Grab the widget 

Thursday, November 25, 2010

Di Tuduh Curi Engine Jet Kemudian Diculik Pegawai Tentera

image Peguam bekas sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) N. Tharmendran mendakwa anak guamnya itu “diculik” oleh sekumpulan pegawai sayap Angkatan Tentera Malaysia itu di pekarangan Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi ini.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, N Surendran berkata beliau yakin tindakan pegawai-pegawai itu bertujuan menghalang Tharmendran daripada mendedahkan butiran mengenai skandal kehilangan enjin dua jet TUDM yang dilapor hilang dan kemudian didakwa dicuri.

“Sekumpulan kira-kira 10 pegawai TUDM diketuai oleh Leftenan Kolonel Mohd Razif Razak menahan Tharmendran di pekarangan mahkamah kira-kira 11 pagi tadi ketika dia dan bapanya menuju ke kereta selepas keluar bilik mahkamah,” kata beliau.

Kata Surendran (gambar) walaupun beliau memprotes tindakan itu tetapi Razif mendakwa Tharmendran ditahan kerana tidak datang untuk lapor diri tugas.

“Saya memberitahu mereka bahawa dokumen menunjukkan Tharmendran bukan lagi staf TUDM, dokumen menunjukakn dia bukan kakitangan TUDM sejak 28 Mei lalu.

“Tetapi mereka tidak kisah, dan mahu menahan dia di Kem Tahanan Tentera,” kata beliau. [baca sumber]

0 comments:

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM