Grab the widget 

Wednesday, February 18, 2009

PENGGUNA BOTOX MESTI BERTAUBAT

Umat Islam yang menggunakan botox wajib bertaubat untuk membersihkan diri daripada amalan yang bertentangan dengan agama, berikutan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa suntikan untuk tujuan kosmetik itu adalah haram.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, menegaskan sesiapa yang sudah menggunakannya wajib berniat untuk tidak mengulangi penggunaan bahan itu.
mat ............ mesti dengar apa tok ppeti kata, bukan mufti PAS kata.

Beliau berkata, selain pengguna botox, taubat itu juga wajib di kalangan pihak yang menyediakan khidmat rawatan kosmetik menggunakan bahan sama.

“Solat taubat hanya sekadar amalan sunat, bagaimanapun yang penting niat dengan sepenuh hati untuk tidak mengulangi perbuatan sama,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Semalam, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan penggunaan suntikan botox bagi tujuan kosmetik adalah haram kerana didapati mengandungi bahan meragukan dan bersifat najis.

Bagaimanapun, suntikan itu dibenarkan untuk tujuan perubatan dengan syarat penggunaannya dikategorikan sebagai dalam keadaan darurat dan berdasarkan keperluan serta dilakukan pakar bertauliah.
mungkin mat.......... darurat, nak tarik pelanggan undi dia jadi ketua .........
Sebelum ini, dua pensyarah syariah Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohd Nasran Mohamad dan Ahmad Dahlan Salleh, berkata kaedah rawatan menegangkan kulit muka menggunakan suntikan botox adalah haram dari segi Islam.
peringatan bukan untuk mat ............. saja, orang lain pun kena ambil berat juga.
panjang ceritanya, ko orang kli sini .


2 comments:

tok ggawo said...

ia disifatkan satu penipuan serta mengubah kejadian Allah.

perunding said...

saya dah jadi peminat tok ggawa..
semua artikel mendalam maksudnya.

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM