Grab the widget 

Wednesday, September 15, 2010

Polis Mengaku Kes Sosilawati Boleh Dielakkan Jika Bertindak Cepat

Kesemua suspek kes ini sedang ditahan reman selama seminggu di lokap polis di Bukit Jalil di sini.

Sehubungan itu, menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, pihaknya menganggap kes itu telah selesai.

image Ketua Polis Negara yang baru Tan Sri Ismail Omar (kanan)

“Tolong jangan buat spekulasi bahawa ada sesuatu yang tidak kena jika kami tidak dapat mendakwa dalam waktu terdekat... kerana kami mahu semuanya teratur (sebelum tuduh dikenakan),” kata beliau.

Lapan suspek sedang ditahan buat masa sekarang. Dua daripada mereka merupakan peguam adik-beradik.

Peguam bergelar “Datuk” dikatakan sebagai dalang kes pembunuhan itu.

Ismail juga berkata, sebuah pasukan petugas juga telah dibentuk untuk menyiasat kesemua kes orang hilang yang dikaitkan dengan peguam-peguam berkenaan.

image

Pembunuhan Sosilawati  dan tiga lagi amat mengejutkan negara kerana selepas dibunuh dengan kejam, mayat mereka dibakar dan abu dibuang di sebatang sungai di Tanjong Sepat, Banting.

Seorang peguam berusia 41 tahun yang dikenali ramai di kawasan Banting dan bergelar “Datuk”, telah ditahan bersama adik lelakinya, dua wanita serta empat yang lain, termasuk pekerja ladang mereka.

Perkembangan terbaru ini menambah senarai kes pembunuhan kejam yang negara pernah saksikan sebelum ini – antara kes bunuh dan rogol penganalisis maklumat, Canny Ong pada 2003 yang turut dibakar.

Kes-kes lain termasuklah bekas pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Bakarudin Busu yang pernah berkhidmat sebagai wartawan Kumpulan Utusan.

Empat tahun lalu wanita Mongolia Altantuya Shariibuu pula dibunuh dan mayatnya kemudian diletupkan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, kesemua suspek mengaku membawa mangsa ke ladang seluas empat hektar itu sebelum dipukul sehingga mati dan mayat mereka dibakar.Kes membabitkan Sosilawati dan tiga yang lain itu juga bakal merungkai misteri di sebalik tembok besar yang mengelilingi kawasan ladang kelapa sawit yang turut menempatkan beberapa kandang lembu dan kambing.

Malah menurut Mohd Bakri, suspek turut mengaku pernah menggunakan modus operandi serupa sebelum ini, dan polis sedang menyiasat kehilangan empat individu lain di kawasan tersebut sejak setahun lalu.

Dalam pada itu Ismail berkata, kesemua aduan kes orang hilang harus disiasat dengan segera dan secara terperinci bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang.

[sumber]

0 comments:

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM