Grab the widget 

Monday, October 04, 2010

KESEDAR Bazir Wang Rakyat Bina Padang Golf Untuk Golongan Elite Nya N45 Galas

Masih ramai rakyat yang beranak ramai tidak mampu menukar pakaian sekolah, pegawai2 kesedar tak kira pangkat kecik atau besar enjoy masa lapang bermain golf, ppperghhh !, driver pun main golf, berapa belanja maintainance korang agak ?, duit siapa diorang guna, celako puak2 ni , KESEDAR ni pun tali hayat umno juga, padang golf elok je diorang uruskan, ladang2 hampess, eh ! menatang ni untuk sape ?, untuk peneroka, penoreh getah atau pekerja ladang sawit ?, cuba korang tanya pada pegawai2 Kesedar apa tujuan penubuhan kesedar sebenar nya.

imageagak2 diorang bayar ke premium tanah ni ?, satu lagi korang tak sedih kaa, kerana ramai lagi rakyat yang perlu bantuan, pegawai2 pulak berjoli dengan harta rakyatimage pada PRK N45 Dun Galas nanti korang pegi jenguk lah tempat ni, eksklusif beb…member only, silap2 dalam tu ada PUB juga, menatang ni terletak di bandar Lu Musang.

Aku nak bagi tahu korang, agensi ni pun talian hayat umno di Kelantan juga, banyak ladang yang di kendalikan nya sendiri tidak ekonomik dan membazir, ladang limau madu ?, kah kah kah hasil nya buat baja tanah jah, begitu juga ladang etnobotani ke ntah apa, aku pun tak tau apa sebutan nya, juga membazir last2 tanam dokong, yang harga borong nya sekarang 70 sen sekilo, juga buat baja tanah, ladang ni kalau korang ingat, masa PRK N41 M Urai dulu, simpang nak masuk ke manik urai baru, itu lah tempat nya, yang menyelia ladang2 ni bertaraf pegawai beb, pakaian kemas pejabat baik betina atau pun jantan.

Pei pedal kata rakyat galas miskin, betul……pegawai2 kesedar dan umno kaya2.

Kesedar ni asal kan ada projek atau cadangan jah, janji duit CAIR, tentu TIRIS boleh masuk poket punya.

Kalau rakyat galas masih tidak ada KESEDARan lagi aku tak tahu lah………

2 comments:

Anonymous said...

BOLEH TANYA KU LI siapa suruh buat ni?

Anonymous said...

BAZIR JUGA jalan tar dibuat kepadang golf, api dipasang ke padang golf dan air disambung kepadang semua bazir tapi rakyat ke padang golf bole juga pakai semua infra.

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM