Grab the widget 

Friday, March 12, 2010

Royalti: Menyanggah 3 batu nautika Tafsiran Lawyer Umno

Aku pohon maaf, artikel ni aku cilok untuk renungan semua:

Ada dua perkara yang saya kira boleh mengikat kerajaan persekutuan untuk menunaikan tuntutan kerajaan negeri Kelantan terhadap wang royalty minyak ini:

• Pertama, perjanjian yang dibuat antara kerajaan negeri dengan Petronas,
• Kedua, Akta Kemajuan Petroleum 1974 (Petroleum Development Act 1974).

Kedua-dua perjanjian kerajaan negeri/Petronas dan Akta Kemajuan Petroleum 1974 ini tidak langsung menyebut tentang syarat tiga batu nautika ini. Perkara-perkara yang tidak disebut dalam undang-undang sebenarnya perkara yang tidak perlu terikat kecuali perkara yang melibatkan undang-undang tort atau undang-undang yang membabitkan tanggungjawab keselamatan awam.

Kebanyakan rakyat tidak sedar tentang hak negeri mereka dari segi Perlembagaan. Mereka tidak tahu bahawa perkara-perkara yang berkaitan dengan tanah, air, mineral, balak dan apa sahaja yang dikeluarkan ataupun dijumpai dalam negeri mereka ataupun zon ekonominya adalah hak milik negeri mereka. Ini bermakna bahan mineral termasuk Petroleum adalah juga hak milik negeri mereka. Kerajaan Persekutuan hanya memaklumkan bahawa wang ehsan yang diberi itu adalah atas budi bicara kerajaan Persekutuan bukannya kerana negeri-negeri ini berhak mendapat wang itu. Perkara pokok yang perlu kita tahu sama ada kerajaan negeri ini layak atau tidak untuk mendapat wang royalty berpandukan kepada dua dokumen penting yang disebutkan diatas tadi.

Untuk makluman semua, Akta Kemajuan Petroleum 1974 ini diperkenalkan bertujuan untuk mengambil alih fungsi dua Akta terdahulu iaitu Akta Pelantaran Benua 1963 (Continental Sheft Act 1963), Akta Perlombongan Petroleum 1963 (Petroleum Mining Act 1963). Kedua-dua Akta ini memerlukan syarikat yang hendak mencari minyak mendapat lesen daripada kerajaan negeri. Akta Pelantaran Benua juga menggariskan tentang pembahagian hak milik Petroleum yang ditemui dilaut antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan dimana syarat tiga batu nautika itu ada disebutkan disini. Manakala Akta Perlombongan Petroleum ini pula menuntukan pengurusan hak petroleum oleh kerajaan negeri untuk minyak yang ditemui didarat saja. Namun setelah Akta Kemajuan Petroleum berkuatkuasa hanya kerajaan Persekutuan saja yang boleh mengeluarkan lesen sama ada dilaut atau didarat, lesen itu pula terhad untuk Petronas saja kecuali syarikat-syarikat yang sudah membuat perjanjian sebelum Akta ini dibuat.

Akta Kemajuan Petroleum 1974 ini dibuat disebabkan ada bantahan dari kerajaan negeri Sarawak dulu atas isu royalty minyak yang terdapat di kawasan Miri, kerajaan negeri Sarawak dikatakan tidak bersetuju dengan pembahagian royalty minyak disitu. Untuk menyelesaikan pertikaian ini, semua pihak yang terlibat akhirnya bersetuju untuk mengubal satu undang-undang baru yang dinamakan Akta Kemajuan Petroleum 1974. Setelah Akta Kemajuan Petroleum ini berkuatkuasa kedua-dua Akta Pelantaran Benua 1963 dan Akta Perlombongan Petroleum 1963 sudah tidak lagi digunapakai walaupun masih belum dimansuhkan.

Akta Kemajuan Petroleum ini tidak perlu lagi menyebut tentang tiga batu nautika ini kerana hak kerajaan negeri terhadap minyak sama ada didarat maupun dilautan dianggap sudah terserah 100% kepada Petronas, oleh itu segala lesen-lesen yang dikeluarkan dibawah Akta Perlombongan Petroleum 1963 dulu dianggap terbatal dengan sendiri enam bulan selepas Akta Kemajuan Petroleum berkuat kuasa.

Ini bermakna segala usaha mencari dan memajukan petroleum di Malaysia ini hanya tertakhluk sepenuhnya dibawah Akta Kemajuan Petroleum 1974. Walau pun dalam Perlembagaan negara dan perjanjian penyertaan Persekutuan Malaysia dulu sudah ada pembahagian kuasa antara kerajaan negeri dengan kerajaan Persekutuan, namun akhirnya semua kerajaan-kerajaan negeri bersetuju menyerahkan hak mereka itu atau kuasa perlombongan termasuk hak ke atas pengeluaran petroleum kepada Kerajaan Persekutuan melalui wakilnya (Petronas) dan persetujuan ini pula perlu diberi layanan yang sama dibawah Akta ini.

Dengan persetujuan itu juga semua kerajaan negeri akan diberi ‘pembayaran tunai' dua kali setahun iaitu pada Mac dan September mengikut pengeluaran kasar bagi tiap-tiap satu tahun jika terdapat minyak dimana-mana dalam wilayah mereka sama ada di daratan mau pun di lautan. Atas persetujuan itulah maka negeri-negeri telah menyokong pembentukan Akta Kemajuan Petroleum 1974 ini dan kemudiannya semua negeri-negeri menandatangani satu lagi perjanjian dengan Petronas.

Oleh yang demikian, semua kerajaan-kerajaan negeri tidak lagi mempunyai hak keatas sumber minyak yang ditemui dimana-mana saja dalam wilayah mereka kerana hak itu sudah pun diserahkan kepada Petronas mengikut Akta baru dan perjanjian itu. Sebagai timbal balas diatas penyerahan hak Kerajaan Negeri ini, Kerajaan Negeri berhak mendapat 5% dari hasil minyak yang ditemui itu. Jadi, apa perlunya lagi Akta Kemajuan Petroleum 1974 ini menyebut tentang syarat had tiga batu nautika bila Kerajaan Negeri sudah pun bersetuju menyerahkan kesemuanya hak (minyak) mereka 100% kepada Petronas sama ada dilaut mau pun didarat sedangkan minyak dilaut itu sememangnya berada di luar garis tiga batu nautika?

Isu tiga batu nautika ini dianggap tidak timbul lagi dibawah Akta Kemajuan Petroleum 1974 yang sekaligus telah menghapuskan lesen-lesen yang dikeluarkan di bawah Akta Perlombongan Petroleum 1963 dan Akta Pelantaran Benua 1963 dulu. Begitu juga dengan seksyen 13 (1) Akta Darurat Kuasa-kuasa Perlu 1979 telah pun memansuhkan penggunaaan pemakaian ordinan darurat kuasa-kuasa perlu 1969. Oleh itu ketiga-tiga undang-undang iaitu Akta Perlombongan Petroleum 1963, Akta Pelantaran Benua 1963 dan Seksyen 13 (1) Akta Darurat Kuasa-kuasa Perlu 1979 dianggap tidak lagi berfungsi setelah Akta Kemajuan Petroleum 1974 ini dikuatkuasakan.

Di sini ternyata jika Petronas tidak mahu bayar wang tunai secara langsung kepada Kerajaan Negeri yang berkenaan, Petronas boleh dianggap telah melakukan pecah perjanjian terhadap Kerajaan Negeri berkenaan kerana tidak membayar royalti atau bayaran tunai seperti mana yang termaktub dalam perjanjian dengan Kerajaan Negeri tersebut. Kerajaan Persekutuan pula telah menyalahgunakan kuasa dengan mengarahkan bayaran royalti atau bayaran tunai tidak kepada Kerajaan Negeri dan juga telah melakukan pecah amanah kerana telah membelanjakan wang tersebut secara tidak telus seperti mana yang berlaku di Terangganu dibawah pemerintah Dolah dulu.

Bayaran Tunai (Cash Payment) di bawah Akta Petroleum 1974 adalah bayaran yang 'wajib' dibuat oleh Petronas walau atas nama apa sekali pun yang diberi sama ada bernama Royalti, Wang Ihsan atau Dana Khas. Wang tersebut tetap kepunyaan Kerajaan Negeri kerana ia wajib dibayar di bawah Akta Petroleum 1974. Manakala 'Wang Ihsan' pula adalah suatu pemberian yang tidak wajib di mana tiada pihak yang boleh dipertanggungjawabkan, sedangkan Wang Tunai (Royalti) adalah bayaran yang diwajibkan mengikut Akta dan Undang-undang.

Dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Akta Interpretasi, Akta Prosedur Kewangan dan juga Akta Kemajuan Petroleum, istilah negeri adalah merujuk pada kerajaan negeri dan bukan agensi yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan yang beroperasi di negeri. Oleh itu, pembayaran kepada negeri bermaksud kepada kerajaan negeri bukannya melalui JKKK seperti mana yang dicadangkan oleh kerajaan Persekutuan sekarang.

bro nordin.

0 comments:

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM