Grab the widget 

Thursday, November 11, 2010

Nih ! Orang Pas Cerita Zaid Ibrahim Nih….

Apabila Zaid masuk PKR, bukan sahaja org PKR lonjak bergembira. Bahkan orang PAS turut ketawa riang. Bila org PKR kata Zaid adalah pemimpin berperinsip, orang PAS kata: "itu dahulu, sekarang Brahim telah jadi Umar al-Khatab".

DSC02618 masih ada ruang kah untuk Zaid menjadi Calon dimana2 kawasan Pilihanraya ?

Sebagai seorang ahli politik yg selangkah cerdik di hadapan pemimpin PAS Kelantan, Zaid telah mengetahui lubang dan telaga kelemahan dan kebodohan mereka, Zaid segera dan akan menahan pukat dengan mencontohi tektik Brahim (cerita 1).

Zaid menjemput pemimpin PAS berkenduri dirumahnya, terasa besar kopiah pemimpin PAS. Zaid memakai kopiah, terasa Zaid kepada orang PAS seperti Tg. Haji Hadi. Zaid jual bangunan UMNO KB kepada pemuda PAS, terasa nak cium tangan Zaid samapi ke ketiak, baiknya hati Zaid.

Zaid telah tahu, Zaid telah mengerti, bahawa beliau tidak akan menjadi ahli Parlimen, kalau PAS tidak menyokongnya. Jualbeli beliau kepada UMNO tidak laku, kalau beliau bukan ahli Parlimen. Beliau juga tahu, UMNO payah untuk mendapat kerusi Parlimen di Kelantan, kecuali melalui lompat parti.

 
Namun segalanya telah pecah, segala perancangan terdedah, segala jalan cerita telah berakhir. Zaid telah menikam partinya sendiri PKR, bagaikan tikaman musuh. Parti PKR menjadi seperti "ikan dalam air melompat ke darat".

Mata pemimpin PAS Kelantan sendiri melihat, telinga kiri kanan juga telah mendengar. Jika pemimpin PAS Kelantan masih buat-buat tidak faham, dan tidak diiktibarkan, tidak peka, tidak berotak, memang pemimpin begini diibarat "batang kayu buruk".

Nasihat panas ini ikhlas, supaya pemimpin ku tidak mudah tertipu dan dikategorikan sebagai manusia bodoh sepanjang zaman.

[komen gedeberKB disini]

0 comments:

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM