Grab the widget 

Monday, October 11, 2010

Memegang Mykad Negara Sabah Di Kilang2 Papan Kelantan PRK N45 Dun Galas.

Kalau dulu di akhir 70an dan awal 80an pernah aku dengar orang kata negara Sabah sebuah negeri yang kaya raya, dengan adanya yayasan Sabah waktu itu, dikatakan jika warga Sabah yang berkerja dan bertugas dengan jabatan2 KERAjaan persekutuan di semenanjung Tanah Melayu yayasan Sabah akan menambah bayaran gaji untuk rakyat2 nya, begitu lah kaya nya negara Sabah, itu dulu…

Tapi kini segala2 nya sudah berubah, dulu kaya raya kini rakyat negara Sabah terpaksa merantau ke  Semenanjung hanya kerana untuk mencari rezeki di rantau orang setelah di negara sendiri tidak ada peluang pekerjaan, fenomena ini berlaku setelah UMNO masuk ke negara Sabah.

Di Kelantan khusus nya, ramai pemegang Mykad yang  berasal dari negara Sabah bekerja di KILANG2 PAPAN dan juga menjadi pemandu2 Jentera berat di ladang2 baru dan di felda2. Di kilang papan, pekerja2 TEMPATAN berasa RIMAS dengan kehadiran mereka2 ini, mereka di tawar kan dengan gaji begitu murah berbanding dengan pekerja tempatan, ini mengakibatkan pengusaha2 KILANG PAPAN mengutamakan pekerja2 dari negara Sabah.

Yang aku pelik dan nak tergelak  nya…………….bila tiba musim perayaan apa2 pun, sesetengah mereka ini tidak balik ke Sabah, sebalik nya ke INDON, malah wang untuk bantuan untuk keluarga di kampung pun mereka menghantar ke INDON juga, heran bin ajaib, ramai kalangan mereka dari suku BUGIS kata nya yang aku jumpa.

Aku pernah jumpa JAGA BANK di KL, ada juga dari Sabah, begitu rendah martabat Sabah yang sewaktu waktu dulu kaya hingga sanggup ke KL hanya untuk bekerja sebagai JAGA jah, ajaib ajaib, aku harap apa yang aku dedah kan ini bukan rakyat Sabah yang ORI, maaf rakyat Sabah ye……..aku bukan berniat nak kondem Sabah, tapi ada sesuatu yang tak kena….

Baca pulak cerita di bawah ini………kah kah kah !

Rayuan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara pulang,  ini menunjukkan bahawa penghijrahan menjadi masalah nasional dan bukan masalah Kelantan semata-mata, kata ketua penerangan PAS.

imageIdris Ahmad berkata, di negeri pimpinan BN seperti Johor juga menyaksikan puluhan ribu rakyatnya berulang-aling ke Singapura bagi tujuan kerja,

Sehubungan itu, Idris (kiri) mengingatkan supaya isu penghijrahan di Kelantan tidak dijadikan sebagai modal dalam pilihan raya kecil Galas - yang didakwanya sering digunakan - kerana ia akan menjadi "paku buah keras" kepada BN.

Bagaimana pulak dengan  hampir 700,000 rakyat Malaysia kini berada di luar negara dan memberikan khidmat yang baik di syarikat-syarikat gergasi luar negara ?.

0 comments:

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM