Grab the widget 

Friday, October 22, 2010

Ayam TUA Di Lu Musang PRK N45 Dun Galas

image Apakah Ku Li lupa tahun 1981, Ku Li kalah lawan Musa Hitam merebut kerusi Timbalan Presiden dan tahun 1984 itu kebetulan adalah tahun tikus. Ku Li tewas lagi di tangan Mula Hitam, hilang jawatan Menteri Kewangan. Pada 24 April 1987 perang besar-besaran, UMNO pecah dua. Mahathir mendapat 761 undi sementara Tengku Razaleigh (Ku Li) mendapat 718 undi. Mahathir menang 43 undi kerana Najib ketika itu Ketua Pemuda menyebelahi Tun. Pada ketika itu Ku Li bersama Tan Sri Musa dan semua menteri UMNO yang hebat-hebat. Sebaik sahaja keputusan sembilan menteri hilang jawatan dibuang oleh Mahathir. Bila agaknya mahu belajar dari sejarah. Kalau suka sangat mahu berperang berjihad di jalan Allah ke bumi Palestin atau ke Iraq, perang dengan Amerika lawan Bush baru boleh jadi hero Melayu.

Mereka yang masuk UMNO semata-mata untuk ‘nak hidup’, hendak cari projek pasti ‘happy gila’. Sudah lama menunggu kerusi Presiden dan Timbalan di pertandingkan. Siapa tak nak durian runtuh terutama mereka yang gunakan untuk kepentingan peribadi. Tukang mandi mayat, penjual kain kapan, penggali kubur, pembaca talkin, boleh cari makan.

Inilah yang terjadi bila pemimpin jadikan mereka macam lembu dan mereka pula jadikan pemimpin macam ‘padang ragut’. Bila habis rumput cari ‘padang ragut’ yang lain. Ingat orang yang masuk UMNO bodoh ke ? Musim pilihan raya undi beri pembangkang.

Setelah lebih tiga minggu tamatnya pilihan raya yang paling mengecewakan, ahli UMNO di peringkat akar umbi dan juga penyokong setia UMNO tetap mahu UMNO diperkasakan semula. Patutkah ketika bangsa Melayu sedang berduka pemimpin berebut hendak mefaraidkan harta benda mereka?

Bila lagi mahu buang yang keruh ambil yang jernih? Sudah kalah teruk, dah hilang lima negeri, kalau tak ada Sabah, Sarawak, harapkan UMNO Semenanjung sudah patah kepak ramai sembunyi dalam semak, bila lagi mahu terima hakikat bahawa UMNO kini tidak popular di kalangan orang Melayu. Melayu sudah meluat, jijik, geli dengan pemimpin UMNO yang tak sedar diri, kubur kata mari, rumah kata pergi, masih nak bergaduh lagi. UMNO ibarat kapal sudah hendak karam, berebut apa lagi?

Apakah Ku Li - Mahathir mahu nama UMNO terpahat di dalam lipatan sejarah negara sebagai parti yang sudah parti hidup semula lagi? Lupakah yang UMNO pernah mati? Tangan siapa jika bukan mereka? Mentang-mentanglah Melayu mudah lupa guna ‘mentera’, manderam, sihir Mahathir supaya Melayu terus melupakan dosa-dosanya, tumpukan pada Pak Lah yang dianggap sudah hilang ‘imuniti’.

Apakah kita tidak sedih UMNO yang pernah memerintah Malaysia selama 50 tahun sekali lagi mati? Sanggupkah kita membiarkan UMNO terkubur bersama-sama gelagat pemimpin yang enggan mengakui hakikat sebenar bahawa Melayu perlu bersatu. Ini bukan masa main perang-perang, buat apa ikut Tun Mahathir yang sudah nyanyok?

Jangan lupa parti keramat yang bernama UMNO ini bukan hanya untuk segelintir ahli sahaja, bukan milik Mahathir dan keluarganya. UMNO bukan platform untuk para pemimpinnya beradu tenaga dan berdebat untuk tampilkan siapa lebih hebat. Mereka sepatutnya memikirkan harapan berjuta ahli UMNO yang teramat kecewa dengan suasana politik orang Melayu yang semakin keliru, haru biru, yang ada kavitinya dengan gelombang biru.

Ramai blogger yang sedang cari mana kuda mahu tunggang. MB Kedah, Perak, Selangor sudah hilang kuasa. Khir Toyo bijak, dia jadi blogger. Siapa kalau bukan pemimpin tua yang gila kuasa, yang akan jadi kuda polo pun kuda pololah, yang penting habuannya ada.

Saya banyak tau pasal Ku Li, boleh buat satu buku lagi pasal Ahli Parlimen Gua Musang yang ada ‘white house’ di Jalan Tun Razak, yang dulu tempat berkumpul orang team B dan bekas Parti Semangat 46. Duduk saja di ‘white house’ di Kota Bahru, dua tiga bab siap dalam masa sehari.

Ku Li dulu memang hebat, dia ‘blue eye boy’ Arwah Tun Razak. Tapi itu dulu. Samakah orang Melayu di tahun awal lapan puluhan dengan Melayu hari ini? Ku Li memang hebat jika dibandingkan dengan Musa Hitam. Hebat kerana dia kaya raya, dia anak raja, Majalah Times pernah ramalkan dia dan Musa bakal Perdana Menteri.

Cuba tanya kebanyakan pengikutnya, Ku Li baik bila sudah tak ada jawatan. Bila sudah kalah perang kutu pun Ku Li buat kawan tapi egonya tetap ada. Kerabat diraja, orang istana kalau tak sombong bukan keturunan raja namanya. Cuba tengok perangai Raja Petra. Baca buku saya Gerhana Raja Dan Malaysia Today.

Hari ini ramai setiausaha politik yang mungkin lebih kaya pada Ku Li. Anak Mahathir, Mukzani mungkin lebih kaya dari Ku Li. Bukan anak raja pun.

Tapak ibu pejabat UMNO yang ada sekarang pun tanah Ku Li dan katanya, Ku Li berikan percuma kepada UMNO untuk buat bangunan tersebut. Jasa Ku Li pada UMNO besar. Masakan Ku Li tak tahu berapa ramai orang UMNO yang tahu kenang budi dan kenang jasa? Jasa Mahathir pun besar tapi sudah dapat untung besar. Tapi orang kaya mana pandai puas, ada satu gunung emas, mahu satu lagi syarikat gergasi yang lebih besar dari Petronas.

Kalau tak percaya cuba tanya MB-MB, EXCO yang baru kehilangan jawatan. Berapa orang yang dulu macam isi dengan kuku, bila kuku sudah kena potong, sendiri punya diri sendiri mahu ingatlah. Bila pokok sudah tumbang kura-kura boleh panjat. Salah siapa? Mereka bila ada kuasa lupa semua kawan masa susah dulu.

Mari kita tengok berapa ramai orang UMNO yang berani secara terbuka sokong Ku Li. Ku Li ada banyak duit kalau tolong pun bukan kerana ada yang mahu balas jasanya? Mereka yang sudah pernah kalah perang, sudah teruk ‘desperado’ bila lagi hendak balas dendam, geram, marah Pak Lah dan bukan mahu memperjuangkan nasib rakyat tapi kerana sukar dapat projek. Mereka pun sokong Mahathir, ‘to face a common enemy.’ Mana tahu Muhyidden jadi Perdana Menteri, Mukriz jadi Timbalan Perdana Menteri, dulu. Mahathir - Musa dua M, hari ini Muhyiddin, Mukriz dua M juga.

Mereka bukan tak tahu Ku Li sudah lama tertinggal bas, tertinggal perahu, sudah tak relevan. Di Kelantan sendiri pun tak laku. Cuba tanya Anwar Musa, Awang Adek, Mustapha Mohamad, Zaid Ibrahim, apakah mereka mahu Ku Li jadi MB Kelantan? Jangan kata bagi dijadikan Perdana Menteri kerusi MB pun berebut macam budak-budak main musical chair.

Orang ada duit ni macam gula, mana ada gula di situ ada semut. Kalau tak main duit macam mana orang nak tolong? Tengok apa jadi pada BN di Kelantan, bawa ribuan pengundi dengan bas, PAS menang lebih besar. Kenapa? Kenapa Awang Adek bekas Timbalan Bank Negara di hanyutkan macam luncai terjun dengan labu-labunya. Masakan Ku Li tak tahu?

Macam langau dengan bangkai. Itulah orang politik dengan pengikutnya. Kalau Ku Li bertanding, ramai yang boleh hidup, lagi banyak jawatan di pertandingkan, lagi banyak ‘masyuk’, ‘gugur sana gugur sini’. Peduli apa politik wang kalau perangai macam beruang? Tukang mandi mayat, tukang gali kubur, tukang talkin baru cari makan tiga tahun sekali. Tahu tak apa...

Pada 15 September 1978 Arwah Tun Hussein Onn yang memegang jawatan Presiden telah dicabar oleh Arwah Dato Sulaiman Palestin, bapa Raihan penulis di Buletin Rakyat.

Biarpun Hussein Onn mendapat 898 undi sementara Haji Sulaiman mendapat 250 undi. Haji Sulaiman disifatkan sebagai tokoh UMNO yang berwibawa dan lantang kerana dia merupakan bekas Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dan bekas Ketua Penerangan UMNO. Samakah Ku Li hendak lawan Pak Lah dengan Sulaiman ketika bertanding jawatan Presiden?

Tanpa disuruh Hussein terpaksa mengundurkan diri pada tahun 1981. Mahathir tahu. Lupakah janji Tun Razak lepas Hussein, Ku Li itu satu janji gentleman agreement. Kenapa Mahathir tak tunaikan? Apa peranan Mahathir semasa Sulaiman lawan Hussein Onn?

Saya tak tahulah tujuan sebenar Ku Li nak cabar Pak Lah pada pemilihan kali ini. Adakah kerana BN hampir-hampir kalah pada pilihan raya lalu, atau Ku Li ‘syok’ sendiri, takut terkilan tak jadi Perdana Menteri atau hebatnya serangan Mahathir terhadap Pak Lah dan Khairy?

Sepatutnya Ku Li ‘muhasabah’ atau menilai diri, kritik dan periksa diri sendiri. Guna cermin muka yang besar, cermin muka sendiri, muhasabah atau mencari kelemahan diri dianjurkan oleh agama bukan hanya ketika ditimpa ‘musibah’ atau perkara ‘negatif’ sahaja malahan ia perlu dilakukan berulang kali dan pada setiap hari sebagai aktiviti untuk mengubah dan merubah prestasi dan potensi diri masing-masing.

Sikap Pak Lah yang berterus terang, "dia tak takut dicabar", dia tahu yang mencabarnya itu ayam tua yang terlupa dalam UMNO wujud golongan muda yang sudah letih dengan ayam ‘serama’. Memang dulu ayam bapak ‘katek’ ini mahal harganya. Itu dulu sewaktu orang tengah gila hobi memelihara ayam ‘serama’. Hari ini orang mahukan orang seperti Anwar yang baru pulang dari neraka.

Tidur agaknya Ku Li ini. Kebanyakan yang menang dari DAP dan PKR adalah mereka yang pernah ditahan dibawah ISA. Zaman mereka yang dilahirkan dengan ‘golden spoon’ tak releven lagi. Rakyat mahukan pemimpin muda yang radikal, brutal, ‘street fighter’ bukan bila mahu bergaduh bapak mesti ada di sebelah macam Mukriz.

Kalau Pak Lah sudah berani lawan, ini bererti dia tak takut kalah. Ini pertempuran mati atau menang bukan menang atau kalah. Jangan sangka orang yang dianggap lembik boleh ditumbangkan semudah itu. Kucing pun kalau dikejar hingga ke hujung dinding bila menerkam untuk menyelamatkan diri boleh jadi sehebat harimau, kata peribahasa China.

Cerita Ku Li kerabat di raja Kelantan nak lawan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, bukan sorok-sorok lagi. Ada beberapa penulis sudah memehak dari awal lagi, Ku Li kuda Kamal Amir.

Cuba baca semula buku saya Challenger 1987 Siapa Lawan Siapa. Musa Hitam ambil tindakan undang-undang heret saya ke mahkamah. Itulah kes saman malu yang terbesar dalam sejarah kes ‘defamation’ terhadap seorang penulis buku politik di Malaysia pada ketika itu. Saya disaman sebanyak 1.5 juta ringgit. Musa buktikan Mahathir, Ghafar dan team A menang bukan kerana Mahathir hebat tetapi kerana ‘the pen is mightrer than the sword’. Dia kalah kerana buku Challenger Siapa Lawan Siapa.

Barangkali Ku Li rasa, beliau nak jadi penyelamat UMNO atau ‘hero Melayu’, statesman seperti Arwah Tunku Abdul Rahman. Tunku dapat peluang kerana Arwah Dato’ Onn Jaffar tarik diri. Ku Li perlu tanya apakah Najib mahu bersamanya?

Seandainya Ku Li dicalonkan apakah mereka yang mencalonkannya sudah berfikir panjang. Belajarlah dari sejarah kenapa Mahathir letak jawatan? Terlupakah mereka tak ada ahli UMNO yang suruh atau mendesak? Yang jelas Rafidah patah tumit kasut. Ramai yang menangis minta supaya Mahathir terus memimpin.

Mahathir berhenti kerana dia malu. 22 tahun jadi Perdana Menteri, tulis buku ‘Delima Melayu’, dia gagal mengubah minda dan sikap Melayu. Dia kecewa banyak yang diusahakan gagal. Dia mula dibenci dan dia punca pertelingkahan politik wang dalam UMNO.

Ku Li kena buka mata besar-besar. Jangan jadikan telinga dan mata sekadar aksesori sahaja. Pak Lah sudah ambil hampir semua orang team B, Shahrir Samad, Ahmad Shabbery Chik, Rais Yatim dalam kabinet. Nampak saja Pak Lah lembik, dia selesaikan masalah Terengganu dengan Sultan dan Agung.

Berundur tiga tapak ke belakang untuk maju 20 tapak kehadapan tidak bererti kalah.

Apakah Najib mahu memberi Ku Li laluan untuk jadi PM? Siapa yang menyebabkan dia kalah dalam pemilihan 1987 kalau bukan Najib ketika itu selaku Ketua Pemuda yang di saat-saat terakhir Najib mengambil keputusan untuk terus bersama Mahathir? Apakah kerana budi Najib, Mahathir adakan cerita kononnya dia ada ‘gentlemen agreement’ dengan Pak Lah untuk jadi PM sepenggal saja?

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan kita hendaklah akur serta kita ‘reda’ dengan segala ketetapan Allah SWT di dalam diari kehidupan sehinggalah ke akhir hayat. Kalau Tuhan mahu Ku Li jadi Timbalan Perdana Menteri pasti Musa Hitam, Ghafar Baba, Anwar sesudah itu Pak Lah jadi Timbalan Perdana Menteri dan kemudiannya Perdana Menteri.

Semakin kuat ujian dan fitnah yang Pak Lah terima, ia telah menjadikan Pak Lah bertambah hebat, tabah dan komited dalam meneruskan perjuangan. Dia akan jadi seperti Mahathir yang hidup atas isu, jika dia ada hubungan dengan ahlul bait masa hadapan terang sekiranya dilihat dari sudut yang membina dan dia berada diatas landasan yang lurus ‘siratul muztaqim’.

Tanyalah Abang Din dan Ali Rustam, apakah mereka mahu Najib selaku Timbalan Presiden menyambut Ku Li dengan kompang dan bunga manggar, dengan sembah tak zaim, ‘ampun tuanku’ kerusi Perdana Menteri akan patek-patek pacal yang hina berikan pada Tuanku? Tahu tak apa...

Ikut cerita yang saya boleh percaya, Ku Li masih panggil Datuk Sri Abdullah Badawi, Dollah sahaja. Ku Li lupa Pak Lah Presiden UMNO, Perdana Menteri. Kena ikut protocol. Kena terima saja dulu apa jawatan yang diberi. Ku Li bukan hebat macam mana sangat. Tan Sri Nor Yaakob boleh buat kerja yang Ku Li buat menjadi Menteri Kewangan dulu. [sumber disini]

1 comments:

kakiku said...

kah kah kah!
mempertahankan kerusi di Galas menjadi agenda ke dua kepada PAS. Dengan merendah diri PAS telah meletakan angka 48:52 untuk PRK kali ini. Perasaan rendah ini adalah suatu yang realistik dan berpijak di bumi nyata. Kawasan gua Musang merupakan kubu kuat KU LI, sejak 1969 sehingga kini, KU LI tak pernah kalah, walaupun ketika beliau bertanding atas tiket S46.
Kekuatan KU LI akan teruji dalam PRK Galas. Walaupun KU LI tidak menjadi calon dalam PRK ini, tetapi semua mata rakyat Malaysia akan melihat bahawa PRK Galas adalah pertandingan antara PAS dengan KU LI.
Jika BN menang orang tidak akan kata UMNO menang di Kelantan, tetapi orang akan kata KU LI masih ada pengaruh di Gua Musang.
Begitu juga jika PAS yang kalah, orang tidak akan kata pengaruh PAS telah merosot di Kelantan, tetapi pengaruh KU Li masih ada di Gua Musang.
Namun jika BN kalah di Galas, KU LI akan dipersalahkan oleh UMNO dan beliau akan dinilai negatif oleh ahli UMNO Kelantan. Suatu kemungkinan bahawa beliau tidak akan dicalonkan lagi di Gua Musang adalah cerah.
Jelas disini bahawa pertaruhan ini merupakan pertaruhan antara KU LI dengan KU LI.
Ahli dan pendokong PAS akan berusaha bersungguh-sungguh di Galas bukan untuk mengekalkan kerusi yang dimenangi daripada UMNO dan yang lebih penting tapak dan kubu baru kepada PAS, setelah berakhirnya era KU LI di Gua Musang. Saya yakin PAS akan menawan 2 lagi DUN di Gua Musang selepas pilihanraya kecil ini.
Cuma ketidak caknoan dan kealpaan pimpinan PAS di KB sahaja yang menghalang PAS untuk menang di DUN Nenggiri dan Chiku. Atau lebih tepat, PAS tidak berminat untuk menang di Gua Musang.
Allahuakbar, PAS telah berjaya menawarkan calon yang layak untuk di undi oleh pengundi Galas. Apa lagi yang penduduk Galas tunggu, PAS adalah pilihan terbaik untuk semua.

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM