Grab the widget 

Thursday, September 16, 2010

Datuk @ Sosilawati @ P. Balasandam @ Rapat Kenamaan

image Nasib P. Balasandam tidak lah sehebat sosilawati, kerana dia orang biasa, hanya memiliki bengkel jah, ah ! remeh…………., berbeza kalau dia DATUK dan kaya raya serta rapat dengan orang atasan dan kenamaan, sekelip mata kes nya akan selesai, aku bukan nak membela India ini, tapi banyak juga kes2 lain yang melibat kan Melayu juga, ini sebahagian dari contoh2 campur tangan pihak ke 3.

Seorang pemilik bengkel kereta di pekan Banting dekat sini mendakwa kematian isterinya pada tahun lalu ada hubung kait dengan suspek utama iaitu seorang peguam yang kini ditahan untuk membantu siasatan kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lagi di Tanjung Sepat, baru-baru ini.

P. Balasandam, 54, berkata, dia yang turut cedera parah dalam insiden dua tahun lalu pernah menjalinkan kerjasama dengan suspek atas urusan pinjaman wang sejak 2006.

"Ekoran itu, saya telah ditahan lokap di Balai Polis Teluk Panglima Garang beberapa hari atas dakwaan mengugut," katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Cempaka di sini hari ini.

Namun, kemuncaknya, kata Balasandram adalah apabila isterinya, T. Selvi, 46, dibunuh setelah diserang di kawasan rumah mereka. Isterinya ditikam di bahagian dada, perut pada April 2009 kira-kira pukul 5 petang.

Katanya, dia bersetuju menjalinkan kerjasama dengan suspek ketika itu kerana mereka ada pertalian saudara dan para peminjam juga sudah lama dikenali.

"Sehingga kini kes saya diserang dan isteri dibunuh masih belum selesai," ujarnya. [baca penuh dari sumber]

0 comments:

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM