Grab the widget 

Thursday, June 03, 2010

Cuepacs 418,200 Belum Muktamad Pulak Dahh !

Kah ! kah ! kah , cakap siang pandang2, cakap malam dengar2 la omar oii !, nyusah kan orang je.

Presiden Cuepacs Omar Osman hari ini menafikan seramai 418,200 atau 41 peratus daripada 1.2 juta penjawat awam dikesan terbabit dengan aktiviti penerimaan rasuah sepanjang tahun lalu.

Seramai 51 peratus daripada 591 orang yang ditahan oleh SPRM  (Badan Pencegahan Rasuah sebelum 1 Jan 2009) merupakan kakitangan awam dan ia menurun kepada 47 peratus setahun kemudian dan 39 peratus tahun lalu.

“Saya cuma berkata sekitar 41 peratus daripada mereka yang ditahan untuk disoal siasat oleh SPRM merupakan kakitangan, bukannya 41 peratus daripada keseluruhan kakitangan awam... bila dikatakan 41 peratus daripada 1.2 juta kakitangan awam, ramai sudah bimbang dengan laporan ini,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Omar mengakui beliau menerima banyak panggilan telefon daripada agensi-agensi awam dan ahli-ahlinya berhubung perkara tersebut sejak pagi tadi.

Sambil melahirkan rasa bangga kerana peratusan kakitangan awam yang disoal siasat SPRM yang terus menurun sepanjang tiga tahun lalu, Omar berkata, pihaknya yakin angka itu akan mencecah paras sifar menjelang tahun 2012.

“Dalam dua tahun, pada akhir 2012, kami yakin peratusan ini akan menurun ke paras sifar,” katanya.

Omar dipetik berkata jumlah tersebut adalah membimbangkan dan harus ditangani segera.

Laporan itu menambah bagi menangani masalah tersebut, Cuepacs akan bekerjasama dengan SPRM supaya mereka yang terbabit dengan aktiviti rasuah diambil tindakan dan diheret kemuka pengadilan.

“Kita mahu memerangi rasuah di kalangan penjawat awam dan juga membuat laporan kepada SPRM terhadap pihak yang cuba menyogokkan rasuah kepada penjawat awam.

“Cuepacs tidak akan berkrompomi atau bertolak ansur dengan melindungai mana-mana penjawat awam dengan gejala ini  yang boleh menjejaskan pembangunan negara,” katanya.

p/s aku pun mintak mahap la, kerana sumber dari bernama kan, rupa2 nya pekak BADAK ye.

0 comments:

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM