Grab the widget 

Thursday, October 07, 2010

Ketua Pemuda Umno Kelantan Tempelak Ku Li N45 Dun Galas

imageKu Li  sudah boleh berhenti dan menutup lebaran  politik nya kerana  beliau kini tidak lagi akan mendapat kepercayaan dari ahli UMNO  dan perbuatan beliau  bersekongkol dengan Parti PAS ketika menganjur kan  Program ceramah Royalti Minyak amat memalukan  ahli BN  negeri Kelantan .

Sejurus itu Pergerakan Pemuda UMNO negeri menyifatkan apa yang dilakukan bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah pada Program Ceramah Royalti Minyak anjuran Gerakan Menuntut Wang Royalti Rakyat sebagai tidak lebih daripada memperbodohkan rakyat Kelantan.

Ketuanya, Anuar Safian berkata, Pemuda UMNO negeri yakin tindakan Ku Li yang dianggap bersekongkol dengan Pas bagi menjayakan program itu mempunyai agenda peribadinya tersendiri.

“Apa yang ingin di persoalkan ialah kenapa baru sekarang Ku Li bangkit untuk memberikan penjelasan kepada rakyat dalam isu yang melibatkan royalti sedangkan beliau mempunyai ruang yang terlalu luas sebagai Ahli Parlimen selama 32 tahun atau semenjak dari 1978 yang lalu.

“Kenapa baru sekarang beliau sedar akan kepentingan rakyat Kelantan. Ini bermakna beliau telah duduk dalam ‘rok’ (hutan) sepanjang tempoh itu seperti mana yang dinafikan oleh beliau,”

Anuar berkata, Pemuda UMNO melihat rakyat Kelantan telah banyak diperbodohkan oleh pemimpin seperti Ku Li lebih-lebih lagi semasa beliau berada di dalam Semangat 46 dan akhirnya menyertai kembali UMNO.

“Sampai bila rakyat akan diperbodohkan lebih-lebih lagi kenyataan beliau yang mahukan Kelantan keluar daripada Malaysia sekiranya pusat tidak memberikan royalti kepada negeri ini tidak boleh sama sekali diterima oleh Pemuda UMNO dan selaku rakyat dalam negeri ini.

“Bagi Pemuda UMNO kenyataan tersebut amat tidak berketepatan sebagai seorang pemimpin lama yang mempunyai banyak pengalaman,” katanya.

Beliau berkata, selaku Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) beliau tidak seharusnya duduk bersama-sama dengan pemimpin Pas yang lebih-lebih lagi banyak memperkecil kan dan membuat tuduhan yang bukan-bukan terhadap pimpinan parti.

Anuar berkata, Pemuda UMNO memandang serius perkara itu lebih-lebih lagi tindakan Ku Li yang dianggap tidak tidak menghormati Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

“Bagi Pemuda UMNO, royalti atau wang ihsan adalah sama sahaja. Apa yang penting, program dan perlaksanaan akan sampai kepada rakyat termiskin terbanyak yang boleh dibela dengan adanya bantuan lima peratus daripada Kerajaan Pusat ini.

“Bantuan ini nanti akan diagih secara adil dan saksama tanpa mengira fahaman politik seperti mana yang telah dilaksanakan oleh kerajaan BN selama ini melalui lain-lain bantuan seperti KWAMP, tabung bantuan nelayan dan skim bantuan baja pertanian yang telus dan adil,” katanya.

Sehubungan itu, Pemuda UMNO meminta pihak berkenaan supaya jangan sesekali menuntut hak yang tidak ada dalam perjanjian.

“Pemuda UMNO harap Ku Li menasihati Kerajaan Negeri membuat tuntutan melalui mahkamah supaya ianya lebih jelas kepada rakyat tentang siapa yang lebih berhak untuk melaksanakannya sama ada melalui ihsan atau royalti,” katanya.

Sementara itu hanya Majlis Tertinggi UMNO yang boleh membuat keputusan terhadap Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang pendiriannya bertentangan dengan kerajaan pusat berhubung bayaran royalti minyak kepada Kelantan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, UMNO Kelantan tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan ke atas bekas Menteri Kewangan itu.

“Ianya bukan bidang kuasa UMNO Kelantan, hanya Majlis Tertinggi parti boleh tentukan dan putuskan tindakan ke atas Tengku Razaleigh,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Klinik 1Malaysia di Batu Melintang, di sini, semalam.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada UMNO Kelantan boleh mengambil tindakan ke atas Tengku Razaleigh berikutan kenyataannya pada Khamis lepas yang mendakwa Kerajaan Negeri Kelantan kini patut mendapat bayaran royalti minyak dan bukannya wang ihsan.

Mustapa bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai pendirian Tengku Razaleigh itu. [sumber].

0 comments:

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM