Grab the widget 

Friday, March 19, 2010

Nih ! Baru Tugas Polis

Nih ! apa yang rakyat harapkan dari polis, ini baru betul2 tugas, aku harap polis akan memburu suaspek secepat mungkin, sepertimana cepat polis bertindak kepada kes2 yang berkaitan dengan PR.

Nih ! bawah nih ! perlu tangani segera: [sumber nya disini]

Malang nasib seorang ibu tunggal beranak tiga apabila dirogol sebanyak dua kali dalam dua kejadian berasingan di sekitar Gombak, awal pagi, Selasa lalu.

Dalam kejadian antara jam 1 hingga 5 pagi itu, mangsa yang berseorangan dipercayai hendak pulang ke rumahnya sebelum mengambil teksi di hadapan Stesen Komuter Sungai Buloh.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, mangsa bagaimanapun mendakwa dirogol oleh pemandu teksi dalam kenderaan yang dinaikinya.

“Selepas dirogol, suspek bertindak meninggalkan mangsa berusia 27 tahun itu di tepi jalan sebelum melarikan diri bersama telefon bimbit mangsa.

“Mangsa yang kebingungan bagaimanapun cuba mendapatkan pertolongan dengan menahan kenderaan yang lalu lalang di kawasan berkenaan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Menurutnya, terdapat sebuah lori berhenti dan bersetuju untuk membantu mangsa dengan menumpangkannya pulang ke rumah.

“Gara-gara terdesak untuk segera pulang ke rumah, mangsa langsung tidak curiga dengan pemandu lori terbabit dan terus menaiki kenderaan tersebut. Pemandu lori itu dikatakan membawa mangsa ke satu kawasan yang tidak diketahui sebelum merogolnya,” katanya.

Abdul Rahim berkata, selepas merogol mangsa, suspek itu turut meninggalkannya di tepi jalan di sekitar Gombak sebelum orang ramai menemui mangsa dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri.

Beliau berkata, dengan bantuan orang ramai, mangsa terbabit dibawa ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan lanjut dan kini dilaporkan stabil.

Katanya, mangsa sudah membuat laporan polis berhubung kejadian kelmarin dan sedang menunggu laporan perubatan mangsa yang dilaporkan masih trauma dengan kejadian yang menimpanya.

Menurutnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan rogol dan usaha memburu kedua-dua suspek berkenaan sedang giat dilancarkan.

1 comments:

I help you, you help me wakakaka... said...

betul nih baru tugas polis.

Bukan nak pertikai kerja dia cuma nak ingatkan aje.

Dua kali kena rogol oleh orang yang berbeza...lain macam kes nih.

keta polis evo tu buat apa...kasi ronda la satu malaysia..suspension dah sedap.

bukan apa wa masa tengah sedap sumbat roti canai dalam mulut terbaca kes ni...nak sebak beb...sian pada anak-anak... dah la ibu tunggal. Bakal terbiarlah anak sebab ibu menahan trauma.

Apalagi Sharizat kasi menyalak la sebab kaum perempuan diperlakukan macam ni tak pun...lupa lak lu bukan MP lagi...suruh zahrain menyalak dalam parlimen kes ni lagi afdal dari balun DSAI.

Betul tak yang empunya blogggg....

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM