Grab the widget 

Monday, August 03, 2009

pdRM TIDAK MEMIKIRKAN TEMPAT AWAM ADA KANAK KANAK

Ini ada lagi satu Minah mulut luas cakap banyak, cakap dengan lidah tak berlapik memang sedap selagi tidak di cabai, minah ni kata “Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap ibu bapa, penjaga dan pihak penganjur yang melibatkan remaja dan kanak-kanak dalam perhimpunan Gerakan Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kelmarin.

Oiiii ! sedap nya mulut, di jalan belakang dekat Masjid India tu orang berniaga seperti biasa, bila ada orang berniaga sudah tentu ada pelanggan nya, antara ramai pelanggan ada yang membawa anak kecik atau bayi sekali pun, bukan kata kat tempat berdemo je kena asap, kalau nak dakwa memang ramai kanak kanak yang dipimpin tangan olih mak bapa mereka lalu lalang kat situ,  mereka juga menyumpah dan tak sangka, kata nya tak sepadan dengan kesalahan, pdRM melakukan tindakan ganas pada peserta demo, oii ! sedap nya mulut minah nii...

Yang pdRM arah tutup premis perniagaan adalah jalan TAR, antara Komplek Pertama hingga persimpangan dataran merdeka, ini berdasar kan apa yang aku tahu, kerana aku berada di sekitar itu, minah ni tak ada disitu, dia dengar orang lain cakap, sebab tu di bangang memanjang.

Oiiiii! Bom asap tu minah oit !, bila di bawa angin paling tidak sekitar 500 meter masih ada kesan nya oi !!, ko tanya pdRM yang tak pakai Mask apa rasa dia ?……

Pernah kah pdRM memikirkan tentang keselamtan orang awam yang tak kena mengena dengan demo, atau penghuni sekitar, pakai hetam je nak balas dendam dengan peserta demo, ada orang awam antara nya kanak kanak, bayi, orang tua dan OKU, pernah pikir kah itu.

Peserta demo nak berhimpun disitu sebagai tempat permulaan, itu saja, seterus nya nak berarak ke istana negara dengan aman, bukan nya nak pecah dan merompak gedung perniagaan, atau nak bakar bangunan,  apa hal pulak pdRM pegi halang dan pakai lepas Bom asap dan pancutan water cannon pada mereka?, sendiri mau ingat laaa……..bagi la permit dan beri lah kerjasama.

Asal mula nya tiada mudharat bila pdRM campur dah jadi mudharat besar, perghhhhh !, aku ingat la , kalau pdRM tak halang dan provok, tentu tak kecoh punye.

0 comments:

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM