Grab the widget 

Monday, April 19, 2010

Minum Arak Dah Berenti-Kilang Arak Masih Tertegak PRK P94

Berhenti dari meminum dan ketagih arak erti nya telah meninggalkan perbuatan Dosa Besar Yang Di Laknat olih Allah.

Bagaimana KILANG ARAK yang lesen nya diluluskan olih KERAjaan BN masih tertegak megah, yang memungkin kepada bertambah nya penagih baru ?, dimana mereka menganggap KERAjaan BN telah menghalal perkara yang mutlak di HARAM di dalam Islam.

Ini kerana tidak kurang hebat dan ramai nya ULAMA UMNO BN berdiam diri tentang perkara KILANG ARAK ini, BERDIAM: bererti mengia, membenar dan tiada halangan untuk membina, mendapatkan cukai, membenar orang lain meminum produk HARAM itu, bekerja, bersubahat dan tiada peruntukan undang2 khusus untuk mengHARAMkan apa saja kegiatan yang berkaitan dengan ARAK.

Itu sebab ramai UMNO2 mengikut logik, KILANG KERAjaan UMNO BN dirikan, apa lagi meminum sudah tentu HALAL pada kacamata UMNO termasuk sekali ULAMAK2 nya, yang bekerja dan mengampu BN, tak kira lah dia MUFTA ke, Prof. dan sesiapa saja yang bersekongkol dengan KERAjaan BN pimpinan UMNO.

Bagaimana pulak yang mengaku Islam tapi ada saham dalm kilang Arak ? [lihat sini] dan [sini lagi] dan [disini jugak].

Berapa ramai orang telah rosak mengikut pandangan Islam, gara2 UMNO.

1 comments:

Anonymous said...

Kilang Arak di Shah Alam bukannya berada di negeri Selangor ke? Bukankah negeri Selangor sekarang diperintahkan oleh PKR dan dibantu oleh penasihat agama Islam iaitu PAS. Kenapa Kerajaan Negeri sekarang tidak membuat permohonan kepada Kerajaan Pusat supaya menarik balik lesen yang dikeluarkan oleh Kerajaan Pusat agar kilang arak itu ditutup. Ataupun Kerajaan Negeri boleh mengenakan sebarang tekanan kepada kilang itu supaya ditutup seperti menghalang pengedaran minuman arak di seluruh negeri dibawah pemerintahan PR. Tetapi yang peliknya terdapat juga insan 'mulia' bernama Ronnie Liu yang mengarahkan supaya arak boleh diedarkan ke seluruh kawasan di negeri Selangor termasuk di kawasan Melayu. Apabila dihalang oleh pihak MBSA, Ronnie Liu memarahi MBSA dan apabila Dr. Hassan Ali bersuara pihak kepimpinan PAS dan PR bersetuju untuk mengambil tindakan disiplin kepada Dr. Hassan Ali. Dimana pendirian PAS selama ini yang bersunguh-sungguh supaya arak diharamkan. Bak kata pepatah paku dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih.

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM