Petronas terseret sama telah melakukan pecah amanah perjanjian terhadap Kerajaan Negeri Kelantan kerana tidak membayar Royalti atau Bayaran Tunai seperti mana yang termaktub di dalam perjanjian dengan Kerajaan Negeri Kelantan.
Kerajaan Persekutuan (TENGAH) pula telah menyalah gunakan kuasa dengan mengarahkan bayaran Royalti, Wang Ehsan, Dana Khas, Bayaran Tunai tidak kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan juga telah melakukan pecah amanah kerana telah membelanjakan wang tersebut secara tidak telus dan tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada rakyat Kelantan yang djjanjikan terbela dan terjamin.
Kesimpulan Bayaran Tunai (Cash Payment) di bawah Akta Petroleum 1974 adalah bayaran yang wajib di buat oleh Petronas walau atas ñama apa sekali pun yang diberi samada bernama Royalti, Wang Ehsan, Dana Khas. wang tersebut tetap kepunyaan Kerajaan Negeri Kelantan kerana ia wajib dibayar di bawah Akta Petroleum 1974. sebalik nya Wang Ehsan adalah suatu pemberian yang tidak wajib di mana tiada pihak yang boleh dipertanggungjawabkan manakala Royalti adalah bayaran yang diwajibkan mengikut Akta dan Undang-undang.
Pihak2 berkenaan patut mengambil tindakan atas penyalahgunaan WANG RAKYAT INI, kerana tidak pernah ada laporan Audit tentang bagaimana Wang ini di uruskan.
p/s: weih !, Keghajo’e negeghi, kalu bulih royalti, wi kamsin kak ambo etek deh !, letih ambo promosi, Kah ! kah ! kah !, ambo ni abok pung takdok……….
0 comments:
Post a Comment