Grab the widget 

Thursday, October 15, 2009

Kelantan Belum Iktiraf Peranan Media Baru

Samaada peranan media baru kolot atau pimpinan Pas kelantan yang kolot, tak dapat di pastikan.

Nampaknya musuh politik Pas lebih sedar bahawa platform siber digunakan untuk melancarkan "perang saraf" melalui blog atau web portal online ada kesan nya.

Dunia siber juga tidak terhad hanya pada kelantan saja, malah melangkau seluruh dunia tanpa sempadan, hatta sampai ke bilik tidor, ada fahamm ?.

Di alam siber juga terdapat banyak sumber maklumat, politik, sains, teknologi, AGAMA dan sebagainya, malah ada store maya sebagai tempat menyimpan data2.

ubnRM mengakui generasi muda selain dari golongan profesional dikatakan cenderung kepada media baru untuk sumber maklumat, berbanding pimpinan Pas kelantan mengharapkan CERAMAH2 yang kadang2 penceramah membawa isu2 basi, kerana penceramah sendiri miskin maklumat dan lisu2, sebab itu lah mereka lebihkan  kepada humor saja.

Golongan intelek, penjawat awam dan profesional sebagainya tak sanggup menadah embun hanya untuk mendengar isu2 basi selain mereka takut kepada majikan, sudah tentu lah mereka merasa lebih baik mereka melayari internet untuk mendapatkan sumber berita dan isu2 terkini.

Selain dari golongan diatas, sebagai contoh yang diakui olih ubnRM, pada pilihan raya umum (PRU) ke-12 lepas, pengundi muda dikatakan terpengaruh dengan maklumat yang tersebar luas dalam dunia siber yang menyaksikan buat pertama kalinya Barisan Nasional (ubnRM) kehilangan majoriti dua pertiganya di 222 kerusi Parlimen.

Jangan terlalu kolot, ikutlah juga teknologi baru, celik lah, sudah lah kita orang Islam sekarang ketinggalan dalam mencipta teklnologi baru………

Ini berdasarkan hakikat terdapat lebih 16 juta pengguna Internet di negara ini berbanding 10.9 juta pengundi (pada pilihan raya umum ke-12 lepas) yang mempunyai kuasa menentukan masa depan negara.

0 comments:

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM