Grab the widget 

Thursday, January 28, 2010

Hang Tuah Moden Akan Membunuh Jebat Jugak Kah ?

Negeri di bukit Siguntang Mahameru, Merah silu sedang memerhati kan cucucicit nya sedang bersandiwara, adakah melayu akan hilang bersama Hang Tuah sekali lagi, maka Tun Sri Lanang akan mengubah juga susur galur Melayu dalam salasilah Melayu, barang siapa kepingin menjadi melayu, musti adalah perak atau emas barang 1 atau dua apa yang dinamakan RM, maka pencatat pun bulih lah war2 kan akan bangsa dari benua keling itu pun Melayu lah.

Takkala itu telah di ketahui olih benua Siam yang menerima ufti itu pun Murka lah olih raja nya, sebab musabab sudah lama jua berletak tangan atas batu jembala nya akan dia suatu hari menjadi Melayu, akan oilh berduyun rakyat semsta alam menjadi Melayu, maka seorang bendahara mencadangkan akan di ikat saksi menjadi satu jumaah united malay+2 nation organisation.

Hatta sampai ke jaman ini susah nak beza kan mana yang melayu betul2 tulin, kerna rupa paras sudah bercampur aduk, melayu+cina=melayu, melayu+india=melayu, india+india+melayu, melayu+feringgi+melayu, melayu+bangla+melayu, melayu+turki=melayu, melayu+arab=melayu, melayu+batek=melayu, melayu+apa2 pun melayu.

Bayar yuran jah seringgit dua sudah sah jadi Melayu.

1 comments:

mountdweller said...

Tok Gawa

Parpukari dah nak menangis tu! Jangan cakap begitu..

Komen Terkini

lain lain artikel