Walau pun Majlis Fatwa Kebangsaan belum ada Fatwa khusus mengHaram kan hisap rokok mengikut syarak, saranan dan nasihat TGNA kepada bakal2 calon Pas mesti lah orang yang tidak menghisap rokok adalah nasihat yang paling baik, kerana menghisap rokok adalah amalan yang membazir dan tidak baik untuk kesihatan badan, umpama nya pada PRK Galas baru2 ini TGNA mensyarat kan calon Pas yang bakal bertanding PRK Galas baru2 ini mestilah orang yang tidak merokok.
Aku lihat dalam saranan dan nasihat TGNA itu amat dalam sambil memPERLI kepada wakil2 rakyat yang masih menyandang jawatan itu yang merokok, ada ramai lagi wakil2 rakyat Pas khusus nya YB2 Pas di Kelantan masih mengamal tabiat buruk itu, kalau masih ada lagi wakil2 rakyat yang tegar menagih rokok aku harap PUAK2 ni tak payah lah di pilih sebagai calon Pas pada PRU13 nanti.
Rakyat sentiasa perhatikan gelagat dan perangai2 wakil rakyat, wakil rakyat juga adalah cermin masyarakat, tambah2 lagi nasihat itu datang dari TGNA sendiri, kalau wakil2 rakyat yang sedia ada tidak dengar nasihat dari TGNA, apa lagi musuh2 politik Pas, aku malas la nak highlight nama2 wakil rakyat yang menghisap rokok nih, walau pun ROKOK DAUN NIPAH, aku malu la kerap saja TGNA sentuh pasal hisap rokok nih…..ek elee aku sendiri pun hisap rokok……tapi aku bukan cermin masyarakat dan YB……………….aku nak tengok PRU13 nanti ada lagi ke penghisap rokok jadi calon Pas.
1 comments:
MEROKOK HARAM DISISI ISLAM : Jom Sama-Sama Kempen
Sejauh manakah kempen ini dibuat dan bagaimanakah reaksi dan kerjasama dari semua pihak? Jika Merokok Haram, adakah perkara2 yang berkaitan dengannya akan menjadi haram? Membeli, menjual, membawa, membungkus, tolong beli, tolong jual, dan sebagainya sebagaimanya haramnya jika berkaitan dengan ARAK..Fikir dan renungkanlah...
http://lamannurani-mrpresident.blogspot.com/2010/11/merokok-haram-disisi-islam-jom-sama.html
Post a Comment