Grab the widget 

Thursday, September 23, 2010

Siapa RAJA Pahang Yang Sebenar ?

imageTEMERLOH: Rakyat merasa kecewa dengan perbuatan ahli-ahli sebuah parti politik perkauman yang "menghina" Sultan Pahang sewaktu menganjurkan Majlis Bersama Raja dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di sini hari ini.

image

Ketua Cabang PKR Paya Besar Haji Zahari Mamat berkata, "Umno memasang sepanduk yang menggunakan nama Sultan Pahang bahawa baginda akan hadir tetapi tidak menyiarkan gambar baginda di sepanduk tersebut."

Sebaliknya Umno kawasan itu, menyiarkan gambar Ahli Parlimen Paya Besar Datuk Manan Ismail dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Lembing Suhaimi Md Shah.

Zahari berkata, "kalau dahulu di Johor, sepanduk yang memuatkan gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dr Chua Jui Meng yang ditohmahkan sebagai bakal menteri besar berdampingan dengan Sultan Johor menjadi kecuh.

"Tetapi kenapa Umno berdiam diri apabila nama Sultan Pahang digunakan pada sepanduk dengan tidak memuatkan gambar baginda.

"Kalau dulu, mereka mencetuskan provokasi dengan mendakwa PKR tidak menghormati institusi raja hingga menyebabkan Anwar terpaksa memberi keterangan di balai polis untuk siasatan.

"Tapi kini Umno cuba mengelirukan orang ramai dengan menggunakan nama baginda tanpa gambar baginda. Jelas mereka menghina Sultan Pahang dan institusi raja," ujar beliau.

0 comments:

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM