tempoh 12 tahun.

Reka bentuk mata wang siri baharu itu akan mengandungi ciri-ciri yang khusus bagi Malaysia, kata BNM dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurut kenyataan tersebut, siri wang kertas itu juga mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih canggih sejajar dengan kemajuan teknologi wang kertas mutakhir ini.

image

Reka bentuk wang kertas siri ke-empat yang baharu itu adalah untuk wang kertas dalam denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100. baca seterus nya dari [sumber], wang kertas palsu [disni].

p/s: Semua nya nak menipu dan cekik rakyat, selain dari menaikan harga barang.

Monday, May 30, 2011

Timbalan PM 1msia Ialah Mahiaddin Bin Najwa

Pembetulan nama bagi timbalan PM 1msia Islam agama rasmi persekutuan ialah mahiaddin bin najwa, bukan muhyiddin.

imageini bukan anak muhyiddin tapi MAHIADDIN…..bunyi ada DIN DIN……….kah kah kah !

image

sejuta belia meminati nya.

Saturday, May 28, 2011

Awas Terdesak KERAjaan Akan Keluarkan Wang Kertas Palsu

Tidak cukup dengan kenaikan harga barang seperti ron97, gula, tariff letrik tak lama lagi ron95 pun bakal  naik juga.

Anda sekalian, paling tidak bolih di terima akal ia lah tak lama lagi KERAjaan dalam keadaan terdesak untuk kepentingan peribadi dan perbelanjaan pru13 nanti, KERAjaan melalui BNM akan mengeluarkan NOTE baru matawang, dengan alasan yang pelbagai nanti, paling utama siapa kah nanti akan mendapat tender2 untuk mencetaknya nanti.

imagesehelai kertas bercetak yang tidak bernilai, setelah KERAjaan memaksa mengguna nya baru ada nilai, nilai dengan apa benda kamu bagi untuk menukar dengan kertas itu.

Selain dari itu ini lah satu2 cara untuk menipu dan MENCEKIK darah rakyat dengan bermodalkan tak berapa sen  nilai sehelai note kertas itu akan di tukar dengan komoditi yang keluarkan dengan hasil titik peluh rakyat, sebab itu mereka takut hendak mengguna EMAS DINAR. [lihat sini], penegluaran tanpa had ikutsuka dengan tidak ada apa2 sandaran dan cagaran, siapa yang mengawal ini, tidak lain najib lah sebagai menteri kewangan, bolih percaya kah mereka jujur, sedangkan selama ini mereka ternyata khianat pada rakyat.

Pernah menulis artikel mengenai penipuan wang kertas sebelum ini korang bolih baca [di sini] betapa liciknya cara penipuan sistem kewangan YAHUDI ini.

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM