Grab the widget 

Thursday, February 11, 2010

Raja Bersiong Santap Darah Rakyat

Maka tersebut lah CONTOH kisah seorang raja yang zalim dari negeri Kedah yang berpusat di Lembah Bujang dahulukala, nama nya juga pelik raja Ong Maha Perita Deria, maka bacalah kisah ini wahai seluruh pelusuk alam sebagai tauladan, berdoa lah wahai manusia kepada Ilahi supaya kisah2 ini tidak akan terjadi di jaman ini dan seterus nya, letak lah Al Qur’an di tempat sepatut nya sebagai sumber rujukan sekiranya kamu Islam dan beriman kepada Allah Subhanahuwata’ala, buat lah apa2 undang2 pun tapi jangan bercanggah dengan Qur’an.

Dia ialah seorang raja yang zalim dan ditakuti rakyat. Sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang negeri yang di ciptakan, akan ditangkap dan dipenjarakan atau dibunuh oleh pengawal atau panglima Raja Bersiong.

Tumbuh siong

Baginda amat gemar memakan masakan kari bayam. Pada suatu hari Baginda telah pergi berburu. Tukang masak Baginda seperti biasa telah ditugaskan untuk memasak kari bayam. Tukang masak ini suka berangan-angan, tanpa disedari beliau telah terpotong jarinya sendiri. Darah dari jarinya telah termasuk kedalam periuk kari bayam yang akan dihidangkan kepada Raja Bersiong. Tukang masak ini telah menyembunyikan hal ini dari pengetahuan orang lain kerana tiada masa untuk menggantikan masakan ini dengan masakan yang lain. Apabila pulang dari pemburuan, Raja Bersiong terasa amat lapar dan terus sahaja bersantapkan nasi berlaukkan kari bayam bercampur darah tadi. Baginda terasa kelainan pada masakan kari bayam kali ini. Masakannya terasa amat enak. Baginda telah bertanya kepada tukang masak tentang hal ini. Tukang masak telah mengaku akan kesalahannya membiarkan Baginda santap masakan yang telah bercampur dengan darah manusia. Baginda kemudian telah menitahkan pengawal memancung dan membunuh musuh-musuh baginda yang dipenjarakan. Seorang banduan akan dihukum pancung dan darahnya akan dikumpulkan dalam satu bekas dan dimasukkan kedalam masakan kari bayam untuk santapan Raja Bersiong.

Sejak hari itu, Raja Bersiong tidak boleh hidup tanpa menyantap darah manusia setiap hari. Habis banduan di dalam penjara yang dipancung dan diambil darahnya. Sesudah penjara Baginda kosong, Raja Bersiong menitahkan para pengawal untuk mencolek kanak-kanak yang tidak bersalah. Kanak-kanak ini dibunuh dan darah mereka diambil untuk disantap oleh Raja Bersiong. Penduduk negeri berasa sangat marah akan baginda, tetapi mereka takut untuk berbuat apa-apa. Pada suatu malam, dua batang taring atau siong telah tumbuh didalam mulut Raja Bersiong kerana kegemaran Baginda menyantap darah. Raja Bersiong berasa sangat bangga. Baginda mahu musuh-musuh takut kepada Baginda dan rakyat jelata berasa hormat kepada Baginda. Sementara itu, Baginda terus menangkap kanak-kanak dan rakyat yang tidak bersalah untuk dibunuh dan diambil darah mereka.

Pemberontakan demonstrasi

Sekumpulan nelayan telah memberontak dan menyerang istana Raja Bersiong, tetapi mereka telah dikalahkan oleh tentera Raja Bersiong. Salah seorang nelayan yang terkorban ini adalah adik kepada salah seorang menteri Raja Bersiong. Menteri ini terkenal dikalangan orang istana dan rakyat. Menteri ini berasa amat dukacita akan kematian adiknya. Beliau kemudiannya telah menunggu Raja Bersiong pergi ke hutan untuk berburu bersama seratus orang pengawalnya. Menteri ini telah mengumpulkan bala tentera yang berjumlah beribu-ribu orang untuk memberontak dan mengusir keluar Raja Bersiong. Apabila Raja Bersiong pulang dari berburu, beliau terkejut melihat ramai tentera yang telah mengepungnya diketuai oleh Menteri. Baginda mengarahkan pengawal-pengawal untuk bertarung dengan tentera pemberontak yang diketuai oleh Menteri, tetapi pengawal-pengawal telah belot dan menyertai tentera menteri. Baginda menjadi takut kerana tinggal berseorangan lalu telah melarikan diri kedalam hutan. Baginda telah mangkat didalam hutan tersebut.

baca kisah ini di sumber yang ori

0 comments:

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM