Grab the widget 

Monday, March 01, 2010

AP Akan Ramai ADUN Guna Kereta Mewah Import Dari Sumber RASUAH

Aku bukan nak mengata dan menuduh, tapi kalau ikutkan yang lepas2 itu lah yang akan terjadi.

Memang semua orang tahu elaun wakil rakyat biasa tak seberapa, berbeza dengan exco2 dan pengurusi itu dan ini, nama lagi wakil rakyat berkhidmat untuk rakyat, itu lah ucapan yang PENUH mulut selalu di ucapkan olih bakal atau wakil rakyat.

Tapi dalam pada tu pun ada juga wakil2 rakyat PENGKHIANAT, ada yang jual LOT2 perumahan dan kediaman, pelobi2 kawasan BALAK, ladang2, getah klon dan ada berselindung di sebalik ladang2 rakyat kunun, tapi yang dapat sesetengah nya pegawai2 kerajaan dan sebagai nya.

Di Kelantan ni sesetengah wakil rakyat suka menolong orang2 KAYA jah, kenapa ha ?, orang miskin yang tak berduit hanya jadi sebagai PENONTON jah, ramai orang2 kaya dapat khidmat dari YB dan wakil rakyat, wah ! untung nya jadi orang kaya, bolih beli wakil rakyat lagi………….

Rakyat yang miskin senang wakil rakyat dan penjawat2 parti perbodohkan dengan memberi zink, anak ayam anak itik, LEMBU, kayu 10-15 batang, tandas, wang ladang rakyat ?, argh !, nanti kan SYURGA di Akhirat nanti, nak dapatkan wang zakat untuk pelajar pun susah dan bla….. bla….. bla…..

YB2 lepas ni bila dah kumpul duit RASUAH  banyak2 bolih lah beli KENDERAAN mewah import guna AP ye, Aku pun tahu sesetengah wakil rakyat dulu sebelum jadi YB ada yang SENGKEK pun, selalu mintak ihsan dari kawan2, setelah berjawatan dalam parti nampak sikit BULU REBAH, bila dah jadi YB lagi lah DONGAK kepala, buka dada dan bercakap suara TINGGI.

Bantai lah YB, sementara  ada peluang nih, peduli apa pada rakyat marhaen dan apa orang nak kata….

Semua ADUN kini masing-masing boleh memohon untuk mendapatkan satu permit AP untuk mengimport kereta ke negara ini.

Dengan itu, mereka kini menyertai ahli parlimen serta peniaga dan pengimport kereta, diplomat dan individu lain yang menikmati kemudahan tersebut untuk memohon AP daripada kementerian perdagangan antarabangsa dan industri (Miti).

0 comments:

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM