Grab the widget 
Showing posts with label meroyan. Show all posts
Showing posts with label meroyan. Show all posts

Friday, October 29, 2010

Projek Tipu BN Naik Kan Kos Di Pekan PRK N45 Galas

Projek Pembinaan Politeknik Muadzam Shah yang tidak siap biarpun hampir 10 tahun dimulakan, kini mengalami peningkatan kos sejumlah RM75.74 juta, iaitu 34.6% berbanding kos asal.  Malah, kos ini belum mengambil kira kos perkhidmatan perunding yang perlu dibiayai kerajaan berjumlah RM10.55 juta.  Apa yang menarik, projek ini terletak di daerah Pekan, kawasan parlimen Perdana Menteri, Najib Abdul Razak (gambar bawah).

"Memandangkan politeknik ini masih belum disiapkan, Kerajaan terpaksa menanggung kos sewaan tempat belajar sebanyak RM2500 sebulan, dan setakat bulan Disember 2009, sejumlah RM130,000 telah dibelanjakan untuk tujuan tersebut.  Selain itu, bilangan pengambilan pelajar juga terpaksa dihadkan setakat 64 hingga 347 pelajar sahaja berbanding 5,000 pelajar yang dirancang."

image yang telanjang tu laki najib MP Pekan.

P/S: tak heran lah Umno BN boleh berjanji apa saja di Galas dan Batu Sapi, sedangkan projek yang sedang dijalankan boleh terbengkalai, korang ingat terbengkalai betul ke ?, tak lah saja2 buat lambat siap untuk naik kan kos, bila kos naik banya lah yang tiris nya, heran projek ni di negeri dan kawasan Parlimen menteri perdana bini Rosmah pulak………..

TQ PDrm Saman Aku PRK N45 Dun Galas

Petang tadi dalam perjalanan ke Lu Musang aku di tahan oleh MPV pdRM kerana kesalahan memotong double Line, OK aku aku salah.

SONY DSC gambar sekadar hiasan.

Biasa lah dalam keadaan2 tergesa2 dan gopoh gapah, aku terima je, dan biasa la juga Polis2 ni bukan semua nya lurus bendul, macam2 dah aku jumpa dan termasuk juga cerita2 dari orang ramai, lurus bendul nya pdRM ni kadang2 bemusim dan bertempat serta lain orang lain pulak jadi nya tambah2 kenalan2 mereka.

Ok aku akan bayar je saman tu nanti, polis , polis….

Saturday, October 23, 2010

Rosmah Chief Majlis Ulamak Umno

Seorang perwakilan UMNO pada Sabtu mencadangkan penubuhan Majlis Ulama UMNO khusus bagi menyelaras setiap fatwa berkaitan dengan isu-isu agama yang dibangkitkan oleh parti-parti politik lain.

Ketua ulamak40 Fathul Bari Mat Jahya berkata anggota majlis itu yang boleh membuat penjelasan isu-isu agama selepas mengadakan perbincangan bersama, perlu dilantik dari kalangan 191 Bahagian UMNO, dan turut menyertai perhimpunan agung parti setiap tahun.

Aku cadang kan Bini Rosmah  menjadi chief nya yang pertama untuk mengetuai majlis itu.

imageSahiburrasuahah Roswah Chief Majlis Ulamak Unaited Melay Nesen Ognaizesen (pekembar)

Fathul Bari, yang merupakan anak kepada bekas mufti Perlis Datuk Mat Jahya Hussin berkata, institusi imam juga perlu diperkukuh dengan diwujudkan jawatan khas buat mereka dalam Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Beliau berkata pada masa ini terdapat ramai graduan lepasan universiti-universiti Islam tersohor seperti Universiti Al-Azhar, dan adalah satu kerugian sekiranya mereka ini tidak diserap masuk ke dalam masjid untuk memperkukuhkan lagi institusi itu.

Kerana itu katanya, transformasi agama perlu dilakukan bagi membetulkan ketidaksempurnaan tersebut.Jangan Buat Tuduhan Melulu, Kata Ulama40

Ulamak40 Fathul Bari Mat Jahya pada Sabtu menegur tindakan parti pembangkang yang suka membuat tuduhan melulu tanpa usul periksa hingga boleh mengaibkan individu terbabit.

imagememperagakan busana muslim Islam Hadhari

"(Mereka patut) Teliti adakah beliau melakukan kesalahan itu secara sengaja atau tidak. Adakah beliau mengetahui perkara tersebut atau tidak. Adakah beliau terpaksa atau tidak," katanya

Oiiit ! berapa lama dah Umno peluk Islam ni, baru belajar ke ?, dalam kitab Hadhari tak  ade  ke panduan2 aurat ?

"Kita sewajarnya menjadikan agama sebagai ikutan, menjadikan prinsip-prinsip dan nasihat disertai etika-etikanya untuk kita tampilkan dan tonjolkan di hadapan pemerintah, bukan dengan maki hamun, bukan dengan caci, bukan dengan kutuk dan bukan dengan keji," katanya.

Friday, October 22, 2010

Ayam TUA Di Lu Musang PRK N45 Dun Galas

image Apakah Ku Li lupa tahun 1981, Ku Li kalah lawan Musa Hitam merebut kerusi Timbalan Presiden dan tahun 1984 itu kebetulan adalah tahun tikus. Ku Li tewas lagi di tangan Mula Hitam, hilang jawatan Menteri Kewangan. Pada 24 April 1987 perang besar-besaran, UMNO pecah dua. Mahathir mendapat 761 undi sementara Tengku Razaleigh (Ku Li) mendapat 718 undi. Mahathir menang 43 undi kerana Najib ketika itu Ketua Pemuda menyebelahi Tun. Pada ketika itu Ku Li bersama Tan Sri Musa dan semua menteri UMNO yang hebat-hebat. Sebaik sahaja keputusan sembilan menteri hilang jawatan dibuang oleh Mahathir. Bila agaknya mahu belajar dari sejarah. Kalau suka sangat mahu berperang berjihad di jalan Allah ke bumi Palestin atau ke Iraq, perang dengan Amerika lawan Bush baru boleh jadi hero Melayu.

Mereka yang masuk UMNO semata-mata untuk ‘nak hidup’, hendak cari projek pasti ‘happy gila’. Sudah lama menunggu kerusi Presiden dan Timbalan di pertandingkan. Siapa tak nak durian runtuh terutama mereka yang gunakan untuk kepentingan peribadi. Tukang mandi mayat, penjual kain kapan, penggali kubur, pembaca talkin, boleh cari makan.

Inilah yang terjadi bila pemimpin jadikan mereka macam lembu dan mereka pula jadikan pemimpin macam ‘padang ragut’. Bila habis rumput cari ‘padang ragut’ yang lain. Ingat orang yang masuk UMNO bodoh ke ? Musim pilihan raya undi beri pembangkang.

Setelah lebih tiga minggu tamatnya pilihan raya yang paling mengecewakan, ahli UMNO di peringkat akar umbi dan juga penyokong setia UMNO tetap mahu UMNO diperkasakan semula. Patutkah ketika bangsa Melayu sedang berduka pemimpin berebut hendak mefaraidkan harta benda mereka?

Bila lagi mahu buang yang keruh ambil yang jernih? Sudah kalah teruk, dah hilang lima negeri, kalau tak ada Sabah, Sarawak, harapkan UMNO Semenanjung sudah patah kepak ramai sembunyi dalam semak, bila lagi mahu terima hakikat bahawa UMNO kini tidak popular di kalangan orang Melayu. Melayu sudah meluat, jijik, geli dengan pemimpin UMNO yang tak sedar diri, kubur kata mari, rumah kata pergi, masih nak bergaduh lagi. UMNO ibarat kapal sudah hendak karam, berebut apa lagi?

Apakah Ku Li - Mahathir mahu nama UMNO terpahat di dalam lipatan sejarah negara sebagai parti yang sudah parti hidup semula lagi? Lupakah yang UMNO pernah mati? Tangan siapa jika bukan mereka? Mentang-mentanglah Melayu mudah lupa guna ‘mentera’, manderam, sihir Mahathir supaya Melayu terus melupakan dosa-dosanya, tumpukan pada Pak Lah yang dianggap sudah hilang ‘imuniti’.

Apakah kita tidak sedih UMNO yang pernah memerintah Malaysia selama 50 tahun sekali lagi mati? Sanggupkah kita membiarkan UMNO terkubur bersama-sama gelagat pemimpin yang enggan mengakui hakikat sebenar bahawa Melayu perlu bersatu. Ini bukan masa main perang-perang, buat apa ikut Tun Mahathir yang sudah nyanyok?

Jangan lupa parti keramat yang bernama UMNO ini bukan hanya untuk segelintir ahli sahaja, bukan milik Mahathir dan keluarganya. UMNO bukan platform untuk para pemimpinnya beradu tenaga dan berdebat untuk tampilkan siapa lebih hebat. Mereka sepatutnya memikirkan harapan berjuta ahli UMNO yang teramat kecewa dengan suasana politik orang Melayu yang semakin keliru, haru biru, yang ada kavitinya dengan gelombang biru.

Ramai blogger yang sedang cari mana kuda mahu tunggang. MB Kedah, Perak, Selangor sudah hilang kuasa. Khir Toyo bijak, dia jadi blogger. Siapa kalau bukan pemimpin tua yang gila kuasa, yang akan jadi kuda polo pun kuda pololah, yang penting habuannya ada.

Saya banyak tau pasal Ku Li, boleh buat satu buku lagi pasal Ahli Parlimen Gua Musang yang ada ‘white house’ di Jalan Tun Razak, yang dulu tempat berkumpul orang team B dan bekas Parti Semangat 46. Duduk saja di ‘white house’ di Kota Bahru, dua tiga bab siap dalam masa sehari.

Ku Li dulu memang hebat, dia ‘blue eye boy’ Arwah Tun Razak. Tapi itu dulu. Samakah orang Melayu di tahun awal lapan puluhan dengan Melayu hari ini? Ku Li memang hebat jika dibandingkan dengan Musa Hitam. Hebat kerana dia kaya raya, dia anak raja, Majalah Times pernah ramalkan dia dan Musa bakal Perdana Menteri.

Cuba tanya kebanyakan pengikutnya, Ku Li baik bila sudah tak ada jawatan. Bila sudah kalah perang kutu pun Ku Li buat kawan tapi egonya tetap ada. Kerabat diraja, orang istana kalau tak sombong bukan keturunan raja namanya. Cuba tengok perangai Raja Petra. Baca buku saya Gerhana Raja Dan Malaysia Today.

Hari ini ramai setiausaha politik yang mungkin lebih kaya pada Ku Li. Anak Mahathir, Mukzani mungkin lebih kaya dari Ku Li. Bukan anak raja pun.

Tapak ibu pejabat UMNO yang ada sekarang pun tanah Ku Li dan katanya, Ku Li berikan percuma kepada UMNO untuk buat bangunan tersebut. Jasa Ku Li pada UMNO besar. Masakan Ku Li tak tahu berapa ramai orang UMNO yang tahu kenang budi dan kenang jasa? Jasa Mahathir pun besar tapi sudah dapat untung besar. Tapi orang kaya mana pandai puas, ada satu gunung emas, mahu satu lagi syarikat gergasi yang lebih besar dari Petronas.

Kalau tak percaya cuba tanya MB-MB, EXCO yang baru kehilangan jawatan. Berapa orang yang dulu macam isi dengan kuku, bila kuku sudah kena potong, sendiri punya diri sendiri mahu ingatlah. Bila pokok sudah tumbang kura-kura boleh panjat. Salah siapa? Mereka bila ada kuasa lupa semua kawan masa susah dulu.

Mari kita tengok berapa ramai orang UMNO yang berani secara terbuka sokong Ku Li. Ku Li ada banyak duit kalau tolong pun bukan kerana ada yang mahu balas jasanya? Mereka yang sudah pernah kalah perang, sudah teruk ‘desperado’ bila lagi hendak balas dendam, geram, marah Pak Lah dan bukan mahu memperjuangkan nasib rakyat tapi kerana sukar dapat projek. Mereka pun sokong Mahathir, ‘to face a common enemy.’ Mana tahu Muhyidden jadi Perdana Menteri, Mukriz jadi Timbalan Perdana Menteri, dulu. Mahathir - Musa dua M, hari ini Muhyiddin, Mukriz dua M juga.

Mereka bukan tak tahu Ku Li sudah lama tertinggal bas, tertinggal perahu, sudah tak relevan. Di Kelantan sendiri pun tak laku. Cuba tanya Anwar Musa, Awang Adek, Mustapha Mohamad, Zaid Ibrahim, apakah mereka mahu Ku Li jadi MB Kelantan? Jangan kata bagi dijadikan Perdana Menteri kerusi MB pun berebut macam budak-budak main musical chair.

Orang ada duit ni macam gula, mana ada gula di situ ada semut. Kalau tak main duit macam mana orang nak tolong? Tengok apa jadi pada BN di Kelantan, bawa ribuan pengundi dengan bas, PAS menang lebih besar. Kenapa? Kenapa Awang Adek bekas Timbalan Bank Negara di hanyutkan macam luncai terjun dengan labu-labunya. Masakan Ku Li tak tahu?

Macam langau dengan bangkai. Itulah orang politik dengan pengikutnya. Kalau Ku Li bertanding, ramai yang boleh hidup, lagi banyak jawatan di pertandingkan, lagi banyak ‘masyuk’, ‘gugur sana gugur sini’. Peduli apa politik wang kalau perangai macam beruang? Tukang mandi mayat, tukang gali kubur, tukang talkin baru cari makan tiga tahun sekali. Tahu tak apa...

Pada 15 September 1978 Arwah Tun Hussein Onn yang memegang jawatan Presiden telah dicabar oleh Arwah Dato Sulaiman Palestin, bapa Raihan penulis di Buletin Rakyat.

Biarpun Hussein Onn mendapat 898 undi sementara Haji Sulaiman mendapat 250 undi. Haji Sulaiman disifatkan sebagai tokoh UMNO yang berwibawa dan lantang kerana dia merupakan bekas Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dan bekas Ketua Penerangan UMNO. Samakah Ku Li hendak lawan Pak Lah dengan Sulaiman ketika bertanding jawatan Presiden?

Tanpa disuruh Hussein terpaksa mengundurkan diri pada tahun 1981. Mahathir tahu. Lupakah janji Tun Razak lepas Hussein, Ku Li itu satu janji gentleman agreement. Kenapa Mahathir tak tunaikan? Apa peranan Mahathir semasa Sulaiman lawan Hussein Onn?

Saya tak tahulah tujuan sebenar Ku Li nak cabar Pak Lah pada pemilihan kali ini. Adakah kerana BN hampir-hampir kalah pada pilihan raya lalu, atau Ku Li ‘syok’ sendiri, takut terkilan tak jadi Perdana Menteri atau hebatnya serangan Mahathir terhadap Pak Lah dan Khairy?

Sepatutnya Ku Li ‘muhasabah’ atau menilai diri, kritik dan periksa diri sendiri. Guna cermin muka yang besar, cermin muka sendiri, muhasabah atau mencari kelemahan diri dianjurkan oleh agama bukan hanya ketika ditimpa ‘musibah’ atau perkara ‘negatif’ sahaja malahan ia perlu dilakukan berulang kali dan pada setiap hari sebagai aktiviti untuk mengubah dan merubah prestasi dan potensi diri masing-masing.

Sikap Pak Lah yang berterus terang, "dia tak takut dicabar", dia tahu yang mencabarnya itu ayam tua yang terlupa dalam UMNO wujud golongan muda yang sudah letih dengan ayam ‘serama’. Memang dulu ayam bapak ‘katek’ ini mahal harganya. Itu dulu sewaktu orang tengah gila hobi memelihara ayam ‘serama’. Hari ini orang mahukan orang seperti Anwar yang baru pulang dari neraka.

Tidur agaknya Ku Li ini. Kebanyakan yang menang dari DAP dan PKR adalah mereka yang pernah ditahan dibawah ISA. Zaman mereka yang dilahirkan dengan ‘golden spoon’ tak releven lagi. Rakyat mahukan pemimpin muda yang radikal, brutal, ‘street fighter’ bukan bila mahu bergaduh bapak mesti ada di sebelah macam Mukriz.

Kalau Pak Lah sudah berani lawan, ini bererti dia tak takut kalah. Ini pertempuran mati atau menang bukan menang atau kalah. Jangan sangka orang yang dianggap lembik boleh ditumbangkan semudah itu. Kucing pun kalau dikejar hingga ke hujung dinding bila menerkam untuk menyelamatkan diri boleh jadi sehebat harimau, kata peribahasa China.

Cerita Ku Li kerabat di raja Kelantan nak lawan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, bukan sorok-sorok lagi. Ada beberapa penulis sudah memehak dari awal lagi, Ku Li kuda Kamal Amir.

Cuba baca semula buku saya Challenger 1987 Siapa Lawan Siapa. Musa Hitam ambil tindakan undang-undang heret saya ke mahkamah. Itulah kes saman malu yang terbesar dalam sejarah kes ‘defamation’ terhadap seorang penulis buku politik di Malaysia pada ketika itu. Saya disaman sebanyak 1.5 juta ringgit. Musa buktikan Mahathir, Ghafar dan team A menang bukan kerana Mahathir hebat tetapi kerana ‘the pen is mightrer than the sword’. Dia kalah kerana buku Challenger Siapa Lawan Siapa.

Barangkali Ku Li rasa, beliau nak jadi penyelamat UMNO atau ‘hero Melayu’, statesman seperti Arwah Tunku Abdul Rahman. Tunku dapat peluang kerana Arwah Dato’ Onn Jaffar tarik diri. Ku Li perlu tanya apakah Najib mahu bersamanya?

Seandainya Ku Li dicalonkan apakah mereka yang mencalonkannya sudah berfikir panjang. Belajarlah dari sejarah kenapa Mahathir letak jawatan? Terlupakah mereka tak ada ahli UMNO yang suruh atau mendesak? Yang jelas Rafidah patah tumit kasut. Ramai yang menangis minta supaya Mahathir terus memimpin.

Mahathir berhenti kerana dia malu. 22 tahun jadi Perdana Menteri, tulis buku ‘Delima Melayu’, dia gagal mengubah minda dan sikap Melayu. Dia kecewa banyak yang diusahakan gagal. Dia mula dibenci dan dia punca pertelingkahan politik wang dalam UMNO.

Ku Li kena buka mata besar-besar. Jangan jadikan telinga dan mata sekadar aksesori sahaja. Pak Lah sudah ambil hampir semua orang team B, Shahrir Samad, Ahmad Shabbery Chik, Rais Yatim dalam kabinet. Nampak saja Pak Lah lembik, dia selesaikan masalah Terengganu dengan Sultan dan Agung.

Berundur tiga tapak ke belakang untuk maju 20 tapak kehadapan tidak bererti kalah.

Apakah Najib mahu memberi Ku Li laluan untuk jadi PM? Siapa yang menyebabkan dia kalah dalam pemilihan 1987 kalau bukan Najib ketika itu selaku Ketua Pemuda yang di saat-saat terakhir Najib mengambil keputusan untuk terus bersama Mahathir? Apakah kerana budi Najib, Mahathir adakan cerita kononnya dia ada ‘gentlemen agreement’ dengan Pak Lah untuk jadi PM sepenggal saja?

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan kita hendaklah akur serta kita ‘reda’ dengan segala ketetapan Allah SWT di dalam diari kehidupan sehinggalah ke akhir hayat. Kalau Tuhan mahu Ku Li jadi Timbalan Perdana Menteri pasti Musa Hitam, Ghafar Baba, Anwar sesudah itu Pak Lah jadi Timbalan Perdana Menteri dan kemudiannya Perdana Menteri.

Semakin kuat ujian dan fitnah yang Pak Lah terima, ia telah menjadikan Pak Lah bertambah hebat, tabah dan komited dalam meneruskan perjuangan. Dia akan jadi seperti Mahathir yang hidup atas isu, jika dia ada hubungan dengan ahlul bait masa hadapan terang sekiranya dilihat dari sudut yang membina dan dia berada diatas landasan yang lurus ‘siratul muztaqim’.

Tanyalah Abang Din dan Ali Rustam, apakah mereka mahu Najib selaku Timbalan Presiden menyambut Ku Li dengan kompang dan bunga manggar, dengan sembah tak zaim, ‘ampun tuanku’ kerusi Perdana Menteri akan patek-patek pacal yang hina berikan pada Tuanku? Tahu tak apa...

Ikut cerita yang saya boleh percaya, Ku Li masih panggil Datuk Sri Abdullah Badawi, Dollah sahaja. Ku Li lupa Pak Lah Presiden UMNO, Perdana Menteri. Kena ikut protocol. Kena terima saja dulu apa jawatan yang diberi. Ku Li bukan hebat macam mana sangat. Tan Sri Nor Yaakob boleh buat kerja yang Ku Li buat menjadi Menteri Kewangan dulu. [sumber disini]

Wednesday, October 20, 2010

ASLI Galas Di Sekat Untuk Ke Parlimen ? PRK N45 Dun Galas

image Seramai 28 pemimpin Orang Asli hari ini disekat oleh polis di pintu masuk bangunan Parlimen walaupun mereka masing-masing telahpun membuat permohonan rasmi untuk mengikuti perbahasan Bajet 2011.

Menurut pegawai khas kepada Datuk Kamarul Baharin Abbas, - Muhammad Faizal Zakaria, rombongan Orang Asli itu sepatutnya dibenarkan masuk kerana ahli parlimen Telok Kemang itu sendiri yang membuat permohonan berkenaan minggu lalu.

Difahamkan mereka yang terbabit merupakan pemimpin daripada Badan Bertindak Tanah Orang Asli Selangor.

Dari memo yang dihantar, pengerusi badan itu, Simpan Suda mendesak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa usul tergempar pagi ini supaya ditambah perkataan Orang Asli di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Menurut memo itu, Peruntukan 153 yang sedia ada hanya mengiktiraf hak keistimewaan Melayu, Bumiputera Sabah dan Bumiputera Sarawak sahaja.

Sedangkan memo tersebut menjelaskan bahawa kedudukan Orang Asli Semenanjung Malaysia tidak diiktiraf walaupun halikatnya mereka juga adalah penduduk asal negara ini.

Badan bertindak itu berjanji untuk menggembleng sokongan seluruh suku Orang Asli Semenanjung Malaysia sekiranya Anwar bersedia memperjuangkan beberapa hak mereka yang selama ini dinafikan oleh Umno BN.

Hak-hak yang dimaksudkan, menurut memo itu lagi adalah:

1. Pemberian hak milik tanah kepada setiap Orang Asli meliputi 10 ekar tanah pertanian, satu per empat ekar tanah untuk tapak rumah serta seekar tanah dusun sebagaimana yang diterima oleh rakyat yang menyertai rancangan Felda.

2. Pewartaan tanah-tanah komunal oleh kerajaan-kerajaan negeri berkenaan seperti Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Kelantan, Kedah, Terengganu dan Pahang sebagaimana yang diperuntukkan dalam Seksyen 62, Kanun Tanah Negara.

3. Pewartaan tanah Orang Asli di bawah Akta Orang Asli, 1954 dengan memberi hak kebebasan tanpa had kepada mereka untuk mencari sumber melebihi kawasan tanah komunal yang sedia diwartakan.

4. Bagi Orang Asli yang hidup secara nomad dan separa nomad turut diberikan hak untuk mencari makanan serta menikmati pendidikan vokasional tidak terbatas pada had masa dan sebarang sekarang.

5. Peranan dan fungsi Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) yang selama ini gagal mempertahan hak Orang Asli Semenanjung Malaysia mesti dikaji dan dibongkarkan sekiranya Pakatan Rakyat memerintah selepas pilihan raya umum ke-13 kelak.

Sebagai contoh, hanya 10 peratus hingga 15 peratus sahaja jawatan di JHEOA diisi oleh Orang Asli Semenanjung Malaysia sedangkan tuntutan asal mereka adalah 80 peratus.

6. Memperjuangkan Hari Orang Asli Sedunia pada 8 Ogos sebagai cuti umum di Malaysia.

Sunday, October 17, 2010

PERKASA Buat Solat Hajat Lepas Asar 6:30PM di De Palma Hotel

Kah Kah Kah Kah kah Kah kah kah kah kah kah !, Ketua Wira PERKASA beb ! bukan calang2 orang,  tak larang mengadakan solat hajat dan doa selamat di De Palma Hotel, Ampang pada jam 6.30 petang ini .

Ini baru betul pejuang Islam dan MELAYU, dulu boss nya pun anjur solat hajat lepas Asar juga di Pasir Mas, ini baru betul2 menurun, atau wasiat [lihat sini]

Oittt ! orang paham la bila sebut jah 6:30 petang, itu makna nya lepas Asar lah woii ! tak kan Ketua Wira aeroback perkasa tak tahu…….., di HOTEL beb !, class gitu……..tak main la kat Masjid2 dan Surau2 ni, orang Masjid dan Surau mana tau pasal Solat2 Hajat ni.

DSC06043 mamat ni akan mengetuai solat hajat lepas Asar nih…..

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang kerana masalah jantung akan dibedah esok pagi.

Jom ! kita pakat pegi ramai2 dan kita gelak juga ramai2………………..ppergh ! wira perkasa……..mana anak Dusuki ada pHD ?, boss perkasa kelantan ?. betul2 UMNO=PERKASA.

Saturday, October 16, 2010

KULI PERKASA Senada Minta Penjelasan Istana Kelantan

Malangnya, kenyataan beliau (KULI) di dalam akhbar Utusan Malaysia pada 15 Oktober 2010 bertajuk “minta istana, kerajaan negeri beri penjelasan elak kekeliruan” itu bernada agak sumbang.

 image Sultan Kelantan Sultan Muhammad Ke V (jubah berlengan pendek) sekali gus Ketua Agama Islam bagi negeri Kelantan, yang di terima dan kasihi oleh seluruh rakyat kelantan, hanya segelintir yang ???? ppergh !

Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali memohon pihak Istana Kelantan supaya memberikan penjelasan mengenai penarikan pingat “Datuk” yang dikurniakan kepada ketua mereka Datuk Ibrahim Ali.

KULI dan Ibrahim datang dari sama2 dalam S46 dan memang akrab, semasa KULI lari umno dulu Ketua Umno Bahagian Lu Musang di pimpin oleh Saufi Deraman, selepas KULI Padam kan S46 dan memohon menjadi GURKHA umno semula, ketika itu Saufi berkorban memberi laluan pada KULI untuk terajui semula umno bahagian itu, Ibrahim ali pulak MERACAU mencari dan menghulur tangan mencari tempat bergantung, Madey ambik dan boleh lah merasa menjadi MENTERI.

KULI memang rapat dengan anak saudara nya Raja Perempuan Kelantan ketika itu dan kini Raja Perempuan Tengku Anis, tersohor gila waktu itu KULI nih…….

Ibrahim ali pulak ada Sultan lain yang di tabal nya sendiri, mana ada orang macam Ibrahim ali, sesuka hati tabal sultan sendiri, ini lah pejuang MELAYU sejati di samping mempertahankan kedaulatan Raja2 Melayu……hebat kan ?

Tawaran Rasuah Pertama GURKHA Umno PRK N45 Dun Galas

Tak boleh lari dah, kalau dah sebati dengan umno, makan hasil JUDI dan hasil Kilang Arak gak……….peghuk jadi gelak gelemak, umno KASTA mana pun tetap dengan terima rasuah dan memberi menawar RASUAH, dah menjadi darah daging, UMNO=RASUAH RASUAH=UMNO, UMNO=PERKASA PERKASA=UMNO, UMNO=RASIS RASIS=UMNO, UMNO RASIS=PERKASA, PERKASA RASIS=UMNO.

Sedang kan JANJI PRK Manik Urai tak tertunai lagi, dah mula berjanji itu dan ini pulak di GALAS, janji di MU lebih kurang RM10 juta jah pun tak tertunai, tak tahu  lah aku  kalau harga2 papan tanda di Kg. Manik Urai dan Kg. Manjor tu 10 juta, sehari dua yang aku nampak papan tanda jah disamping letak jentolak 2 biji, itu pun terkencing terberak setelah kematian ADUN Galas jah….kalau tak….HARAM….

DSC06673DSC06678 dua papantanda ni RM5 juta, rumah untuk Umno MISKIN dan Masjid Temalir RM5 juta jadi 10 juta, umno bahagian pulak rembat 2 juta……. mampos….PEGI JAHANNAM LAH umno……..

GURKHA ni pun hidup dalam umno kerana MELAYU UMNO FELDA KESEDAR yang  bagi talihayat nya pun…..MELAYU UMNO FELDA  boleh laa nak kelentong, mereka otak orang HUTAN, kalau MELAYU BANDAR, CINA, INDIA Dun Galas jangan main2.

Oiit ! korang tau ke sape Gurkha……KULI laa woi !, KULI=GURKHA GURKHA= KULI, Pegi Jahannam lah umno………

Friday, October 15, 2010

PRK Galas Batu Sapi India Cina Tolong Ajar Umno BN Dan SPR

Rakyat Kelantan dan Sabah berpeluang besar untuk mengajar KERAjaan KURANG AJAR Umno BN dan SPR hanya dalam 2 PRK ini melalui pengundi2 Galas dan Batu Sapi.

Jangan sia2 kan peluang keemasan ini sebelum Umno lebih Menggila menjelang nya PRU13 nanti.

Wahai pengundi2 Galas, Batu Sapi, PAS, DAP, PKR, Cina, India dan lain2 Bangsa, anda sedang di permain2 kan oleh pemimpin Umno, tiada erti nya anda berada dalam MCA, MIC dan lain2 komponen BN, kalau hanya Umno saja yang berkuasa dan menjadi Diktator, suara anda, perasaan anda sensitiviti anda tidak di pedulikan.

image PRK serentak, CELAKO punya SPR UMNO, mereka ada kelebihan menggunakan segala kemudahan KERAjaan.

Hari mengundi di kedua2 tempat ini akan di jalan kan SEHARI sebelum Penganut2 HINDU menyambut Depavali, ape hal ni ?, Umno bersekongkol dengan PERKASA menghentam kaum2 CINA tak kira parti asalkan CINA jah, ape hal ni ?, PERKASA yang AHLI2 nya terdiri dari UMNO terus menerus mengungkit2 kesetian kaum2 yang dulu nya pendatang tapi kini telah menumpahkan taat setia nya kepada negara ini, ape hal ni ?.

Nampak sangat musuh utama UMNO dan PERKASA kepada perjuangan Islam bawaan PAS, serta dua kelompok besar KAUM CINA dan INDIA, lihat  saja di BLOG2 pencacai tajaan UMNO.

Menampak kan tidak ketelusan dan tidak demokratik  nya UMNO bila tarikh kedua2 PRK Galas dan Batu sapi di adia kan serentak, SPR memang UMNO dan tidak berkecuali, maka tidak mustahil akan ada PENIPUAN2 dan RASUAH dalam tempoh PRK itu nanti, UMNO + SPR = 2 2 Penipu dan bersekongkol.

Tolak lah wahai pengundi !, KERAjaan UMNO APCO PERKASA ini, bermula di Galas dan Batu Sapi sehingga PRU13 nanti.

Ibrahim Ali Kan PERKASA-Berapa Ramai Sultan Baru Pun Boleh Tabal….

Pperghh ! buat2 lupa, tak ada salah kunun, yang tabal sultan baru dulu tu siapa ?, mengaku rapat dengan Sultan, pantang lepa tikam belakang, jenis mulut manis jubur masam, tak boleh buat kawan…………baik buat baik ngan an????.

“Saya telah mengunjungi Sultan Kelantan sebelum ini sebagai kawan kerana baginda kegeringan, ia kali pertama saya menghadap kunjung baginda sejak baginda pulang dari Singapura.

DSC05877 Ibrahim Ali (kiri) dan sifu nya

“Dan, baginda rapat dengan saya sebagai kawan karib, jadi itu sebabnya saya mengunjungi baginda... baginda telah bertanya tentang saya. Saya dan baginda berbual macam biasa dan kemudian hari ini darjah kebesaran ini ditarik balik” katanya.

Monday, October 11, 2010

Memegang Mykad Negara Sabah Di Kilang2 Papan Kelantan PRK N45 Dun Galas.

Kalau dulu di akhir 70an dan awal 80an pernah aku dengar orang kata negara Sabah sebuah negeri yang kaya raya, dengan adanya yayasan Sabah waktu itu, dikatakan jika warga Sabah yang berkerja dan bertugas dengan jabatan2 KERAjaan persekutuan di semenanjung Tanah Melayu yayasan Sabah akan menambah bayaran gaji untuk rakyat2 nya, begitu lah kaya nya negara Sabah, itu dulu…

Tapi kini segala2 nya sudah berubah, dulu kaya raya kini rakyat negara Sabah terpaksa merantau ke  Semenanjung hanya kerana untuk mencari rezeki di rantau orang setelah di negara sendiri tidak ada peluang pekerjaan, fenomena ini berlaku setelah UMNO masuk ke negara Sabah.

Di Kelantan khusus nya, ramai pemegang Mykad yang  berasal dari negara Sabah bekerja di KILANG2 PAPAN dan juga menjadi pemandu2 Jentera berat di ladang2 baru dan di felda2. Di kilang papan, pekerja2 TEMPATAN berasa RIMAS dengan kehadiran mereka2 ini, mereka di tawar kan dengan gaji begitu murah berbanding dengan pekerja tempatan, ini mengakibatkan pengusaha2 KILANG PAPAN mengutamakan pekerja2 dari negara Sabah.

Yang aku pelik dan nak tergelak  nya…………….bila tiba musim perayaan apa2 pun, sesetengah mereka ini tidak balik ke Sabah, sebalik nya ke INDON, malah wang untuk bantuan untuk keluarga di kampung pun mereka menghantar ke INDON juga, heran bin ajaib, ramai kalangan mereka dari suku BUGIS kata nya yang aku jumpa.

Aku pernah jumpa JAGA BANK di KL, ada juga dari Sabah, begitu rendah martabat Sabah yang sewaktu waktu dulu kaya hingga sanggup ke KL hanya untuk bekerja sebagai JAGA jah, ajaib ajaib, aku harap apa yang aku dedah kan ini bukan rakyat Sabah yang ORI, maaf rakyat Sabah ye……..aku bukan berniat nak kondem Sabah, tapi ada sesuatu yang tak kena….

Baca pulak cerita di bawah ini………kah kah kah !

Rayuan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara pulang,  ini menunjukkan bahawa penghijrahan menjadi masalah nasional dan bukan masalah Kelantan semata-mata, kata ketua penerangan PAS.

imageIdris Ahmad berkata, di negeri pimpinan BN seperti Johor juga menyaksikan puluhan ribu rakyatnya berulang-aling ke Singapura bagi tujuan kerja,

Sehubungan itu, Idris (kiri) mengingatkan supaya isu penghijrahan di Kelantan tidak dijadikan sebagai modal dalam pilihan raya kecil Galas - yang didakwanya sering digunakan - kerana ia akan menjadi "paku buah keras" kepada BN.

Bagaimana pulak dengan  hampir 700,000 rakyat Malaysia kini berada di luar negara dan memberikan khidmat yang baik di syarikat-syarikat gergasi luar negara ?.

Sunday, October 10, 2010

Ketua2 Agensi KERAjaan Tengah Bermesyuarat Di JPP Hari ini PRK N45 Dun Galas

jpp Semua ketua2 agensi KERAjaan Tengah selesai bermesyuarat tentang apa2 tindakan jabatan2 yang perlu di laku kan oleh jabatan masing bagi membantu Umnoapco BN menghadapai Pas dalam PRK N45 Dun Galas nanti.

Mesyuarat itu selesai petang tadi yang  di adakan di pejabat JPP Kelantan Kota Bharu, antara perkara yang di bincangkan ialah bagaimana untuk mengagih atau membelanja peruntukan2 yang di sediakan oleh KERAjaan persekutuan untuk lebih berkesan bagi menarik seberapa ramai pengundi memihak kepada UmnoApco yahudi BN.

Segala peruntukan2 perlu di gunakan dengan segera dan juga perlu di habis kan sebelum tempoh pilihanraya.

Kan aku dah kata, JPP lah antara penyambung hayat Umno, jangan2 duit royalti yang sepatut kerajaan negeri dapat itu pun akan di gunakan untuk pilihanray ini juga.

Maka nanti banyak lah program2 UmnoApco akan laku kan di galas, segala2 nya itu adalah duit rakyat, mereka akan gunakan untuk memenangkan hanya seorang individu, yang belum tentu individu itu akan berjasa kepada rakyat, tapi kalau wakil rakyat Umno laaaaa, kayakan diri sendiri dan kroni2 lah dulu, melayu2 UMNO Felda tunggu lah dulu, di tipunya peneroka ada lah.

JPP Dan KESEDAR Senjata Umno Di Dun Galas N45

Umno tidak boleh berhujah menggunakan mulut dan lidah di Galas, tokoh tempatan umno semua nya HAPRAK, berimage samseng dan mafia, memenangi jawatan parti melalui pintu belakang dan Rasuah.

Ku Li sakit kepala untuk melayani kerenah mafia2 yang ada nih, mereka berjuang bukan untuk rakyat selama ini pun, mereka lebih penting kan projek2 kurniaan umno apco.

Dua agensi KERAjaan Tengah yang sengaja di tubuh kan untuk menjaga BARUA2 umno, kalau tidak ada 2 agensi ini umno sudah lama berkubur di Kelantan, 2 agensi ini bukan untuk menjaga kepentingan rakyat sangat, sentiasa TIRIS, serta melakukan projek2 membazir dan tidak mengikut spec, kalau bina jalan, tak dan setahun jalan sudah hancur, kalau bina jambatan kos berlipat2 ganda, aku ada bukti dan gambar2 mana projek yang membazir, semua nya ini menyusahkan rakyat menyenang kan puak2 umno jah.

image_gallery4 arshad pengurus besar KESEDAR

Kalau sebelum menyertai umno kaki sepak KERTAS, dah sertai umno dan berjawatan dalam AJK bahagian dah hidung dongak kelangit, belum lagi taraf akedemik, lepasan darjah 6 tahun 70an pun ada berlambak dalam jawatan kuasa bahagian, pak2 LEBAI jangan harap ada dalam AJK, pak lebai awal2 lagi di KERAT pada peringkat cawangan, tak ade tempat yang gheti sikit hal2 agama dalam umno ni…, itu pasal lah bila dapat jah ABDULLAH SAMAH, di usung ke hulu ke kilir, siang malam yak kira masa, kunun nya ni lah tokguru tersohor, pppperghh !, tersohor TAIK kucing takat tafsir buku sejarah melayu tingkatan 5, anak tergelak sampai guling2, dia kata “ada orang tua study nak ambil SPM ?”, kah kah kah……., puak2 umno jarang dengar KULIAH2 ni, diorang anjur tahu tapi dengar tidak, lalu tak dapat nak beza mana yang mursyid dengan yang tak, itu pasal tokguru “GILO” sampai meroyan dalam ceramah ntah hape2 di sebut, ntah dari mana rujukan nya pun tak tahu, main ikut sedap mulut jah, kerana ape ?, kerana tokguru “GILO” tu tak cukup tidor dan rehat, otak jadi buntu.

jppmakhtar pengarah JPP Kelantan

Tempoh PRK galas ni korang boleh tengok lah projek2 MEE segera, peruntukan mencurah, mengugut pengundi, kalau tak undi BN, itu dan ini tak dibagi, DAJJAL sungguh, banyak projek2 yang di janjikan masa PRK di Manik Urai dulu sampai hari ini pun tak tertunai, antara nya…..Jambatan manik urai, bandar agropolitan, nak jadi manik urai anak emas, pusat sukan Kg. Manjor, lapangan terbang dan Masjid di Kg. Temalir, tak tertunai dan tak dapat nak tutup malu dah …., boleh ke UMNOAPCO siap janji2 itu dalam tempoh PRK Galas, harapkan papan2 tanda adalah di cacak di manik urai dan manjor 2 3 hari lepas, nak kelentong la tu, nak suruh orang kata dia dah buat, dasar di nasihat oleh APCO yahudi memang begitu.

Perkasa Tak Menyibuk Tapi Ahli Nya ? PRK N45 Dun Galas

DSC05976 Kalau perkasa sebuah pertubuhan yang di katakan RASIS, tiada beza nya dengan ahli2 nya yang majoriti dari ahli2 UMNO, sama jah TAIK dan KENTUT 2 2 RASIS.

Walau apa pun semua orang tahu perkasa memang bermusuh dengan kaum CINA, 25% pengundi Galas terdiri dari kaum itu, untuk menutup mata kaum CINA di Galas, perkasa buat2 tak masuk campur, tengok lah nanti, Brohing pun boleh berlakon sebagai bukan orang Perkasa pada malam dan pagi hari pembuangan UNDI, jadi musang membagi buah2 tangan demi untuk undi Umno BN, macam Manik Urai dulu.

Puak2 ni bukan boleh percaya sangat, mereka sudah banyak belajar dengan APCO yahudi.

Perkasa RASIS, Umno selama2 nya RASIS, tengok saja pada KESEDAR, ada mereka membantu CINA Lu Musang atau Galas ?.

Saturday, October 09, 2010

Projek Terkencing Terberak BN PRK N45 Dun Galas

Nak terkencing terberak puak2 umno, mereka tidak dapat menahan ketentuan Allah. lari dari PRK Kota Siputeh terjerat di Galas, janji2 PRK M/Urai menghantui umno, berjanji bukan2, menabur berbagai janji dan mengugut pengundi untuk mengundi nya dengan berbagai helah.

Pengundi Galas mungkin tidak akan bernasib baik selepas ini, mengharap kan ada lagi PRK susah di ramal, janji2 PRK umno di galas kemungkinan tinggal janji dan tertipu seumur hidup.

Satu lagi umno telah melakukan kerja2 tanah di Kg.Manjor yang di janjikan umno dan BN masa PRK MU dulu, semalam 8/10/10 petang gerombolan pencacai umno mencacak satu lagi signboard, Pusat sukan yang di janjikan kunun nya.

DSC06675 dengan tergesa2 papan tanda ini di tulis pakai tangan dan cat masih basah lagi, janji pusat sukan tapi tulis padang bola, tipu ke tak tipu, RSA TERNOK JAYA ENT. tu kepunyaan orang yang berjawatan dalam umno bahagian Kuala Krai.

DSC06678 janji pusat sukan tapi padang bola, ooooo ! kerja2 berkaitan…..

Beli tapak hampir RM200 ribu, nak rata kan bukit ni memakan belanja hampir sama dengan harga tapak, mesen yang kerja sebuah bulldozer jah, berapa tahun mahu siap tapak, lesen kontrak kelas ape hah ?, tak termasuk bangunan dan gelanggang2 sukan yang lain2 lagi, aku rasa lepas undi di Galas projek ni KONG juga lah…………, kalau buat pun CINCAI2 JAH asal jadi sudah, maka melayu tertipu lagi, yang untung kroni umno yang ada lesen kontrak.

Apa2 projek pun dari KERAjaan Umno dan BN, yang untung hanya  umno berjawatan dan mempunyai lesen2 kontrak jah, hampir separuh yang berjawatan dalam umno bahagian kuala krai mempunyai lesen2 kontrak, boleh check di pusat2 pendaftaran kontraktor2 di JPP dan dan lain2 jabatan, kadang2 sorang galas 4 5 6 lesen, maka melobi lah mereka2 ini. pperghhh !.

Tunggu gambar2 Jambatan Manik Urai yang gerombolan nak bina segera macam maggi mee.

Thursday, October 07, 2010

Calon2 Umno BN PRK N45 Dun Galas (update)

Selain yang pernah aku sebut sebelum ni, ada lagi nama2 baru, seorang dari pejabat pendidikan daerah, nama nya aku lupa korang usha sendiri lah, lagi….ermm no 2 pemuda bahagian, aik ! pengurus besar KESEDAR pun ada dalam waiting list juga………………….

image_gallery5 ini ?, bukan bukan, dulu mamat ni kalau korang ingat, yang tendang terajang dalam dewan DUN kelantan dulu, tengah trainning kung tau fuu………………., pun geng umno Lu Musang juga. Nozula aka JULA.

image nih ! sorang lagi yang terbaru Zamzani Harun naib ketua pemuda umno Lu Musang (update)

tokgurugiloumno tokguru “GILO” Ketua Ulamak Umno Kelantan yang di lantik oleh SU pemuda umno Kelantan, pentafsir kitab buku sejarah melayu tingkatan 5, ini calon cadangan ketua pembakang Dun Kelantan, oleh kerana guru nya Md Alwi, tempat rujukan agama umno.

image_gallery.jpeg1 ini dah tentu calon nombor wahid Khairi Jamaluddin, bazlan.

Slide5 Ku Li, yang misai dan pengurus besar KESEDAR yang tak sedar.

DATO HJH WAN HAZANI 1 ini pulak bini saari LEMBUT, ketua wanita umno Lu Musang pun guling2 nak jadi calon, wan hazani.

image_gallery4 yang ni tak tahu apehal, nak juga jadi calon, pengurus besar KESEDAR. arshad nama nya.

image_gallery2 ini orang nombor 1 Ku Li, SU umno bahagian Lu Musang AZIZ Yussuf

saufi kesian yang ni, tercicir terus………………..toksah wat muka sedih laa.

perkasa 1ini pulak calon cadangan PERKASA, woiit nak juang Islam dan Melayu…….PEGI JAHANNAM LAH……….

Wednesday, October 06, 2010

Wanita Umno Lu Musang Berang Dengan Sikap Ku Li N45 Galas

Ahli Parlimen Tengku Razaleigh Hamzah tidak gentar dengan tindakan yang bakal dikenakan terhadapnya oleh UMNO kerana telah berkongsi pentas dengan PAS terutamanya di Kelantan bagi menuntut royalti minyak. Ku Li yang pernah menjawat jawatan Presiden Petronas memahami bahawa Kelantan dan Terengganu mempunyai hak peratusan daripada minyak yang ditemui dipesisir pantai dua negeri terbabit.

perkasa 1ini bukan wanita melayu umno Lu Musang

Ku Li yang dilihat semakin agresif membantu Kerajaan Negeri Kelantan untuk membawa royalti ke negeri itu dianggap mempunyai agenda peribadi sepertimana telahan yang dibuat oleh beberapa pemimpin UMNO. Mereka juga berpendapat bahawa Ku Li membuat pendirian yang bercanggah dengan apa yang telah dinyatakan pada tahun 1990 yang lalu.

Presiden UMNO turut mengulas tindakan tersebut dan menyatakan bahawa pihaknya akan meneliti ucapan yang telah disampaikan oleh Ku Li dalam Ceramah Perdana Royalti Minyak di Stadium Sultan Muhammad Keempat, Khamis lalu.

DATO HJH WAN HAZANI 1ini baru ketua wanita Lu Musang wan hazani bini saari LEMBUT ?

Ku Li tenang menjelaskan bahawa apa yang dilakukan olehnya ialah berdasarkan kepada perundangan, perjanjian dan hak rakyat Kelantan yang mesti dibela. –ANN [sumber]

Tuesday, October 05, 2010

Pegawai Khas Ku Li Pertikai Muhyiddin N45 PRK Dun Galas

Mohd Lokman Ghani, Pegawai Khas bagi Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah semalam secara terbuka mempertikai tindak-tanduk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana tidak menghormati pendirian veteran Umno Kelantan itu menyertai suatu forum isu royalti minyak penghujung bulan lepas.

image Ku Li Gegar Di Kuala Terengganu 18 mac 10

Kritikan tersebut selepas Tengku Razaleigh atau Ku Li sendiri menyatakan kesediaan untuk menghadapi tindakan disiplin Umno sekiranya dianggap menyalahi perlembagaan parti perkauman tersebut, sebagaimana yang dibangkitkan oleh beberapa pemimpin Umno negeri dan nasional sebelum ini.

"Saya merasa kecewa dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang juga Timbalan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang seolah-olah tidak faham dan masih tidak mahu faham tentang pendirian Ku Li sedangkan Ku Li sudah beberapa kali menegaskan bahawa beliau berucap di pentas NGO iaitu Gegar," jelas beliau seperti dipetik dari blog perisik-rakyat, http://perisik-rakyat.com.

"Saya hairan adakah TPM, Perdana Menteri dan ahli parti semua mendengar ucapan Ku Li? Saya harap supaya semua mereka mendengar dari awal hingga akhir. Apakah kenyataannya itu melanggar Perlembagaan dan disiplin Umno?"

"Kalau kerajaan bohong takkan Ku Li nak ikut sama berbohong? Terpulang kepada Lembaga Disiplin Parti untuk menentukan sama ada beliau bersalah atau tidak kerana apa yang hendak disampaikan oleh beliau ialah undang-undang dan perjanjian yang telah ditandatangani antara Petronas dan wakil Kerajaan Negeri Kelantan memandangkan beliau sendiri yang telah menandatanganinya dan beliau lebih tahu akan soal ini," jelasnya.

"Apa yang hendak disampaikan adalah perkara yang benar. Beliau tidak mahu berbohong dan beliau hanya mahu bercakap perkara yang benar. Apakah kenyataan benar dan tepat itu bercanggahan dengan kehendak parti? Apakah Ku Li perlu diseret sama untuk berbohong kepada rakyat semua?"

Beliau turut menafikan bahawa Ku Li pernah mengeluarkan kenyataan yang tidak konsisten berhubung status royalti minyak Terengganu, ketika menjadi saksi mewakili kerajaan PAS Terengganu suatu ketika dulu.

Beliau mendakwa Muhyiddin tidak pula mengenakan tindakan kepada Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz kerana mengeluarkan kenyataan tidak menghalang niat Ku Li untuk menyertai badan bukan kerajaan (NGO) Gegar sehari sebelum sebelum forum tersebut dilangsungkan.  [sumber]

Setiausaha Pemuda Umno Kelantan Menang Secara "tipu helah" N45 Galas

Bazlan Baharuddin memenangi jawatan Ketua Pemuda Lu Musang dan pencalunan untuk KJ dari Lu Musang dengan cara "tipu helah" atas bantuan Anuar Musa sebagai bekas Ketua Perhubungan UMNO Kelantan.

08 Bazlan Baharuddin ketua pemuda umno Lu Musang dan juga SU Pemuda umno Kelantan.

Tengku Razaleigh selaku Ketua Bahagian Lu Musang sendiri ada membuat kenyataan bahawa mesyuarat yang mana Bazlan menang tidak sah. Yang sah adalah mesyuarat bertarikh Oktober 25hb 2008 yang mana jawatan Ketua Pemuda dimenangi oleh Mohd Azizi Abu Naim dan Dato Seri Dr Khir Toyo yang patut dapat pencalunan.

Kaitan Bazlan dengan Khairy begitu jelas sekali. Dia telah dilantik oleh Ketua Pergerakan "Pemudi" Malaysia, Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda Negeri Kelantan. Dalam aturan Khairy melantik mengisi jawatan-jawatan dalam Pemuda, hampir 99.9% adalah orang dia sendiri.

Ini yang KJ faham sebagai janjinya untuk menyatukan Pemuda. Hairanya "Pemudi-Pemudi" ini boleh diam biarkan, apa pasal?

Siapa tidak kenal Anuar Musa? Dia adalah satu ahli politik yang tidak ada prinsip, korup dan sering bertukar-tukar kesetian. Anuar Musa yang sapu duit PPRT semasa memegang jawatan Menteri Luar Bandar tetapi pegawai kerajaan yang kena.

Anuar Musa dibawa masuk oleh Tengku Razaleigh selepas jadi pemimpin pelajar Malaysia di United Kingdom. Penulis pun ada dengar pasal Anuar Musa semasa menuntut di New York pada masa yang lebih kurang sama. Pada pandangan peribadi penulis, dia hanya pemimpin biasa - all speech - tapi rezeki pada dia.

Maka naiklah dia sedikit demi sedikit dalam UMNO sampai jadi Menteri. Itu kerana dia berpindah taat setia kepada Dr Mahathir. Semasa zaman Pak Lah, dia jadi orang yang kuat mengampu Pak Lah. Demi untuk politiknya sendiri, sanggup jadi hatchetman Pak Lah.  [baca seterus nya dari sumber]

Monday, October 04, 2010

KESEDAR Bazir Wang Rakyat Bina Padang Golf Untuk Golongan Elite Nya N45 Galas

Masih ramai rakyat yang beranak ramai tidak mampu menukar pakaian sekolah, pegawai2 kesedar tak kira pangkat kecik atau besar enjoy masa lapang bermain golf, ppperghhh !, driver pun main golf, berapa belanja maintainance korang agak ?, duit siapa diorang guna, celako puak2 ni , KESEDAR ni pun tali hayat umno juga, padang golf elok je diorang uruskan, ladang2 hampess, eh ! menatang ni untuk sape ?, untuk peneroka, penoreh getah atau pekerja ladang sawit ?, cuba korang tanya pada pegawai2 Kesedar apa tujuan penubuhan kesedar sebenar nya.

imageagak2 diorang bayar ke premium tanah ni ?, satu lagi korang tak sedih kaa, kerana ramai lagi rakyat yang perlu bantuan, pegawai2 pulak berjoli dengan harta rakyatimage pada PRK N45 Dun Galas nanti korang pegi jenguk lah tempat ni, eksklusif beb…member only, silap2 dalam tu ada PUB juga, menatang ni terletak di bandar Lu Musang.

Aku nak bagi tahu korang, agensi ni pun talian hayat umno di Kelantan juga, banyak ladang yang di kendalikan nya sendiri tidak ekonomik dan membazir, ladang limau madu ?, kah kah kah hasil nya buat baja tanah jah, begitu juga ladang etnobotani ke ntah apa, aku pun tak tau apa sebutan nya, juga membazir last2 tanam dokong, yang harga borong nya sekarang 70 sen sekilo, juga buat baja tanah, ladang ni kalau korang ingat, masa PRK N41 M Urai dulu, simpang nak masuk ke manik urai baru, itu lah tempat nya, yang menyelia ladang2 ni bertaraf pegawai beb, pakaian kemas pejabat baik betina atau pun jantan.

Pei pedal kata rakyat galas miskin, betul……pegawai2 kesedar dan umno kaya2.

Kesedar ni asal kan ada projek atau cadangan jah, janji duit CAIR, tentu TIRIS boleh masuk poket punya.

Kalau rakyat galas masih tidak ada KESEDARan lagi aku tak tahu lah………

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM