Grab the widget 
Showing posts with label kaki joli. Show all posts
Showing posts with label kaki joli. Show all posts

Monday, October 04, 2010

KESEDAR Bazir Wang Rakyat Bina Padang Golf Untuk Golongan Elite Nya N45 Galas

Masih ramai rakyat yang beranak ramai tidak mampu menukar pakaian sekolah, pegawai2 kesedar tak kira pangkat kecik atau besar enjoy masa lapang bermain golf, ppperghhh !, driver pun main golf, berapa belanja maintainance korang agak ?, duit siapa diorang guna, celako puak2 ni , KESEDAR ni pun tali hayat umno juga, padang golf elok je diorang uruskan, ladang2 hampess, eh ! menatang ni untuk sape ?, untuk peneroka, penoreh getah atau pekerja ladang sawit ?, cuba korang tanya pada pegawai2 Kesedar apa tujuan penubuhan kesedar sebenar nya.

imageagak2 diorang bayar ke premium tanah ni ?, satu lagi korang tak sedih kaa, kerana ramai lagi rakyat yang perlu bantuan, pegawai2 pulak berjoli dengan harta rakyatimage pada PRK N45 Dun Galas nanti korang pegi jenguk lah tempat ni, eksklusif beb…member only, silap2 dalam tu ada PUB juga, menatang ni terletak di bandar Lu Musang.

Aku nak bagi tahu korang, agensi ni pun talian hayat umno di Kelantan juga, banyak ladang yang di kendalikan nya sendiri tidak ekonomik dan membazir, ladang limau madu ?, kah kah kah hasil nya buat baja tanah jah, begitu juga ladang etnobotani ke ntah apa, aku pun tak tau apa sebutan nya, juga membazir last2 tanam dokong, yang harga borong nya sekarang 70 sen sekilo, juga buat baja tanah, ladang ni kalau korang ingat, masa PRK N41 M Urai dulu, simpang nak masuk ke manik urai baru, itu lah tempat nya, yang menyelia ladang2 ni bertaraf pegawai beb, pakaian kemas pejabat baik betina atau pun jantan.

Pei pedal kata rakyat galas miskin, betul……pegawai2 kesedar dan umno kaya2.

Kesedar ni asal kan ada projek atau cadangan jah, janji duit CAIR, tentu TIRIS boleh masuk poket punya.

Kalau rakyat galas masih tidak ada KESEDARan lagi aku tak tahu lah………

Monday, September 20, 2010

Umno Tak Malu Perkasa Pun Ambil Kira

image

Umno parti yang tiada pendirian, sebahagian ahli nya sokong perkasa dan sebahagian yang lain tidak, makin luas lah lobang hidung brohing kerana umno ada yang sokong nya, bertambah hebat lah brohing kalau sebelum ni hampir2 karier politik nya berkubur, nampak nya umno telah menyambung nyawa nya pulak.

Nazri, tengku denan dan khairi pulak bermati matian2 menggesa supaya seluruh umno menjauhi perkasa, kerana mereka melihat perkasa sebuah NGO yang rasis dan perkauman tegar, ini tidak baik bagi umno dalam semangat BN, yang mana BN di anggotai oleh parti pelbagai kaum.

image

Khir toyo, mukhris pulak menemplak KJ dengan mengatakan perkasa lebih baik dari pemuda umno, wah ! nampak nya dendam masa pemilihan pemuda masih di ambil kira oleh 2 umno ni.

Yang aku nak tergelak nya, kecoh sekali dalam umno, tuding menuding jari, berbalah sama sendiri, gara2 perkasa punya pasal.

Madey tentu tersenyum gumbira situasi begini, lantak ko lah umno…………najib pulak masih menunggu signal dari rosmah.

Rupa2 nya perkasa lebih hebat dari Umno, terbalik kentut lebih baik dari taik…….

Sunday, September 12, 2010

30% Balik Raya Dan Undi Umno

Nak kata tak betul apa yang Boss Kentut kata pun tak boleh juga, memandang kan rata2 anak muda yang balik cuti raya mengatakan gang2 mereka pun turut bosan dah dengan gelagat2 Umno dan pemimpin2 mereka.[baca boss kentut kata].

imageBah kan perantau2 yang pulang mengatakan bukan kerana hanya Umno yang mereka meluat, tapi lebih meluat lagi perangai2 boss kentut Brohing Ali, hari2 mereka dengar keceluparan mulut nya, kata mereka. Kalau lah dah anak Muda Melayu pun benci, yang Cina2, India2 dan lain keturunan apa lah lagi.

Umno Taik, Perkasa Kentut dua2 nya keluar dari lobang najis, samada dua2 ni bersandiwara ke tidak, yang penting mereka sedang meroyan, orang yang paling paham perangai Brohing ialah antara mereka semasa PRK DUN Manik Urai dulu, sesiapa yang pernah jumpa Brohing waktu dinihari malam pembuangan undi di dalam kebun2 getah atau pun di rumah2 kosong awal pagi, mereka tau lah apa ilmu dan petua Brohing gunakan supaya pengundi2 undi Umno BN.

Dalam kes sokongan pada Umno menjelang PRU tak payah Brohing gembar gemburkan, lihat saja pada anak muda pulang bercuti sudah cukup, berbagai info mereka bawa balik untuk keluarga mereka, mereka2 ni semua bukan orang BODO, nak kena dengar Brohing cakap dulu.

Friday, September 10, 2010

Pengurusi Felcra Meroyan

image

Kebanyakan ladang2 Felcra yang di serahkan kepada Kerajaan Negeri Kelantan sebelum ini adalah antara ladang2 yang di majukan felcra, terdiri dari tanah2 yang berstatus HARAM, tanah2 yang tidak di bayar premium kepada Kerajaan negeri, hasil dari ladang2 ini telah di masuk poket kan  oleh penyangak2 yang jahat di kalangan pencacai felcra dan juga Umno, ladang2 ini tidak berpeneroka sebenar nya.

Tajuddin boleh melalak apa saja, kenapa tidak tanya kemana di buang wang2 hasil dari ladang2 itu sebelum ini, sedang kan sehingga ladang2 itu di serah kepada Kerajaan negeri itu sudah tidak ekonomik dan produktif lagi.

Ladang2 HARAM ini di majukan sejak Kerajaan Negeri bawah teraju BN dulu lagi, masa itu puak2 Umno bermaharajalela membuka ladang2 felcra tanpa mengira status tanah, bayang kan berapa banyak hasil2 itu telah di ROMPAK kerana disini tiada peneroka.

Ikutkan kata Tajuddin keuntungan bersih tidak kurang dari RM10 sebulan, itu kata nya, jangan kata RM10 juta la 5 juta jah kalau di kali kan dengan tempoh 20 tahun ?, berapa banyak duit itu hilang.

Tajuddin juga boleh mengajukan berbagai soalan bodoh kepada Kerajaan Negeri, lihat contoh soalan nya dibawah.

Pengerusi Felcra Bhd. (Felcra), Tajuddin Abdul Rahman mencabar Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya membuktikan bahawa tanah ladang kelapa sawit seluas 3,237.4 hektar yang diserahkan kepada kerajaan negeri telah dimanfaatkan untuk rakyat negeri itu.

Tambah beliau, selain mengembalikan tanah tersebut, Felcra turut memenuhi tuntutan bayaran tambahan RM10 juta yang diminta oleh kerajaan Kelantan.

"Adakah tanah itu dijadikan ladang rakyat oleh kerajaan Kelantan dan adakah rakyat mendapat hasil dari keuntungan ladang tersebut atau wang tersebut masuk ke tabung khas kerajaan negeri atau parti politik?.

Monday, September 06, 2010

Teo Nie Dalam Surau Dan Rosmah Luar Surau Dan Mesjid Ada Kah Sama ?

Teo dalam Surau pakain kurang sopan langgar FATWA, salah, rosmah buka kepala luar Surau dan Mesjid langgar perintah ALLAH, tak salah ?, sorang Kafir sorang lagi Muslim tapi mempersenda Hukum dan langgar perintah ALLAH………Pppperghh !.

imageimage image Muslim tak tutup Aurat luar Surau dan Mesjid tak langgar Fatwa, tapi langgar Hukum Allah (first lady ada imunity ka ?), pemimpin Islam bini cam gini kita nak ikut ?.

Perempuan Muslim tak menutup aurat atau kurang sopan tak payah tunggu FATWA, Hukum nya sudah jelas Haram di sisi Islam. (bandingkan gambar atas dengan bawah dan bawah sekali apa beza ?).

imageteo nie berpakain korang sopan di ruang Solat Surau

imageini wanita pertama negara Islam  1Mesia dalam Surau 

Bukan Muslim mati berkek alan dengan Kafir masuk Neraka, Muslim langgar perintah ALLAH mati nya sebelum Taubat,  ALLAH janji neraka juga.

Najib menegaskan, Ahli Parlimen DAP Serdang Teo Nie Ching telah melanggar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan apabila beliau memasuki ruang solat Surau Al-Huda, Kajang bulan lalu.

Sunday, September 05, 2010

Geng2 Jahil UMNO Menguasai Jabatan2 Agama

Umat Islam hari semakin keliru dengan Agama mereka sendiri, bukan Muslim lagi lah keliru kerana pengetahuan Islam telah di pesongkan oleh syaitan2 yang menguasai jabatan2 dan agensi agama di ketuai oleh orang JAHIL Agama, pemilihan mereka sebenar nya di pengaruhi Syaitan, apabila mereka ini di bawah pengaruh Syaitan nasihat yang dikeluarkan mereka juga merupakan nasihat pengaruh Syaitan juga.

image

Mungkin  Ajaran Islam Hadhari yang di anuti Umno selama ini mengkehendakinya begitu bagi menjaga kebejatan pemimpin2 Umno sendiri.

Geng2 jahil berlumba2 mencari publisiti murahan walau kadang2 setiap tindak tanduk nya melebihi dari jabatan2 yang sama dalam mengeluarkan Fatwa2.

Haru biru habis Agama apabila alamak2 umno hanya berlegar setakat KAKI 5 dan memerhati saja tanpa apa tindakan yang boleh mereka lakukan, apa yang mereka boleh laku kan hanya membuat tuntutan2 ELAUN untuk membuncitkan perut BODOH jah, tanpa memikirkan nasib masa depan Islam.

Selama mana Umno menjadi tonggak negara selama itu lah Islam di perkotak kati kan.

Saturday, September 04, 2010

Benarkah Peguam Membela Tertuduh Yang Dia Tahu Benar2 Bersalah

image

Dalam sistem Perundangan sekular dan Undang2 ciptaan manusia  sebarang kemungkinan boleh berlaku, kerana sistem itu tidak mempunyai batas2 IMAN dan KUFUR semua berkaitan logik akal dan releven dengan sebarang kes.

Dalam sistem undang2 sekular keputusan tertinggi pada kes2 berprofil tinggi, ia  nya sudah di rancang sebelum sesuatu kes itu di sebut  di mahkamah lagi, penentu kepada kes yang berat terletak pada kuasa politik yang tertinggi ia itu MENTERI PERDANA, sebab setiap undang2 itu tempat rujukan nya hanyalah apa yang tersurat dalam buku undang2 selain dari itu dengan mengambil kira perbandingan kes2 lampau atau rujuk ke london pppergh !, london ?, penafsiran budi bicara hanya semata2 terletak kepada Hakim jah, Hakim kadang2 ada kelihatan BIAS pada satu2 ketika dalam pelaksanaan hukuman nya.

Apabila tidak ada tempat rujukan yang khusus, tiada nya dosa pahala dalam kehakiman, ada nya hakim2 yang kaki MABOK ARAK, rasuah dan sebagai nya, tidak MUSTAHIL pulak PEGUAM2 ada yang membela anak guam nya yang dia sendiri tahu yang mana telah nyata dan di yakini nya bersalah, tapi oleh kerana ada ruang untuk memutar belit kan fakta2 kes, peguam itu berjudi nasib dalam membela anak guam nya demi UPAH.

image

Sebab itu dalam isu HUKUM HUDUD ramai dari kalangan ELITE takut termasuk juga pengamal undang2 sekular, kerana dalam undang2 Syariah dan HUDUD segala nya telah temaktub sebahagian nya dalam Al Qur’an dan Hadith2 serta sejarah sahabat dan para tabiin2 serta ijtihad Ulamak2, dengan itu rujukan tertinggi nya adalah Al qur’an itu sendiri, tidak ada tawar menawar, sementara saksi2 hendak lah bukan dari kalangan FASIK, sebab itu sebelum satu2 kes di sebut di mahkamah, orang yang terlibat mesti Mengucap 2 Kalimah Syahadah terlebih dulu, dalam undang2 Syariah pengamal nya mesti lah orang yang benar2 beriman kepada Allah tuhan yang mencipta nya.

Olih kerana itu ada kalangan PEGUAM sekular takut tak boleh CARI MAKAN.

Dari sudut kepakaran dan hakim, jelas ia bukan satu alasan untuk menggagalkan pelaksanaan ini. Gunalah kepakaran hakim syarie dan peguam syarie dalam melaksanakan pendakwaan dan hukuman. Peguam sivil boleh cari makan, dengan syarat tidak membela orang yang benar-benar bersalah. [lihat Justice For All].

Golongan elite RASUAH, jahat, memang sah takut kepada HUKUM HUDUD walau pun mengaku ISLAM, UMNO dan golongan ini lah yang bermati2an menentang Hudud nih, termasuk juga menghasut orang2 bukan MUSLIM supaya bersama2 dengan mereka menolak Hudud, dajjal puak2 nihh……….

Thursday, September 02, 2010

UMNO JAIS Dan Brohing BERMAZHAB MALIKI ?

Premis 1: Umno dan Jais tidak membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid.

Premis 2: Mazhab Syafie membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid

Premis 3: Mazhab Maliki tidak membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid.

rosak akhlak gambar sekadar hiasan saja.

Kesimpulan: Umno dan Jais bukan bermazhab Syafie tetapi bermazhab Maliki.

[sumber ori]

UMNO Parti Tak Boleh Buat Kawan

Harussani tidak di kedudukan sekarang ini, begitu juga rosmah dan musa hassan, ini semua adalah ketaatan Kaum Cina dan India dengan Parti masing2 MCA dan MIC sanggup jadi rakan untuk menubuh KERAjaan.

21069205Umno lupa yang dia berkongsi Kuasa dengan CINA, INDIA dan lain2 kaum juga. 

Umno sudah lama berkubur kalau 2 parti tonggak terbesar kaum bukan melayu sanggup jadi kawan, mereka tidak banyak kerenah dan taat pada negara ini percaya dengan ikatan janji bersama, walau pun ada krisis kecil dalam hal2 rumah tangga.

Akhir2 ini Umno semakin melampau dengan sikap RASIS perkauman yang begitu tak boleh di terima terhadap 2 2 kaum itu, dengan mengungkit sensitivti Ugama dan Kaum untuk mengahalkan tindakan nya, Umno lupa, walau pun yang di cerca itu dari parti lain tapi mereka ada perasaan atas dasar kaum, jangan mencerca sesuka hati, PAS ada CINA dan INDIA begitu juga DAP dan PKR….

Umno perlu ingat seberapa kuat pun Umno tidak boleh bersendirian mentadbir Negara, walau pun bergabung dengan PAS, ini realiti patut di insafi, yang Umno boleh sesuka hati RASUAH, TIPU RAKYAT, rampas hak rakyat Kelantan dan menjolikan dengan harta2 Kerajaan sekarang ini pun, 2 parti itu juga lah yang tolong bagi kuasa, ingat sikit.

Tarik Subsidi Bahan Api Naik Kan Harga Gula Untuk Bagi Bonus Kakitangan Kerajaan Dan Apco

Di mana letaknya maruah seorang perdana menteri yang mengambil wang rakyat atas nama penstrukturan subsidi dan digunakan untuk membayar perunding asing seperti APCO sehingga mencecah RM77 juta setahun semata-mata untuk menaikkan imej beliau.

 roswahIni mesti jaga, leher kerepot dah, belanja besar ni kalau repair

Malah, kesan berganda daripada kenaikan harga tersebut akan memberi tekanan kepada golongan berpendapatan rendah di bawah RM2,000 sebulan, yang mana 75 peratus adalah bumiputra yang kononnya dibela oleh BN. [baca].

Apa rasional Najib menarik RM750 juta subsidi dan berbelanja RM900 juta untuk bonus, dari penarikan subsidi dan kenaikan harga gula najib save RM750 juta, subsidi yang di tarik balik itu adalah hak UMUM rakyat malaysia termasuk rakyat bawahan dan berpendapatan tidak tetap, oleh kerana nak menunjuk2 dan nak ambil hati kunun nya, walhal malu pada Lim Guan Eng dan Kerajaan PR, sanggup pulak keluarkan belanja RM900 juta untuk membayar bonus pada kakitangan KERAjaan yang berpendapatan tetap dan di jamin hidup oleh Kerajaan. [baca juga disini].

Ini kepada rakyat berpendapatan RENDAH dan tak tetap, korang pikir lah sendiri, apa najib perlaku kan pada korang, korang nak pilih lagi UMNO dan BN nanti ?.

Najib cakap lain buat lain “hasil penjimatan daripada penyelarasan harga itu akan membolehkan kerajaan menyediakan perbelanjaan yang lebih kepada sektor penting seperti kesihatan dan pendidikan”.

Kalau rakyat bawahan tak sedar lagi, tak tahu nak la…………….nanti dekat PRU sembah balik yang bawah2 sewaktu ketika dulu di pinggir kan dengan berbagai2 JANJI pilihanraya.

Wednesday, September 01, 2010

Umno Perlu Bertanggungjawab Bila Bukan Melayu Bertindak Balas

Sekiranya apa terjadi keatas bangsa Melayu Umno mesti di pertanggungjawab, kerana Umno dan kuncu2 nya memulai dulu dengan bersifat RASIS, lihat saja di blog2 penyokong Umno, penuh dengan maki hamun kepada kaum2 lain, seolah2 negara ini hanya milik Melayu Umno saja, kadang2 seperti orang hilang akal blogger2 umno mencaci, mengupamakan KAUM2 lain dengan sesuatu yang tak boleh di terima oleh orang yang waras, meraka semua sudah HILANG akal dengan rakyat berbilang kaum sekarang yang cuba lari dari BN, hatta ahli2 Parti komponen BN yang tiada kepentingan sendiri pun sudah merasa tidak yakin kepada UMNO yang mengetuai komponen BN itu, mereka begitu terdesak, sehinggakan ISU remeh temeh di perbesarkan, tiada hujah JANTAN untuk menepis, mereka merasa seronok bila boleh memaki hamun, impak nya mesti ingat, ia nya akan memakan diri sendiri nanti, jangan suka2 sangat.

kariparpu blogger PARPUKARI antara blogger RASIS yang sering memaki hamu Kaum lain (berbaju hitam)

kariparpu1 blogger2 ini di raikan oleh pemimpin Umno (cam betul2 muka2 ini dan semat kan di minda)

Blogger asuhan Umno memang sengaja di cipta dan di asuh oleh pemimpin peringkat tertinggi Umno supaya memusuhi kaum lain, dalam keadaan terdesak Umno akan kehilangan KUASA menjelang PRU13 nanti, blogger2 ini akan mereka ISU2 beserta dengan gambar2 super impose dengan harapan rakyat umum akan mempercayai apa yang mereka laporkan.

Aku bukan nak menyokong mana2 bangsa, tapi mesti menerima hakikat, bahawa negara ini adalah milik bersama, kita hidup lebih HARMONI kalau kita bertoleransi, dengan tidak menyentuh sensitiviti KAUM, negara ini ada lah sebuah negara Demokrasi, semua rakyat bebas memilih pemimpin2 yang baik, supaya negara juga bebas dari RASUAH, menganiayai rakyat dan menafikan Hak2 rakyat yang termaktub dalam pelembagaan Malaysia yang Umno sendiri agong2 kan.

Zaman langit terbuka dan IT, susah orang nak percaya apa yang mereka gambarkan.

Buat lah apa saja, sesuatu maklumat rakyat terbanyak mempunyai akal yang waras, mereka boleh memikir kan yang mana benar dan rekaan.

Kalangan2 remaja sekarang sudah jauh hati dengan Umno, antara anak muda yang terus mengakses sumber maklumat di internet begitu ramai sekarang ini, begitu juga golongan elit dan pengundi senyap atau mereka2 yang bosan dengan MEDIA arus perdana telah bertukar kepada medium baru ini, mereka akan mengambil masa 1 2 jam sehari untuk malayari internet.

Perkembangan ini amat positif kepada PR, aku juga gembira situasi sebegini, lagi kuat pencacai2 blogger umno meroyan, lagi ramai mereka akan KEHILANGAN UNDI nanti.

Aku dan blogger2 lain yang menyokong PR akan sentiasa mendedah sebarang BURUK LAKU dan kerakusan pemimpin2 UMNO dan BN kepada umum, kenapa kita perlu tolak BN.

AYUH anak MUDA Malaysia yang cinta keharmonian, kita Tolak Umno BN yang RASIS dan PERKAUMAN menebal pada PRU13 nanti.

Tuesday, August 31, 2010

Berbuka Puasa Dalam Gelap….MERDEKA ! ! ! 53 Tahun

2 minit dekat buka Puasa api TNB mampos, tengah2 mengadap juadah berbuka api mampos, anak aku  yang bongsu  dengan tak semena2 melaung MERDEKA !! sambil dia gelak, area aku waktu berbuka 7:20.

Aku update blog mengguna api LiLiN, bukan LLN untuk nak tengok dan ketuk keyboard, syarikat  cari untung, modal kecik nak untung sampai 53 tahun, supaya hujung tahun boleh gah, syarikat kami untung besar, kerana pengurusan kami cekap……………SIAL, padan muka UMNO area aku, semua nya bodo bodo, Umno Bahagian terdiri pemilik LESEN Kelas F keatas termasuk naib ketua, AJK dan bekas Yb Manik Urai dan  bini2 nya, cerdik lah tuuu.

MERDEKA ! !, ppalo mok bapok mung, nok make pung payoh, kegha’….XXXXX najib, dolah, madey, hussein onn, tun rozak dan teku dghome, ehh…..Merdeka.

Sunday, August 29, 2010

Menteri Besar Kelantan Makan Ccolek

Kabarnya semalam Dato' Norzaidi, Ketua UMNO Bahagian Tumpat mengadakan majlis makan colek dirumahnya. Ramai dikalangan guru-guru yang hadir dan beramah mesra dan rata-rata guru puji sikap baik Ketua UMNO Bahagian itu.

image Awe JUDI

Ada dikalangan guru-guru berkata, sekiranya UMNO menang dalam pilihanraya umum nanti, calun Menteri Besar yang layak adalah Dato' Norzaidi jika dilihat cara beliau melayan tetamu dan cara berucap yang tidak menyakitkan hati mana-mana pihak.

Program makan colek yang dihadiri oleh pemimpin UMNO Bahagian sedang giat diadakan di Kelantan kini terutamanya selepas sembahyang terawih. Kejayaan kehadiran orangramai dirumah Dato' Norzaidi semalam telah mengalahkan kehadiran ditempat lain. Contohnya program makan colek di Bahagian Ketereh, tidak semeriah seperti dirumah Dato' Norzaidi.

Memang pun Dato' Norzaidi adalah salah seorang yang layak jadi Menteri Besar Kelantan sekira UMNO dapat memerintah, yang jadi tandatanya ialah mampukah UMNO menang mejoriti di Kelantan, kerana ada saja isu-isu yang sensasi yang menyebabkan rakyat ketawa apabila merenongkan persitiwa yang melanda pemimpin UMNO Kelantan. (100% aku cilok dari blog gerombolan)

Kah kah kah kah kah ha ha ha aaaaaaaaaa !, langkah mayat Awe Judi dulu laaa, gambar dan banner kat pokok kelapa masih baru2 lagi, KABA KO ?….guru puji, sekiranya, mengalahkan, mampukah dan ketawa…Kah kah kah kah kah ha ha ha aaaaaaaaaa !.

Saturday, August 28, 2010

Khir Toyo Boleh Bertahan 5 Minit Saja

YAB Sungai Panjang dipilih sebagai Menteri Besar pada tahun 2000 menggantikan YB Permatang yang telah meletakkan jawatan. Sebelum beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar, beliau mengeluarkan kenyataan bahawa demi mempertahankan hak orang Melayu, beliau sanggup bermandi darah. Dalam konteks keadaan semasa pada alaf yang baru ini, kenyataan menghasut tersebut mencerminkan ketidakmatangan beliau sebagai pemimpin dalam masyarakat majmuk Malaysia ini.

Ketidakmatangan beliau sekali dizahirkan oleh beliau sendiri apabila beliau membuat kenyataan dalam satu majlis pembukaan forum anjuran wanita baru-baru ini bahawa pelacur asing suka melayan pemuda Malaysia kerana pemuda Malaysia hanya boleh bertahan 5 minit sahaja. YAB Sungai Panjang mungkin meluahkan perasaan intisari sanubari beliau mengenai keupayaan beliau sendiri di mana tidak ada orang yang berminat mengetahuinya. Tetapi selaku pemimpin kerajaan negeri, selaku presiden Majlis Belia Malaysia, selaku pemimpin masyarakat Islam, kenyataan beliau itu memalukan kerajaan dan mencerminkan ketidakmatangan beliau sebagai seorang pemimpin kerajaan.

[sumber]

Boss Jais Dan Mais Agama Pakai Agak2

Dunia2, dah nak buat macam mana, pilih yang berkenan di hati dan yang dengar cakap jah, untuk menjaga Agama, akibat nya yang Jahil lah jadi Boss, mula hukum2 pakai AGAK2 yang berkenan di hati juga lah, tak apa lah janji hati kita senang.

Wakil rakyat perlu lebih sensitif hal2 Agama

hadari1Model Islam hadhari (gambar Hiasan)

“Sebagai seorang wakil rakyat, kita mesti faham dulu tentang agama dan keharmonian semua kaum serta perlu tahu sensitiviti dalam hal agama supaya tindakan yang dibuat tidak menimbulkan rasa tidak senang hati yang boleh menjejaskan perkauman dan agama,” kata Imam Hadhari

hadari2Puteri Umno Paling Muda  (gambar hiasan)

SONY DSC tiada masaalah apa2 dengan Islam Hadhari (gambar hiasan)

hadari4biasa bagi Umno, tuntutan Islam Hadhari memang begini (gambar Hiasan)

Friday, August 27, 2010

Masa Pas Ditubuhkan Tiada Satu Pun Kerusi DUN Dan Parlimen

Mula2 Pas di tubuhkan 50 tahun lebih dulu, Pas tidak ada satu pun Kerusi DUN atau Parlimen, mungkin orang boleh kata masa tu Pas hanya angan2 kosong dan hayalan saja dengan idea Negara Islam nya dan Hukum Hudud, walau apa pun Pas tetap bercita seperti apa yang tercatat dalam perlembagaan parti nya, biar pun perlu menunggu 1000 tahun, kerana Pas yakin dan percaya dengan janji2 Allah.

Kini Pas boleh berbangga dengan apa yang di cita2 sejak 50 tahun dulu sudah menampak kan hasil nya, sekurang2 Pas ada Kerajaan Negeri di Kelantan yang majoriti nya Pas dan adalah tak seberapa ramai ahli2 Parlimen nya, siapa sangka semua ini ?, manusia tidak dapat menghalang ketentuan Allah, walau pun kamu lawyer sekali pun.

Thursday, August 26, 2010

KERAjaan Untuk Kebajikan Kakitangan Nya Saja

Time nak undi jah masing2 menyembah melutut orang2 HAPRAK, tak kira dalam semak belukar REDAH je pegi jumpa pengundi2 haprak, tak kira walau pun merangkak untuk sampai bagi menagih simpati undi.

Sebelum tiba pilihanraya siapa yang peduli golongan haprak ni makan ke tak makan, boleh tidur selasa ke, bagaimana anak2 sekolah mereka, ada rumah ke atau merempat ?.

Begitu juga time kaki dan tangan naik gaji, harga barangan turut juga naik mahal, tempias nya juga di rasai oleh golongan2 haprak tadi tanpa PEMBELAAN.

Dah nak buat macam mana wakil rakyat dan peneraju negeri dan KERAjaan tengah terdiri dari orang2 yang tidak berpijak di bumi NYATA.

Cakap jah lebee………………………………..

Meminta Wang Tambahan Untuk 'menutup sebelah mata'

image

Meminta wang tambahan untuk 'menutup sebelah mata' bagi kesalahan lalulintas, begitulah ceritanya yang sering kita dengar, ha ha ha sedap bunyi nya ayat nih.. setahu aku hanya 2 Jabatan KERAjaan bagi menguatkuasa kan undang2 lalulintas, PDRM dan JPJ.

"Rasuah berlaku dalam pelbagai bentuk, sama ada nepotisme, kronisme atau dengan menaikkan kos. Ini akan menjejaskan rakyat, (kerana mereka) tidak akan mendapat pulangan yang baik daripada pelaburan. Ini akan mengakibatkan kos hidup yang lebih tinggi.

Memang sukar untuk mengikis persepsi yang mengaitkan budaya rasuah dengan kakitangan awam di Malaysia.

image

“Kadang-kadang, tegasnya, ahli politik yang korup, dan tekanan untuk kakitangan awam bersubahat atau melihat cara lain dan pada masa yang sama, mendapat imbuhan bagi diri mereka.” kata bekas Ketua Pengarah Biro Pencegahan Rasuah (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), Datuk Shafee Yahaya . [baca penuh disini]

Wednesday, August 25, 2010

Bahaya Guru2 Rasis Berpolitik Umno

Nampak nya ramai guru2 yang RASIS samada terang2an atau sembunyi2, semua nya ini hasil di BTN kan, terlampau kerap menghadiri program BTN itu lah hasil nya.

Setelah guru2 di benar kan berpolitik dan memegang jawatan parti, guru2 ini akan membawa agenda parti ke sekolah pulak, lepas ini kita boleh lihat masyarakat akan menjadi HARU BIRU, semua nya ini agenda Umno yang RASIS.

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM