Grab the widget 

Tuesday, November 02, 2010

Umno BN Sering Mengalih Tiang Gol Prk N45 Galas

image Parti Islam Se-Malaysia PAS mengharapkan Najib Razak selaku Presiden UMNO yang hendak mempertahankan kemenangan UMNO-BN, mestilah dengan cara demokrasi, bukan dengan bermain di padang yang tidak sama dan mengubah tiang gol.  Ucapan beliau di perasmian persidangan agung UMNO di PWTC, yang menyebut "Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa.  Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan !"

PAS berpendapat ucapan ini membayangkan mimpi ngeri pemimpin UMNO untuk menghadapi kebangkitan rakyat dalam pilihanraya akan datang.  Mereka membayangkan apa akan terjadi kepada rumah banglo mewah mereka, kereta mewah mereka dan perniagaan mereka jika kerajaan BN jatuh.  Sebenarnya mereka bukan takut rakyat tidak boleh makan, bukan takut hak Melayu akan hilang.  Kerana selama ini pun mereka tidak pedulikan rakyat.  Banyak perwakilan UMNO telah membangkitkan bagaimana pemimpin UMNO yang tidak mempedulikan rakyat selama ini.  Turun berjumpa rakyat hanya ketika hendak pilihanraya.

Belajarlah daripada PAS yang pandai menghormati demokrasi di negara ini.  PAS pernah memerintah Kelantan pada tahun 1959, tapi tewas pada tahun 1978 walaupun dengan taktik undang-undang darurat, namun PAS menyerahkan kuasa kepada UMNO, kemudian kembali memerintah pada tahun 1990 hingga kini.  PAS juga pernah menang 1959 dan kalah di Terengganu pada tahun 1961 melalui taktik kotor.

Kemudian menang pada tahun 1999 dan tewas pada tahun 2004.  Walaupun pada ketika itu emosi penyokong PAS tidak boleh menerima kekalahan ini, namun kebijaksanaan pemimpin PAS telah berjaya menenangkan rakyat supaya menghormati suara rakyat.  Begitu juga dengan peristiwa jatuhnya kerajaan Pakatan Rakyat di Perak walaupun dengan cara tidak demokratik, namun PAS dan Pakatan Rakyat terus bersabar dan akur dengan keputusan ini.

Najib Razak kena sedar bahawa Malaysia ini bukan harta pusaka UMNO BN yang telah diwasiatkan melalui Amanah Raya, tetapi ia adalah hak rakyat untuk menentukan kepimpinan di negara ini melalui pilihanraya.

*Kenyataan media oleh Idris Ahmad selaku Ketua Penerangan PAS Pusat.

0 comments:

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM