Sejarah keturunan Raja Jembal itu bermula daripada perkahwinan Raja Sakti dengan Puteri Mani Kemian, kedua duanya anak angkat Raja Bersiong. Setelah kemangkatan Raja Bersiong, Raja Sakti telah dilsytiharkan sebagai raja yang berdaulat di sekitar Kedai Lalat dan beberapa daerah lain di Kelantan. Hasil daripada perkahwinan Raja sakti dengan Puteri Mani itu lahirlah Raja Loyur, Raja Omar, Raja Bahar dan beberapa orang putera dan puteri lagi.
Keturunan Raja Jembal yang ada sekarang ini ialah cucu cicit kepada Raja Sakti dan Puteri Mani Kemian itu. Menurut Cikgu Tuan Mat, pemerintahan Raja Jembal di Kelantan berakhir setelah kemangkatan Raja Kecil Sulung (puteri Sultan Omar) pada tahun 1725. Setelah kemangkatan Raja Kecil Sulung satu rebutan kuasa telah berlaku antara puteranya iaitu Raja Abdul Rahman dengan adindanya, Raja Pah (adik Raja Kecil Sulung yg bernikah dgn Long Bahar Datuk Pengkalan Tua putera Raja Patani).
Akibat daripada perebutan kuasa itu, Raja Abdul Rahman tersingkir daripada takhta pemerintahan keturunan Raja Jembal ini dan suami kepada Raja Pah, Tuan Besar (atau lebih dikenali sebagai Long Bahar) mengambil alih pemerintahan daripada keturunan Raja Jembal. Perpecahan telah berlaku dalam kerabat keturunan Raja Jembal ini kerana Tuan Besar (Long Bahar) yang mengambil alih pemerintahan itu berasal dari Patani.
Sepatutnya Raja Abdul Rahman yang mewarisi takhta bagi meneruskan kuasa keturunan Raja Jembal ini kerana Tuan Besar atau Long Bahar itu bukan daripada keturunan Raja Jembal. Walaupun pemerintahan Raja Jembal telah berakhir, namun kesan sejarahnya masih wujud dengan adanya makam Raja Loyor, makam Raja Omar dan makam Raja Bahar yang telah dibaiki dan dibina semula oleh pihak Muzium Negara dalam tahun 1970an. Makam-makam ini terletak di sekitar Kedai Lalat.
p/s sekadar mengingati sejarah [sumber aku petik dari sini]
1 comments:
Aku marah bila ada org mempersendakan TGNA,tapi aku merasa amat kecewa bila Anwar sendiri memnaggil TGNA sbg "ULAMA TEROMPAH'! Ini suatu pengkhianatan rakan seperjuangan dlm PR.Aku menggesa semua ahli dan penyokong PAS agar mendesak dgn sekeras-kerasnya agar Anwar Ibrahim memohon maaf secara terbuka kpd TGNA diatas ketelanjurannya itu.Sesungguhnya menghina TGNA itu sama lah hukumnya spr menghina Islam!
PAS FOR ALL
Post a Comment