Grab the widget 

Sunday, October 24, 2010

Nih ! Calon BN PRK N45 Dun Galas

Setiausaha UMNO Bahagian Gua Musang, Abdul Aziz Yusof aka azis lima, 49, dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Galas pada 4 November  ini.

calonbngalasAziz Yusof aka azis lima (limau kasturi) calon Bn PRK N45 Dun Galas

Ketika membuat pengumuman itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Abdul Aziz merupakan calon yang masih muda dan pernah berkhidmat sebagai Ketua Pejabat Operasi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).

kulisembabKULI dan Timbalan Boss Melayu

khairi1ketua pemuda parti melayu 1Msia Islam Hadhari

makwemusang  wanita ketua Umno Lu Musang (tudung hitam)

"Kerana beliau (Abdul Aziz) akan bertanding pada pilihan raya kecil DUN Galas jadi beliau telah melepaskan jawatannya itu. Beliau merupakan orang tempatan, orang Gua Musang dan umurnya masih muda,” katanya ketika berucap pada majlis pengumuman calon BN di UMNO Bahagian Gua Musang di Bukit Chekati, di sini hari ini.

1 comments:

gedebeKB said...

kah kah kah!
keputusan PRK sebelum hari mengundi adalah PAS menang, UMNO menang. KU LI menang.
PAS menang setelah meletakkan calon yang lebih manasabah daripada calon BN. Jika PAS menang kerana calon yang dikemukakan adalah lebih baik. Jika kalah PAS tiudak akan merasa kecewa kerana PAS telah menyediakan yang terbaik.
BN menang kerana berjaya meletakkan KU LI dalam keadaan 50/50. Jika calon pilihannya kalah, maka KU LI akan dikategorikan sebagai candu tua di kalangan pimpinan UMNO. Disamping itu berjaya menanam keraguan dikalangan pemimpin PR kepada KU LI. Pakatan yang cuba dibina antara KU LI dengan PR untuk ke Putrajaya boleh dikatakan berkubur.
KU LI berjaya menonjolkan penyokong beliau dan menyisihkan mereka yang tidak menyokong beliau di Gua Musang. Jika percubaannya berjaya, penguasaan dan kekuatan KU LI di Gua Musang akan diberi perhatian. Tapi KU Li tak akan kemana dalam politik UMNO kecuali berhantu di Gua Musang.
Persoalan paling penting, adakah PAS masih lagi menagih kasih daripada KU LI setelah KU LI berulangan kali menjadikan PAS batu loncatan yang bodoh.
Ahli PAS bawahan terpingin sangat membaca dan mengamalkan hadis" Orang tidak akan memasukkan tangan ke lubang yang sama selepas kali pertama disengat (berkali-kali disengat bukan jenis orang beriman yang cerdik).

Komen Terkini

lain lain artikel