Lihat kepada pengamal undang2 negara membisu dan tidak membuka mulut, kerana masing2 takut terbias kepada mana2 golongan, atau mereka takut berkata benar, juga tidak yakin dengan pentafsiran sendiri serta takut periuk nasi tertutup, aku tidak tahu dan semakin tidak faham sejak akhir2 ini dengan undang2 ciptaan manusia ini, masing2 ada kepentingan diri atas undang2 yang dicipta dan tercipta.
Kalau begitu biar lah aku yang tidak ber authority ini membahas sendirian apa yang ada dalam pemikiran aku, sedikit benar pengamal undang2 yang berani, bolih di bilang dengan jari, ini merupakan kelemahan ketara undang2 manusia, kerana manusia lebih takut kepada manusia berbanding Pencipta manusia.
Aku rasa aku juga bolih mencipta undang2, biasa lah, kerana aku juga seperti manusia2 lain juga, tiada lebih dan kurang, aku ada otak juga, cuma aku tiada KUASA, itu jah.
Berbalik kepada tajuk n3, apa perlu sesuatu undang2 itu di pinda ?, erti nya sesuatu undang2 itu di pinda adalah untuk mengemaskini, perbaiki kelemahan2 nya, atau tidak sesuai dengan keadaan semasa, apabila parlimen menggezetkan undang2 yang di pinda itu, maka mana2 bahagian yang lama di pinda dalam undang2 itu sudah di kira tidak terpakai lagi, apa nak di ungkit2 lagi.
Setelah mengambil kira undang2 yang tersedia ada banyak kelemahan2 nya dan tak perlu dipinda lagi atau pun buat menyusah dan membuang masa, maka satu undang2 baru yang berkaitan dengan undang2 yang lama itu perlu di gubal dan diterima dalam parlimen, setelah itu adakah undang2 berkaitan yang lama tu masih releven ?, ini lah mutakhir ini membuat orang semua jadi gila.
Memang gila, kalau undang2 jadi cacamerba, eh ! undang2 al Qur’an kata mencuri kena potong tangan, undang tahun 59 kata mencuri 2 minggu penjara, olih kerana tahun 69 semakin ramai mencuri, dipinda nya undang2 59 itu jadi penjara pulak 6 bulan, 2010 lagi dahsyat mencuri, lalu di gubal undang2 baru, hukuman nya potang P****, ada kah undang 59 69 perlu di baca bersama atau gostan balik walau pun sudah ada undang2 baru 2010 ?, dah la undang Al Qur’an di tolak awal mentah awal2, undang2 rimba kata nya.
Apa itu kanun acara jenayah, kanun keseksaan, undang2 am m’sia, akta itu dan ini, ordinan lah, masih releven kah ?, pinda, pinda, gubal baru, gubal baru, najib ngan razak dah lain pentafsiran undang2 nya.
Ku Li dan rakan2 dulu ada yang masih bernafas sebagai saksi sekarang yang mengadakan undang2 berkaitan petroleum, bolih di katakan tidak betul………..
Ppergh ! tak berapa ramai dah orang percaya pada KERAjaan yang memerintah sekarang ini,
wallahualam.
0 comments:
Post a Comment