Grab the widget 

Thursday, September 16, 2010

47 Tahun Sabah Ditindas 1Malaysia

image

Tahun ini KERAjaan pimpinan Umno buat sambutan hari Mesia dia Sabah kerana nak ambil hati rakyat Sabah, disebabkan PRU13 dah tak lama najib terpaksa tunjuk baik pada rakyat Sabah, sedangkan selama ini rakyat Sabah sering di tindas oleh penyangak2 semenanjung, jadi dengan ini anak jati Sabah meluah kan perasaan seperti di bawah ini.

Sabah yang bakal menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia esok terus merupakan negeri yang serba serbi mundur dari segi pembangunan infrastruktur walaupun telah 47 tahun mencapai kemerdekaan melalui pembentukan Malaysia pada 1963, lapor TV Selangor.

Pimpinan PKR Sabah, Jeffery Kitingan memetik buku Rancangan Malaysia Ke-9 yang melaporkan Sabah sebagai negeri yang paling mundur dan termiskin di Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan timbalan menteri pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri yang menyatakan, masyarakat luar bandar di Sabah harus bersyukur kerana penyertaan Sabah dalam Persekutuan Malaysia 47 tahun yang lalu adalah suatu keputusan kepimpinan terdahulu yang tidak sia-sia.

Beliau dipetik berkata transformasi secara umum telah banyak berlaku di luar bandar khususnya daripada segi pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam walaupun tidak dapat dinafikan masih ada sedikit lompang.

Abdul Rahim membuat kenyataan itu apabila diminta mengulas mengenai penganjuran Hari Malaysia yang pertama kalinya dalam sejarah dianjurkan di Malaysia Timur iaitu di Padang Merdeka, Kota Kinabalu.

Jeffery mengakui wujud pembangunan di Sabah tetapi ternyata ia tidak seimbang antara satu wilayah dengan wilayah lain tetapi secara keseluruhan, banyak kawasan belum menerima kemudahan yang memadai.

“Ada pembangunan, tetapi tidak seimbang. Ada yang belum ada jalan raya, belum ada elektrik, air bersih. Tapi kebanyakan, belum ada," katanya.

Lantaran itu, Jeffery kecewa dengan pencapaian berkenaan dan menuntut kepada pimpinan negeri dan pusat, kedua-duanya diterajui Umno Barisan Nasional (BN) supaya lebih prihatin dengan nasib yang menimpa masyarakat luar bandar di Malaysia Timur.

"Sebanyak 24 peratus penduduk Sabah digelar sebagai rakyat miskin.

Sepatutnya selepas 47 tahun kita merdeka dan menubuhkan Malaysia, perkara ini sudah selesai. Sekurang-kurangnya setara di peringkat kebangsaan iaitu kurang daripada 6 peratus. Ini bererti kita jauh ketinggalan," katanya

 

0 comments:

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM