Di mana letaknya maruah seorang perdana menteri yang mengambil wang rakyat atas nama penstrukturan subsidi dan digunakan untuk membayar perunding asing seperti APCO sehingga mencecah RM77 juta setahun semata-mata untuk menaikkan imej beliau.
Ini mesti jaga, leher kerepot dah, belanja besar ni kalau repair
Malah, kesan berganda daripada kenaikan harga tersebut akan memberi tekanan kepada golongan berpendapatan rendah di bawah RM2,000 sebulan, yang mana 75 peratus adalah bumiputra yang kononnya dibela oleh BN. [baca].
Apa rasional Najib menarik RM750 juta subsidi dan berbelanja RM900 juta untuk bonus, dari penarikan subsidi dan kenaikan harga gula najib save RM750 juta, subsidi yang di tarik balik itu adalah hak UMUM rakyat malaysia termasuk rakyat bawahan dan berpendapatan tidak tetap, oleh kerana nak menunjuk2 dan nak ambil hati kunun nya, walhal malu pada Lim Guan Eng dan Kerajaan PR, sanggup pulak keluarkan belanja RM900 juta untuk membayar bonus pada kakitangan KERAjaan yang berpendapatan tetap dan di jamin hidup oleh Kerajaan. [baca juga disini].
Ini kepada rakyat berpendapatan RENDAH dan tak tetap, korang pikir lah sendiri, apa najib perlaku kan pada korang, korang nak pilih lagi UMNO dan BN nanti ?.
Najib cakap lain buat lain “hasil penjimatan daripada penyelarasan harga itu akan membolehkan kerajaan menyediakan perbelanjaan yang lebih kepada sektor penting seperti kesihatan dan pendidikan”.
Kalau rakyat bawahan tak sedar lagi, tak tahu nak la…………….nanti dekat PRU sembah balik yang bawah2 sewaktu ketika dulu di pinggir kan dengan berbagai2 JANJI pilihanraya.
0 comments:
Post a Comment