Grab the widget 

Sunday, February 15, 2009

KHAS UNTUK ANI DI TANJONG TOKONG P.PINANG

Assalamualaikum ! buat Ani dan Rosli sekeluarga serta adik beradik ani semua, semoga berada dalam sihat sejahtera semua.

Ani adalah anak kepada sepupu isteri aku yang berasal dari Kuala Kangsar Perak, kini menetap di p.pinang negeri suaminya

Tujuan posting ini adalah untuk mengetahui keaadan MELAYU P.Pinang semasa dalam BE END GERAKAN dan PR DAP, apa perbezaan yang ketara pendekatan yang di lakukan antara kerajaan dahulu dan sekarang, SEKIRA NYA KAU JUMPA BLOG AKU sila kau hubungi isteri aku.

Ani, Ani boleh keluar dari negeri P.Pinang untuk melihat antara negeri negeri yang majoriti melayu, contoh nya datanglah ke pantai timor, Ani tidak boleh menilai sekiranya Ani tidak keluar dari kepompong P.Pinang, kerana melayu P.Pinang jauh bezanya dengan melayu negeri di pantai timor.

Ani, melayu P.Pinang hampir pupus dik tidak bertanggong jawab nya kerajaan terdahulu ( belah tanjung ) khasnya RASUAH UMNO (untuk pengetahuan ani, dua perkataan itu telah ditukar RASUAH = UMNO dan sebaliknya) yang pemimpinnya mementing diri sanggup menggadai bangsa sendiri demi nafsu dan perut mereka sahaja. ani, lihat disini http://alhusseyn51.blogspot.com/2009/02/umno-menjual-bangsa-melayu-pulau-pinang.html .   

Ani, apa guna ada PM dari negeri ini, tapi negeri nya di perintah bangsa lain, dengan kemajuan yang ada di negeri tidak menjamin kan MELAYU ISLAM akan terus berkembang mengikut kemajuan, lihat lah Singapura .

Ani , BE END RASUAH UMNO tidak lagi boleh diharap, pemimpinnya rasuah, banyak melakukan maksiat, ISLAM tidak boleh berada dalam kepala hotak pemimpin yang melakukan maksiat, walau pun ada ULAMA, MUFTI, CERDIK PANDAI ISLAM dan lain lain lagi, mereka ini digajikan untuk taat dan patuh kepada pemimpin mereka sahaja.

Ani, tengok saja suasana politi mutakhir kini, kedudukan pemimpin RASUAH UMNO melebihi RUKUN NEGARA yang mereka sendiri ciptakan, sultan mereka senang senang memperkotak katikan, undang undang mereka dengan gelojoh membelakangi demi kuasa dan nafsu mereka.

Ani, aku harap kau tidak di sebelah itu, sekiranya kau ke pantai timor jengoklah aku sekeluarga, walau pun kami tiada kemajuan kami redha kerana MELAYU ISLAM disini majoriti dan kami bahagia, di pantai timor Ani boleh menilai apa kah erti nya KEMAJUAN yang sebenarnya.

Ani, akhir sekali aku menyusun sepuluh jari memohon maaf sekira menyinggung mu.

SALAM DARI KELUARGA KU BUAT MU JUGA SEKELUARGA.


0 comments:

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM