Bazlan Baharuddin memenangi jawatan Ketua Pemuda Lu Musang dan pencalunan untuk KJ dari Lu Musang dengan cara "tipu helah" atas bantuan Anuar Musa sebagai bekas Ketua Perhubungan UMNO Kelantan.
Bazlan Baharuddin ketua pemuda umno Lu Musang dan juga SU Pemuda umno Kelantan.
Tengku Razaleigh selaku Ketua Bahagian Lu Musang sendiri ada membuat kenyataan bahawa mesyuarat yang mana Bazlan menang tidak sah. Yang sah adalah mesyuarat bertarikh Oktober 25hb 2008 yang mana jawatan Ketua Pemuda dimenangi oleh Mohd Azizi Abu Naim dan Dato Seri Dr Khir Toyo yang patut dapat pencalunan.
Kaitan Bazlan dengan Khairy begitu jelas sekali. Dia telah dilantik oleh Ketua Pergerakan "Pemudi" Malaysia, Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda Negeri Kelantan. Dalam aturan Khairy melantik mengisi jawatan-jawatan dalam Pemuda, hampir 99.9% adalah orang dia sendiri.
Ini yang KJ faham sebagai janjinya untuk menyatukan Pemuda. Hairanya "Pemudi-Pemudi" ini boleh diam biarkan, apa pasal?
Siapa tidak kenal Anuar Musa? Dia adalah satu ahli politik yang tidak ada prinsip, korup dan sering bertukar-tukar kesetian. Anuar Musa yang sapu duit PPRT semasa memegang jawatan Menteri Luar Bandar tetapi pegawai kerajaan yang kena.
Anuar Musa dibawa masuk oleh Tengku Razaleigh selepas jadi pemimpin pelajar Malaysia di United Kingdom. Penulis pun ada dengar pasal Anuar Musa semasa menuntut di New York pada masa yang lebih kurang sama. Pada pandangan peribadi penulis, dia hanya pemimpin biasa - all speech - tapi rezeki pada dia.
Maka naiklah dia sedikit demi sedikit dalam UMNO sampai jadi Menteri. Itu kerana dia berpindah taat setia kepada Dr Mahathir. Semasa zaman Pak Lah, dia jadi orang yang kuat mengampu Pak Lah. Demi untuk politiknya sendiri, sanggup jadi hatchetman Pak Lah. [baca seterus nya dari sumber]
0 comments:
Post a Comment