Sebagai sebuah entiti perniagaan terkenal didunia, adalah amat penting bagi Petronas mengekalkan nama baik mereka sebagai sebuah organisasi perniagaan yang boleh dipercayai. Nama baik Petronas itu sudah tentu juga adalah nama baik buat kerajaan persekutuan.
Bagaimana Petronas dapat mengekalkan nama baik mereka jika perjanjian yang dibuat dalam negeri sendiri pun begitu mudah diselewengkan kerana yang menjadi ‘bos’ mereka itu adalah kerajaan persekutuan. Jika inilah persepsi yang kerajaan Malaysia inginkan sekarang bagaimana Malaysia boleh dihormati dimata dunia sebagai sebuah negara yang berpengang kepada janji jika perjanjian dalam negara sendiri pun tidak dipatuhi. Tidak hairanlah jika ada rakyat Indonesia memanggil Malaysia sebagai negara ‘maling’ atau pencuri kerana mereka bimbang Malaysia akan mencuri minyak mereka di Ambalat pula.
Semua orang tahu ketika kerajaan negeri Terengganu diperintah dibawah Barisan Nasional dulu dibawah pimpinan Wan Mohktar, Terangganu menikmati wang royalti minyak dengan mewahnya sejak tahun 1978 sebagaimana yang diperuntukkan oleh Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan perjanjian di bawah akta itu. Wang royalti minyak ini berjaya membangunkan negeri tersebut, tetapi bila BN kalah disana pada tahun 2000, aleh-aleh kerajaan Terangganu dikatakan tidak lagi layak menerima wang royalti ini pulak, cuma layak menerima wang ehsan saja. Lalu wang itu pun disalurkan kepada UMNO melalui wakilnya Idris Jusuh untuk diagih-agihkan kepada rakyat Terangganu melalui JKKK.
Bila Barisan Nasional berjaya menawan semula negeri ini pada tahun 2004, wang ehsan ini tidak boleh lagi dipanggil sebagai wang royalti kerana bimbang akan dituduh sebagai bercakap bohong pula kerana ketika Terangganu dibawah PAS dulu wang ini sudah pun ditukar namanya menjadi sebagai wang ehsan.
Akhirnya Idris Jusuh tidak berkuasa lagi menuntut hak kerajaan negeri Terangganu sepenuhnya kerana beliau hanya terpaksa mengharapkan ehsan daripada kerajaan persekutuan untuk memberi wang itu mengikut budi bicara kerajaan persekutuan.
Wang royalti untuk Negeri Terengganu ini sebenarnya tidak boleh dianggap sebagai wang ehsan daripada Kerajaan Persekutuan kerana kerajaan Persekutuan sudah pun mendapat bahagian mereka sebanyak 5% daripada 10% royalty yang diberikan oleh Petronas kepada kepada kedua-dua kerajaan ini. Ini adalah kerana sekiranya ia adalah hasil Kerajaan Persekutuan, ia mestilah dibayar masuk ke dalam 'Federal Consolidated Fund', yang mana perbelanjaan dan pengeluaran hendaklah melalui bajet dan Akta Bekalan (Supply Act). Tetapi oleh kerana wang ini sudah dipanggil sebagai wang ehsan, wang ini tidak dianggap sebagai hasil kerajaan negeri Terangganu lagi kerana ianya dibayar masuk ke dalam satu dana yang dinamakan 'Dana Khas' yang diurus secara langsung oleh Kerajaan Persekutuan.
Oleh kerana itu kerajaan Terangganu tidak tahu berapa sebenarnya jumlah wang yang sudah dimasukkan kedalam 'Dana Khas' ini. Sebab itu Idris Jusuh sendiri pun tak tahu berapa jumlah sebenarnya Terangganu patut dapat. berdasarkan statistik, dari 2004 hingga 2008 sebanyak RM7.4 bilion hasil minyak disumbangkan kepada Terengganu tetapi Idris Jusoh sendiri pun tidak dapat menjelaskan mana perginya baki RM2.2 bilion wang royalti minyak kerana yang beliau terima cuma RM5.3 bellion saja. Sebab itulah Sultan Terangganu tidak dapat menerima Idris Jusuh sebagai MBnya lagi kerana sebagai pegawai kerajaan negeri Terangganu Idris Jusuh gagal menjaga kepentingan kerajaan negeri Terangganu kerana Idris hanya mampu mengharapkan ehsan daripada kerajaan Persekutuan saja.
Wang Terangganu yang hilang itu tidak tahu kemana perginya hingga kehari ini kerana Jabatan Audit Negara pun tidak pernah mengumumkan bagaimana duit itu digunakan oleh pentadbiran Dolah, jadi tidak hairanlah Tun Dr Mahathir sendiri pun mempersoalkan kemana perginya duit Petronas yang hilang itu. Yang kita tahu Dolah cuma menghadiahkan Terangganu sebuah perkampungan Islam hadari yang berharga berratus juta ringgit yang diusahakan oleh kenalan rapat beliau si Patrik Lim itu. Kemewahan Patrik Lim dikatakan jadi begitu mewah hingga boleh menghadiahkan sebuah rumah kepada Dolah di Australia.
Wang royalti ini sebenarnya bukanlah hak mana-mana parti yang memerintah sama ada parti PAS atau parti UMNO. Jika mana-mana parti ini menjadi pemerintah negeri berkenaan ketika wang ini layak diperolehi maka wang itu dianggap wang kerajaan negeri tersebut dan terpulanglah kepada negeri itu menggunakan wang tersebut untuk membangunkan negeri mereka. Jadi, tidak kiralah siapa yang memerintah negeri-negeri ini, rakyat dinegeri ini tidak harus bersedia ditipu oleh kerajaan persekutuaan semata-mata kerana kerajaan persekutuan itu diperintah oleh parti yang mereka sokong. Mereka perlu bersedia secara prinsip dan kolektif menuntut wang itu dikembalikan kerana wang itu adalah hak negeri mereka.
p/s: artikel ni pun aku cilok untuk tatapan umum, dari Bro Nordin.
0 comments:
Post a Comment