Grab the widget 

Wednesday, November 10, 2010

Di Sebalik Penjualan Bangunan Umno Ada Udang Sebalik Batu

Licik permainan politik demand oleh Zaid Ibrahim, bermula keluar dari umno kerana tidak tidak mendapat sesuatu yang di hajat nya, masuk PKR berserta dengan jawatan2 dalam parti, tak berapa hari dalam PKR setelah kerusi parlimen Hulu Selangor kosong terus memintas beberapa orang tokoh tempatan, dia di anugerah sebagai calon PRK Hulu Selangor, memang mendadak.

DSC02626 Zaid Ibrahim semasa menjadi calon PRK Hulu Selangor.

Bercita2 ingin menjadi timbalan presiden PKR, setelah kelihatan bayang2 persaingan merebut jawatan itu dalam pemilihan tidak menyebelahi nya, dia mula membuat onar.

Sebelum itu dia telah membuat plan awal, dengan menjual bangunan Umno kepada dewan pemuda Pas Kelantan, aku anggap laa, dengan harapan pada PRU13 dia boleh kawtim dengan Pas sebagai calon Parlimen Kota Bharu atas tiket PKR, kerana lain2 tempat dia tidak yakin dia boleh menang, setidak2 nya Pas boleh membalas jasa2 Zaid, atau sekiranya Zaid sudah meninggal kan PKR seperti bayang2 sehari dua ini,  Zaid boleh saja menyertai Pas dengan tidak banyak halangan, dan boleh lah pulak dia membuat onar dalam Pas.

Parti Pas ni kalau ikut rekod terlampau jujur, orang buat muka seposen dan berlakon jujur jah, mudah memperdaya Pas.

Kesian pengundi2 Pas di Hulu Selangor, bermati2an mempertahan kan Zaid, apa jua keburukan Zaid mereka menepis nya, tapi apa balasan si ego ini ?.

3 comments:

gedebeKB said...

mula-mula,
Tengok dan perhati baik- baik Anwar!, jarum beracun UMNO benar-benar menyerap ke dalam tubuh badan PKR.
Kemungkinan PKR pengsan termakan racun sebelum berjuang adalah cerah, hanya dalam masa setahun racun ditabur, daun PKR dah mula kuning, jika tidak dibendung akar PKR akan turut buruk. Kesilapan paling besar yang dilakukan oleh pemimpin PKR adalah "suka membawa racun ke dalam rumah".
Racun-racun ini kebanyakannya racun yang diimpot dari parti musuh UMNO.

gedebeKB said...

PAS DIRAHMATI ALLAH LAGI.

Cerita 1,
Apabila Brahim Ali naik ke pentas PAS, orang PAS lonjak bergembira, pemimpin PAS Pasir Mas seperti kerang busuk, asyik tersenyum lebar sepanjang hari. Bila Brahim mengutuk UMNO, orang PAS bangun bertakbir, gembiranya hati sampai ke tulang hitam, yahoooo! gergasi merah telah memihak kepada kita.
Apabila brahim ingin meminta ingin menjadi calon, belum terlepas di mulut brahim, pemimpin PAS kata "ana setuju", "ana sokong", "ana dah lama bermimpi", gembiranya PAS Pasir Mas sampai dibalingnya serban, dipijaknya kopiah.
Berapa kalikah Brahim telah menipu PAS, berapa kali bilangan Brahim menghina TGNA, berapa kali beliau mempermainkan agama, berapa orang ahli PAS dihumban ke hulu, berapa kali cikgu PAS dinafi naik pangkat, geng kopiah pula senang-senang jawab "itu dahulu, sekarang Brahim telah jadi Umar al-Khatab".
Apabila Brahim menang, hari pertama dia tersenyum pada org PAS, selepas hari pertama, Brahim tengok org-org PAS seperti tengok jamban di stesyen keretapi P.Mas.
Tertebuskah dosa pemimpin PAS ke atas penyokong PAS, setelah Brahim jelas menjadi onar dan menjadi musuh no one kepada PAS.

Coming soon di cerita Dua

gedebeKB said...

Cerita 2.

Apabila Zaid masuk PKR, bukan sahaja org PKR lonjak bergembira. Bahkan orang PAS turut ketawa riang. Bila org PKR kata Zaid adalah pemimpin berperinsip, orang PAS kata: "itu dahulu, sekarang Brahim telah jadi Umar al-Khatab".
Sebagai seorang ahli politik yg selangkah cerdik di hadapan pemimpin PAS Kelantan, Zaid telah mengetahui lubang dan telaga kelemahan dan kebodohan mereka, Zaid segera dan akan menahan pukat dengan mencontohi tektik Brahim (cerita 1).
Zaid menjemput pemimpin PAS berkenduri dirumahnya, terasa besar kopiah pemimpin PAS. Zaid memakai kopiah, terasa Zaid kepada orang PAS seperti Tg. Haji Hadi. Zaid jual bangunan UMNO KB kepada pemuda PAS, terasa nak cium tangan Zaid samapi ke ketiak, baiknya hati Zaid.
Zaid telah tahu, Zaid telah mengerti, bahawa beliau tidak akan menjadi ahli Parlimen, kalau PAS tidak menyokongnya. Jualbeli beliau kepada UMNO tidak laku, kalau beliau bukan ahli Parlimen. Beliau juga tahu, UMNO payah untuk mendapat kerusi Parlimen di Kelantan, kecuali melalui lompat parti.
Namun segalanya telah pecah, segala perancangan terdedah, segala jalan cerita telah berakhir. Zaid telah menikam partinya sendiri PKR, bagaikan tikaman musuh. Parti PKR menjadi seperti "ikan dalam air melompat ke darat".
Mata pemimpin PAS Kelantan sendiri melihat, telinga kiri kanan juga telah mendengar. Jika pemimpin PAS Kelantan masih buat-buat tidak faham, dan tidak diiktibarkan, tidak peka, tidak berotak, memang pemimpin begini diibarat "batang kayu buruk".

Nasihat panas ini ikhlas, supaya pemimpin ku tidak mudah tertipu dan dikategorikan sebagai manusia bodoh sepanjang zaman.

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM