Grab the widget 

Sunday, April 18, 2010

SPR Perlu Ubah Sistem Pilihanraya M’sia

Banyak masa terbuang, wang ringgit membazir, semakin menjadi kurang ajar, RASUAH menjadi2 belah BN.

Cara berpilihanraya sekarang adalah terbodoh dan cara purba yang tak bertamaddun langsung.

Ya, cara sekarang seolah2 memilih orang, bukan memilih parti, bolih menjadi BEBAS dengan sesuka hati, mandat di permain2 kan, baik toksah adakan parti politik langsung, terus letak siapa2 saja yang berkuasa dengan wang ringgit yang banyak sebagai calon dan  lepas itu cari keburukan calon, bantai antara satu samalain supaya pengundi pilih siapa yang kuat membantai senang cite.

CADANGAN AKU BEGINI :

  • Pilihanraya pilih parti, bukan pilih orang, individu tidak layak bertanding.
  • Selepas mana2 parti menang mana2 kawasan yang di tandingi nya, parti hendak lah memilih sendiri WAKIL untuk berkhidmat di kawasan itu, dengan tidak terikat dengan tempoh masa, parti bolih lah menilai prestasi dan maklumbalas dari rakyat kawasan atas khidmat nya, bolih di tukar bila2 masa dalam tempoh 5 tahun.
  • Kalau Wakil tadi Mampos ke, hilang akal ke atau kena BELI ke kerusi tidak PERLU kosong KATAK pun bolih mampos gak, hanya tukar menatang tu jah, selagi tempoh p/raya 5 tahun masih ada, jadi tak timbul lah Pilihanraya Kecik.
  • Jadi tak timbul PRK, tak ada orang bercita nak mengumpul wang atau membina rangkain kroni untuk melobi supaya di calon kan sebagai calon p/raya.

Ini tidak, bodoh bangang pun bercita2 nak jadi Wakil rakyat, cara nya, mengumpul mengupah individu2 tertentu untuk melobi, yang tak tahan nya mengugut parti  tuu, aku rasa kalau ikut cara yang aku cadangkan ni bolih mendisiplin kan ahli2 parti, kerja pun ada stended sikit, tak payah mengampu.

0 comments:

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM