Grab the widget 

Thursday, March 18, 2010

Kerajaan Perlu Siasat Dakwaan Ramli Yusuff Sebelum ini

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCID), Datuk Pahlawan Ramli Yusuff telah di bebaskan olih mahkamah atas beberapa dakwaan, jadi persoalan kini timbul apa yang telah di dakwa nya sebelum, dakwaan nya sebelum ini amat serius yang melibatkan intergriti jabatan2 penguatkuasaan undang2, nampak ada sesuatu yang tidak betul, membuatkan seluruh rakyat dalam serba salah untuk memperpercayai system2 KERAjaan yang di ketuai UMNO.

PAS menuntut kerajaan meneliti dan membentuk suruhanjaya diraja untuk menyediakan satu laporan penuh berhubung pendedahan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCID), Datuk Pahlawan Ramli Yusuff semalam untuk dibentangkan di Parlimen.

Pengerusi Perpaduan Nasional PAS Pusat, Mujahid Yusof Rawa berkata, sidang akhbar oleh Ramli semalam mengundang pelbagai persoalan tentang kredibiliti dan proses penyiasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR), polis serta peranan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KDN) sebagai kementerian yang bertanggungjawab.

"Dalam kenyataan akhbar yang dibuat, pengarah yang berpangkat pesuruhjaya polis itu menimbulkan persoalan mengenai kredibiliti BPR, kredibiliti perisikan polis sendiri dan timbalan menteri yang bertanggungjawab serta pihak Peguam Negara, dalam mengendalikan dakwaan ke atas Goh Cheng Poh@Tengku yang terlibat dalam kegiatan jenayah di Johor," katanya.

Malah, katanya, suspek yang dikatakan terlibat dalam kejadian tembak menembak yang mengorbankan rakannya, telah diletakkan di bawah tahanan dan dibuang daerah sebanyak dua kali sebelum ini.

"Apa yang menjadi persoalan dalam kenyataan akhbar tersebut ialah seluruh pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCID) turut hadir, seolah-olah mewakili sikap yang diambil oleh jabatan tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beberapa petunjuk

Menurut Mujahid, apa yang membimbangkan orang ramai ialah beberapa petunjuk yang bakal mengundang krisis kepercayaan yang sekarang sudahpun membengkak di kalangan rakyat:

Sidang itu bertujuan untuk membersihkan nama pengarah CCID itu daripada dakwaan dan siasatan yang sedang dilakukan ke atasnya yang dikatakan memiliki harta yang tidak diisytiharkan sebanyak RM 27 juta. Bagaimana suatu siasatan yang besar ini telah di bawa ke pengetahuan umum, sedangkan keputusan belum dibuat lagi dan akan mengganggu siasatan yang sedang dibuat?

Dakwaan Ramli terhadap BPR, timbalan menteri dan bahagian siasatan jenayah, membayangkan ada "semacam satu konflik kepentingan dalam mengendalikan kes Goh Cheng Pong@Tengku dengan dakwaan ada semacam campurtangan untuk memelihara kepentingan pihak tertentu".

Dakwaan CCID bahawa orangnya telah disiasat oleh BPR kerana kes rasuahnya, dengan cara yang meragukan, datang semasa proses penangkapan Goh Cheng Poh selesai untuk didakwa. Bahkan beliau mendakwa affidavit yang akan dikemukakan kepada mahkamah dalam tuntutan Goh untuk dibebaskan dari dibuang Daerah, turut terjejas dengan dakwaan BPR ke atasnya yang dikatakan menyalahgunakan kuasanya.

Dakwaan Ramli bahawa bahagian siasatan jenayah dan BPR telah membuktikan ‘kebersihan’ Goh Cheng Poh, tidak mengambil kira siasatan yang telah dikemukakan oleh pihaknya sehingga usaha dibuatnya atas arahan Timbalan Menteri sendiri, dianggap sia-sia.

"Semua petunjuk kepada kenyataan akhbar yang dibuat oleh Pengarah CCID itu semalam menjadikan rakyat dari semua kaum di negara ini merasa sudah tidak selamat lagi, kerana seolah-olah pihak yang disebut-sebut, bermain tarik tali sesama mereka dalam mengendalikan kes jenayah berprofil tinggi.

Pemberi maklumat

"Untuk siapa semua ini? Adakah pihak tertentu yang menjamin keselamatan awam telah hilang maruahnya sehingga sanggup menjadi hamba kepada golongan penjenayah dan perasuah? Pemberi maklumat juga tidak selamat walaupun dari pihak polis sendiri.

"Kalau pihak polis yang memberi maklumat merasa tidak selamat, apatah lagi rakyat biasa?" tambahnya.

Mujahid juga bertanya apakah ada ugut-mengugut antara pihak yang disebut-sebut dan apakah dakwaan RM27 juta ke atas Pengarah CCID itu semata-mata kerana usahanya menangkap penjenayah yang paling dikehendaki?

"Bagaimana jumlah RM 27 juta didakwa itu tiba-tiba dirosakkan siasatannya dengan kenyataan akhbar yang tertuduh? Apa pula kaitan dengan Ketua Polis Negara (KPN)? timbalan menteri dalam degeri?" soalnya lagi.

"Mengapa peguam persendirian bernama Rosli Dahlan ditangkap pada Hari Raya baru-baru ini atas dakwaan rasuah oleh BPR, sedangkan peguam persendirian tersebut menyediakan affidavit untuk CCID kerana Datuk Ramli mendakwa, Penasihat Undang-Undang KDN tidak membantunya untuk menyediakan affidavit untuk mendakwa Goh Cheng Poh?" soalnya.

Oleh itu, Mujahid berkata beliau selaku pengerusi Pengerusi Perpaduan Nasional mewakili PAS, menuntut Kerajaan meneliti dan membentuk suruhanjaya diraja untuk membuat satu laporan penuh dan dibentangkan dalam Parlimen dan untuk pengetahuan rakyat.

Langkah itu, katanya, adalah untuk mengembalikan keyakinan awam terhadap Polis , BPR, KDN kerana ia mengancam keselamatan awam dan "ia membayangkan seolah-oleh institusi tersebut dan KDN betul-betul lemah dan mudah menjadi umpan golongan pengkhianat negara dari penjenayah dan perasuah". [sumber]

0 comments:

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM