Grab the widget 

Wednesday, October 20, 2010

ASLI Galas Di Sekat Untuk Ke Parlimen ? PRK N45 Dun Galas

image Seramai 28 pemimpin Orang Asli hari ini disekat oleh polis di pintu masuk bangunan Parlimen walaupun mereka masing-masing telahpun membuat permohonan rasmi untuk mengikuti perbahasan Bajet 2011.

Menurut pegawai khas kepada Datuk Kamarul Baharin Abbas, - Muhammad Faizal Zakaria, rombongan Orang Asli itu sepatutnya dibenarkan masuk kerana ahli parlimen Telok Kemang itu sendiri yang membuat permohonan berkenaan minggu lalu.

Difahamkan mereka yang terbabit merupakan pemimpin daripada Badan Bertindak Tanah Orang Asli Selangor.

Dari memo yang dihantar, pengerusi badan itu, Simpan Suda mendesak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa usul tergempar pagi ini supaya ditambah perkataan Orang Asli di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Menurut memo itu, Peruntukan 153 yang sedia ada hanya mengiktiraf hak keistimewaan Melayu, Bumiputera Sabah dan Bumiputera Sarawak sahaja.

Sedangkan memo tersebut menjelaskan bahawa kedudukan Orang Asli Semenanjung Malaysia tidak diiktiraf walaupun halikatnya mereka juga adalah penduduk asal negara ini.

Badan bertindak itu berjanji untuk menggembleng sokongan seluruh suku Orang Asli Semenanjung Malaysia sekiranya Anwar bersedia memperjuangkan beberapa hak mereka yang selama ini dinafikan oleh Umno BN.

Hak-hak yang dimaksudkan, menurut memo itu lagi adalah:

1. Pemberian hak milik tanah kepada setiap Orang Asli meliputi 10 ekar tanah pertanian, satu per empat ekar tanah untuk tapak rumah serta seekar tanah dusun sebagaimana yang diterima oleh rakyat yang menyertai rancangan Felda.

2. Pewartaan tanah-tanah komunal oleh kerajaan-kerajaan negeri berkenaan seperti Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Kelantan, Kedah, Terengganu dan Pahang sebagaimana yang diperuntukkan dalam Seksyen 62, Kanun Tanah Negara.

3. Pewartaan tanah Orang Asli di bawah Akta Orang Asli, 1954 dengan memberi hak kebebasan tanpa had kepada mereka untuk mencari sumber melebihi kawasan tanah komunal yang sedia diwartakan.

4. Bagi Orang Asli yang hidup secara nomad dan separa nomad turut diberikan hak untuk mencari makanan serta menikmati pendidikan vokasional tidak terbatas pada had masa dan sebarang sekarang.

5. Peranan dan fungsi Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) yang selama ini gagal mempertahan hak Orang Asli Semenanjung Malaysia mesti dikaji dan dibongkarkan sekiranya Pakatan Rakyat memerintah selepas pilihan raya umum ke-13 kelak.

Sebagai contoh, hanya 10 peratus hingga 15 peratus sahaja jawatan di JHEOA diisi oleh Orang Asli Semenanjung Malaysia sedangkan tuntutan asal mereka adalah 80 peratus.

6. Memperjuangkan Hari Orang Asli Sedunia pada 8 Ogos sebagai cuti umum di Malaysia.

1 comments:

gedebeKB said...

kuang kuang kuang,
kenapa org Asli sokong UMNO, jawapan begitu dan begini, tapi aku hidup lama bersama orang asli, jawapan satu, bila masa PAS hiraukan org asli.
Pernah PAS bincang secara serius sebarkan islam kepada org Asli?.
PAS hanya inginkan undi orang asli, tapi pemimpin PAS tak pernah hampiri orang asli.
Orang asli sokong UMNO kerana mereka nak makan, tapi orang asli akan bangkit memberi sokongan padu kepada PAS, jika PAS memberikan mereka iman dan Islam.
Pernah dicadangkan supaya pelajar orang asli diberi peluang untuk belajar di sekolah-sekolah agama terkenal seperti Maahad Muhammadi KB, namun cadangan tersebut dianggap lekeh dan tidak dihiraukan oleh pimpinan PAS.
Jika pada tahun 1990, PAS memberi peluang kepada mereka cuba bayangkan berapa orang ulamak dari keturunan orang asli dapat dikeluarkan. Jika setahun PAS memberi peluang kepada 15 pelajar asli, kita telah dapa 100 orang ustaz dikalangan orang asli.
Namun pimpinan PAS lupa, mereka lupa dakwah adalah dasar utama kepada parti PAS, atau mereka lupa kerana tengah duduk cari bini muda baru.
Kalau PAS tidak disokong oleh orang asli, jangan menyesal. Bukan mereka tidak mahu menyokong PAS, tetapi PAS tidak berusaha supaya mereka menyokong PAS.
Saya menyokong jika PAS melangkah kehadapan setapak dengan memilih calon dari kalangan orang asli.

Komen Terkini

lain lain artikel