“Kita Kerajaan Pas Kelantan miskin”, ini lah antara Do’a dan ayat2 yang biasa di dengar dan lontarkan oleh wakil2 rakyat dan pimpinan Pas semasa ceramah2, dan dalam majlis2 yang di hadiri oleh kebanyakan rakyat Kelantan.
Aku nak tanya berapa orang wakil rakyat dan exco boleh memikirkan bagaimana nak menambah sumber ekonomi Kerajaan negeri, selain menaik kan cukai itu dan ini, membuka kawasan2 balak, mou2 ladang2 yang balak nya di jual dulu sebelum di bangun kan ladang2 dan seterus meninggal kan belukar, membuka ladang rakyat dan sebagai nya.
Sudah 20 tahun Kerajaan Pas terajui negeri Kelantan, sepatut nya ayat2 dan Do’a di atas sudah tidak kedengaran lagi, tapi habis tahun berganti tahun ayat itu juga masih kedengaran, hampes.
Pada pengamatan aku ramai wakil2 rakyat yang tidak produktif, asyik2 dengan program2 membazir, membuang pitis dan membuang masa jah, tiada manfaat yang dapat dari nya, program cakna2 ni tak payah nak perah2 otak, kalau setakat Pitis peruntukan pun di ambil dari perbendaharaan negeri, aku pun boleh buat macam tu punya program, kalau peruntukan meminta2 pada Kerajaan, atau projek program menghabis kan pitis, kalau buat program pun ada pulak yang claim bukan2, ketat poket lagi laa.
Di kata kan negeri Kelantan ni kaya dengan hasil semula jadi dari perut bumi nya, apa guna perut bumi kaya, kalau wakil2 rakyat dan exco2 nya perut isi angin, tak tahu bagaimana nak eksploitasi kan sumber2 yang ada untuk di komersial kan, bagi menambah hasil Kerajaan negeri.
Time pilihanraya berebut2 nak jadi calon, ada pulak tu tak ukur baju di badan sendiri, tak pikir dah apa yang mereka boleh sumbang kan kepada Kerajaan dan rakyat Kelantan, kalau takat nak belanja kedai kopi, melawat orang sakit dan mati jah, takda makna nya, atau pun selepas menang dan jadi wakil rakyat dan bertitle YB hanya pergi tidur dalam dewan melopong mulut2, apa haram jadah di bahas kan dalam dewan pun habuk tak tahu, kot2 ada pun ambil bahagian berbahas dalam dewan tu pun kepala hotak sudah di program kan, bukan nya dari idea dari kepala hotak sendiri, lepas tu claim itu dan ini, tak payah la woi !, nak berangan2, cermin diri dulu la, sesetengah yang ada pun dah monopause.
5 comments:
Nk kongsi cerita jer...
Nak Royak Sikit
Kesimabungan dari posting yang pernah saya siarkan seblum ni 'Saje Nak Berbual'. Kali ini dalam nada yang sama saya nak bercerita sedikit sebanyak satu perkara yang sering dilepas pandang dan memang tak difikirkan langsung pun oleh semua orang. Kadang-kadang idea dan pandangan seperti apa yang saya bakal kongsikan ini tidak diterima oleh majoriti rakyat, namun ku taip juga sebab semua orang berhak menyatakan pendapat masing-masing. Ini kerana, pendapatan setiap orang pun masing-masing juga..he he he...
Kalau dalam penulisan sebelum ini, saya rungkaikan perihal MASA. Pada kali ini saya cuba nak kongsikan perihal TEMPAT pulak.
Tuan-tuan cuba perati, kebanyakan program atau majlis peringkat negeri yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri atau parti kebanyakkannya dibuat di sekitar bandar Kota Bharu. Maka berduyun-dutunlah rakyat dari segenap pelososk negeri sejak dari Jajahan Lojing, Gua Musang, Jeli, Tanah Merah, Tumpat bertumpu di Kota Bharu untuk menghadiri majlis/program tersebut.
Tidak salah buat di pusat bandar. Malah di pusat bandar memiliki segala infra yang diperlukan. Tetapi jika hanya dibuat di pusat bandar sepanjang mana, bila masa kawasan-kawasan lain akan dibangunkan? Pernah tak kita fikir, rakyat dari kawasan-kawasan hulu ni terpaksa bertolak awal untuk ke Kota Bharu, lebih2 lagi terpaksa bermalam di sana sehari sebelum majlis/program beerlangsung. Adil ke dengan penduduk yang berada di Kota Bharu??
Kenapa kita tidak boleh rotate tempat program ini? Biar rakyat Tumpat, Kota Bharu merasai betapa susahnya nk ke Gua Musang ke, nak kena bermalam di sana sehari sebelum program tu. Penganjur jangan hanya syok sendiri adakan program/majlis di Kota Bharu, rakyat di kawasan pedalaman ni kadang-kadang bermasam muka sesama sendiri dalam hal mencari kenderaan dan mencari orang untuk ke sana.
Bila saya sebut macam ni, ada pulak yang megatakan, "Jihad tu syeh...tak perlu diungkit benda-benda macam ni." -Betul, saya akui, tetapi pernah kita bandingkan dengan rakyat2 yang berada berdekatan dengan kawasan program? Adakah rakyat di kawasan bandar tak mahu berjihad sama seperti rakyat di kawasan pedalaman?
Jika isu kemudahan menjadi masalah utama untuk diadakan di kawasan @ daerah lain, maka pihak pemerintah kena lah sediakan kemudahan itu di setiap daerah. Jangan hanya perbanyakkan di kawasan ibu kota sahaja. Kena agih2kan juga ke kawasan-kawasan lain. Barulah kawasan lain pun merasa nikmat bersama.
Jika semua daerah mempunyai sebuah dewan seperti dewan PUTIK, maka saya rasa, tidak pelik jika majlis atau program-program dapat dibuat bergilir-gilir di setiap daerah.
Sebagai contoh, Majlis Hari Raya Aidilfitri PAS Kelantan, diadakan di Jeli. Tahun depan di Pasir Mas, tahun seterusnya di Kuala Krai. Maka seluruh rakayat tak perlu hanya kenal KOTA BHARU jer...
Sekian.
Mr. President.
sebagai rakyat kawe setuju
sebagai kerajaan tentu tak setuju ????
demo oghe kelate ko ? demo ahli Pas ko ? demo ngundi mmano ? nombor ahli beghapo ? sedap mulut cakap.....kah kah kah !
kalu demo oghe Pas, bakpo demo selok kain sendiri......emmmm, bakpo demo tok aju masaaloh ikut peghatughee, apo2 masaaloh mesti ikut peghatughee.......kah kah kah !.
hehehe...
kena ikut peraturan la dih...ahaha..
Keterbukaan dalam menerima pandangan dan saranan akan membuat kita sedar dari lamunan dan buat kita terjaga dari tidur. Jangan hendaknya kita mempersempitkan keadaan sedangkan sebagai blogger atau peminat blogger mereka mempunyai pandangan dan pendapat yang mungkin memanas telinga kalau terkena hidung tapi fikir-fikirkan ....kerana tidak semua yang kita lakukan itu 100% betul dan pandangan dan idea orang lain 100% salah....walahaualam.
wah !
ada umno masuk nih !, komen baik2 sikit, aku akan delete yang negatif, jangan sentuh isu agama kalau tak ghetijangan main2, dosa pahala bukan Hak umno rasuah.
derma dan sedekah bukan umno yang menilai, derma dari ceramah2 Pas bukan untuk Kerajaan, biar gheti sikit, ia nya untuk Parti, orang yang sayang parti pasti bermurah hati untuk menghulur, umno memang sumber RASUAH banyak (aku ulang banyak), bina Masjid dan Surau tak payah duit derma, itu sebab di WP duit zakat pun SEBAT.
orang kampong paling bodoh yang umno2 jah, bandar2 jarang UMNO BN menang. contoh nya Galas undi Ihsan Asli.
Post a Comment