Grab the widget 

Saturday, August 28, 2010

Khir Toyo Boleh Bertahan 5 Minit Saja

YAB Sungai Panjang dipilih sebagai Menteri Besar pada tahun 2000 menggantikan YB Permatang yang telah meletakkan jawatan. Sebelum beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar, beliau mengeluarkan kenyataan bahawa demi mempertahankan hak orang Melayu, beliau sanggup bermandi darah. Dalam konteks keadaan semasa pada alaf yang baru ini, kenyataan menghasut tersebut mencerminkan ketidakmatangan beliau sebagai pemimpin dalam masyarakat majmuk Malaysia ini.

Ketidakmatangan beliau sekali dizahirkan oleh beliau sendiri apabila beliau membuat kenyataan dalam satu majlis pembukaan forum anjuran wanita baru-baru ini bahawa pelacur asing suka melayan pemuda Malaysia kerana pemuda Malaysia hanya boleh bertahan 5 minit sahaja. YAB Sungai Panjang mungkin meluahkan perasaan intisari sanubari beliau mengenai keupayaan beliau sendiri di mana tidak ada orang yang berminat mengetahuinya. Tetapi selaku pemimpin kerajaan negeri, selaku presiden Majlis Belia Malaysia, selaku pemimpin masyarakat Islam, kenyataan beliau itu memalukan kerajaan dan mencerminkan ketidakmatangan beliau sebagai seorang pemimpin kerajaan.

[sumber]

1 comments:

azman kamarul said...

Inilah dia wajah pemimpin umno....ketika mereka menang...lagak mereka, tingkah laku mereka...ANGKUH...nak jumpa pun payah, terpaksa melalui beberapa lapis setiusaha kerja mereka.

Bila mereka kalah pula...lihat dan dengarlah apa kah perkataan yang mereka keluarkan.....belajar sampai kat universiti dan memegang ijazah kedoktoran tetapi perkataan yang keluar dari mulut macam orang tak pernah mendapat didikan!!!

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM