Grab the widget 

Thursday, March 18, 2010

Orang Asli Bukan Bumiputera Dalam Perlembagaan

Bila pula Orang Asli ini dimasukkan dalam golongan “Bumiputera”? Saya terus merujuk kepada Perkara 153 and 161 Perlembagaan Persukutuan. Tak ada pula Orang Asli diberi keistemewaan sebagai Bumiputera. Sepatutnya merekalah orang yang paling layak sekali kerana bukan sahaja sebagai Orang Asal dan anak putera bumi bertuah ini tetapi juga kerana mereka paling miskin. Orang Asli bukan dikategorikan sebagai Bumiputera, hanya “Malays and the Natives of Sabah and Sarawak” dianggap sebagai Bumiputera. Inilah nasib Orang Asal di negara ini. Menteri sendiri tidak mengetahui status mereka, masakan mereka akan mendapat pertolongan dan pembelaan yang patut dan sewajarnya. Hanya “pendatang” yang terpilih oleh UMNO sahaja mendapat keistemewaan. [lihat sini].

Malah kenyataan Menteri Undang-Undang Nazri Aziz di Parlimen semalam (17 Mac 2010) menunjukkan kerajaan BN tidak tahu sangat atau tidak mengambil berat perihal nasib mereka. Bila ditanya oleh Billy Abit Joo (BN-Hulu Rajang) sama ada pengiktirafan status Bumiputera perlu diperjelaskan dan kriteria Bumiputera diseragamkan, Nazri terus menjawab “tidak perlu”. Kata menteri itu, status Bumiputera telah pun diseleraskan dan digolongkan dalam 3 kategori seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaaan Persekutuan. Tiga kategori itu ialah Melayu, anak-anak negeri Sabah dan Sarawak serta Orang Asli.

p/s: kelentong lah nazri woi !, janji puak2 ko bolih lantak hasil dari orang lain dah le, dah 50 tahun lebih dah berkuasa UMNO RASUAH dan UbnRM nih, terlupa pulak kebjikan ORANG ASAL Negara ini, korang tu setengah nya ada yang pendatang dari GOWA Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng, dari china pun ada, dari India, srivijaya, palembang, minangkabau, siam, funan, kemboja, farsi, arab, pattani, sulawesi, jawa, portugis, aceh, indera kayangan, bangladesh, pakistan, myanmar, banjarmasin  last last BUNTUT HITAM pun mengaku  MELAYU.

0 comments:

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM