Grab the widget 

Wednesday, May 27, 2009

KAYA KAN PENYOKONG UMNO DULU PRK DUN M/URAI

Ramai lagi pengundi pengundi UBN yang teruk teruk perlu diberi subsidi saperti zink bumbung, jamban, duit poket bulanan dan lain lain barang keperluan asas, aku memang sedih melihat mereka ini, aku kira aku ni dah teruk, tapi mereka lebih teruk lagi, kalau UBN tidak bantu, mereka tidak akan dapat berdikari berbanding orang PAS dapat menerus kan kehidupan tanpa bergantung pada sesiapa , sebab itu orang UBN amat memerlukan projek PPRT, kesian orang UBN  memerlukan tali hayat.

Kepada pengunjung kali pertama ke DUN M/URAI jangan terkejut tentang kehidupan rakyat 1 Malaysia DUN M/URAI dalam kedaifan, inilah hasil 50 tahun lebih 1 Malaysia merdeka, kalau anda melihat ada pemberian bantuan nanti atau wawancara dalam media arus perdana itu semua adalah UBN semua, UBN memang teruk, kalangan pemimpin nya kontraktor anugerah, sebab itu mereka kaya.

INFO :

Tok Guru akan berJumaat di Kg. laloh pada jumaat 29 mei 2009 sebelum ke PASTI Kg.Manik Urai Baru bagi melancarkan gerak kerja PRK DUN/MANIK URAI.

Kepada pengunjung dari luar selepas PRK nanti sekiranya anda bermusafir disekitar DUN M/URAI di KG.LALOH ada rumah tumpangan D’LALOH , disekitar KG.LALOH ada tempat beriadah hujung minggu iaitu AIR TERJUN LATA REK 10 minit berkereta dari laloh.

Masakan popular adalah gulai tempoyak ikan KELAH taruk daun PEPIJAT, anda tak pernah dengar daun pepijat ?, datanglah sekali seumor hidup untuk menikmatnya, makan daun pepijat atau isi dibuat sambal dapat mengurang kan cacing rambu (kerawit).

SELAMAT DATANG MUSLIMIN DAN MUSLIMAT

0 comments:

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM