Grab the widget 

Saturday, November 06, 2010

2 Dun Yang Di Wakili Pas Dalam Parlimen Kuala Krai Bakal Hanyut PRU13

image Tak sedap bunyi nya kan ?……..jangan tanya pada pimpinan Pas kawasan Kuala Krai, tentu nya mereka akan kata beres, tak ada apa2 yang perlu di risau kan, ini kerana mereka ada kepentingan2 tertentu.

2 Dun yang aku maksud kan ialah Dun Manik Urai dan Dabong, yang lebih berpotensi untuk kalah ada lah Manik Urai, berbekal kan undi majoriti 63 undi di tambah dengan kawalan2 melampau terhadap Adun sekarang, seperti ada gap antara orang2 tertentu untuk mendekati Adun, kemungkinan kawalan ini bagi mengurangkan populariti Adun itu sendiri, samaada Adun itu sedar atau tidak hanya dia sendiri yang tahu.

Seolah2 ada satu komplot untuk menjatuh kan Adun sekarang dengan cara sedar atau pun tidak, ramai pimpinan peringkat cawangan rimas dengan individu2 yang menjadi PAGAR kepada Adun itu.

Pagar2 ini pada sestengah orang merupakan liablity kepada Adun dan Pas Manik Urai sendiri, antara pagar2 ada yang bercita2 untuk menjadi Calon pada PRU13 nanti, aku harap ini hanya andaian sesetengah orang Pas saja, ia nya juga di harap tidak menjadi kenyataan.

Pagar2 ini di katakan sedang membina rangkaian dan group sehingga ke peringkat Pas kawasan, di kata kan mendapat restu di pihak Pas kawasan.

Aku, aku tidak rapat dengan mana2 pimpinan, tapi aku PASANG telinga dan banyak perkara telah masuk dalam telinga aku.

Ada antara Pagar2 ini tidak jujur, ada yang melahap dan control perojek2, saham2 ladang rakyat di bagi kan kepada kroni2 dan ahli keluarga.

Dabong Ok setakat ni, saja jah aku nak gertak, aku harap ada penafian apa yang aku katakan, cuma nya ingin kepastian samada benar atau tidak sosek2 yang aku dengar.

Sekali lagi aku tegas kan, aku malas nak layan2 dengan individu2 ini secara direct, HAGAH dan hidung tinggi, lebih baik aku tak payah rapat, jangan ingat aku ada hutang dengan Parti Pas, kalau Pas ada hutang dengan aku, itu ya………….aku besar taik kuku pun tiada kepentingan dalam Pas, aku cuma mahu melihat Pas menerajui bumi Malaysia dan mendapat keredaan Allah jah, itu saja, kerana aku sedar siapa aku, oleh kerana Pas bukan Parti mak bapak diorang aku terpaksa ambil peduli.

7 comments:

Keyman said...

Assalamualaikum sheih Tok Gawa...

Yb Uji tu aku rasa orangnya bagus...banyak kali juga aku jumpa dia masa aku dok moh tok tua aku...Mungkin silap dia sebab terhutang budi kot..

Aku rasa bukan saja DUN Manik Urai dan Dabong dalam bahaya....Mengkebang dan Guchil pun sama.....Orang kampung aku kat Kg Slow Bedal dlm DUN Mengkebang ramai tak tahu sapo Tok wakil dia. Masa aku dok kat kampong tak pernah sekalipun jumpa dengan Tok wakil masuk kampong.....Turun2 lah retek ko kampong ambo ni...musim2 banjir ni tengoklah rakyat kampong...Mak ayah aku pindah 2-3 kali setahun...tak pernah lagi tok wakil jengoknya......Jangan dok harap ko tok ngulu joh....

pengundi m.urai said...

salam..nak tanya satu je,,penulis ni pengundi dun manik urai ke????stgakat ni saya sebagai pengundi dun manik urai puas hati dgn adun..cuma biasalah..takkan tercapai kudrat kalau nak buat semua..tu sebab ada tok ngulu...tok ngulu sapalah masalah anak mukim...ingat apa yang kita tulis akan dipertanggungjawabkan nanti disana...kalau wakil umno sbb banyak duit buleh tabur je..duit mari kot mana kena pikir sendiri

Anonymous said...

bro,ko nampak banyak je benda tau pastu siap nama blog manikurai nah. boleh x mana-mana pemimpin pas atau ko sendiri kenalkan diri ko ni adakah ko ni betul orang pas.

ni salah satu strategi politik la bro,,nampak cam memperbetulkan suasana tapi mendedahkan keburukan dan masalah parti xpasal2 jadi senjata percuma untuk parti lawan.

cuba change ayat ko tu supaya xjadi senjata parti lawan da.

Ahli xsepatutnya menjadi duri dalam daging. siapa yang menjadi calon xpenting.yang penting bila menang ambek peluang tarbiah rakyat.

sikap berebut nak jadi calon ni sikap umno.pas kena fikir camna nak atasinya klu ianya betul-betul berlaku.

yang penting bila menang ambek peluang tarbiah rakyat.nanti bila kalah jadi cam melaka kena rampas tanah la,roboh Pasti la.baru la menyesal xsudah.

tok ggawo said...

salam !

terima kasih pada komentar2 semua kerana respon.

pada komen2 di atas dan seterus nya, check balik artikel aku ini, ada ke ayat2 aku kondem Adun ?.

Unknown said...

salam boh, sapo hok jadi Pagar tuh?

tok ggawo said...

ranting.

kawe raso demo tahu sapo2 pagar tuh.

keyman.

demo pun tahu jugok.

anon.

demo emosi

pengundi M.urai

pas bukan untuk ahli elite nya saja, pas kalau mengharap kan undi dari ahli nya saja mustahil sestengah tempat untuk menang pilihanraya.

sesiapa saja orang luar pas yang sayang pas boleh berkata apa saja pada pas, soal pengundi luar atau tidak bokan soal nya, kalau mahu Pas manik urai terus dominan, jangan bersifat jumud, sempit, harus terima kritikan dan cuba menacari penyelesain.

Aku buat artikel ini sebagai forum, sesiapa saja boleh menyertai nya, syarat nya, steady la beb...jangan emo2.........

satu lagi letak nama, jangan pakai nama anon.

gedebeKB said...

kah kah kah!
kenapa kalut sangat, relaxs sikit, orang nak buat saspen pun kau orang ambil hati. Blog sama seperti akhbar, tajuk besar sahaja boleh melariskan jualan.
siapa pun boleh jadi pak belalang, boleh ramal kawasan mana yang PAS akan hilang kerusi dlm PRU13. Tok Gawo boleh kata kawasan Cempaka dan pasir pekan akan hanyut, tidak salah. Saya boleh kata kawasan Pekan dan Pagoh akan lemas, tidak salah. Abang Uji tak mahu komen pun tidak salah.
Yang paling kita mesti ada kajian ilmiah, dan aku akan kata kawasan yang paling tak selamat adalah kawasan Guchil. Kenapa ....

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM