Grab the widget 

Sunday, February 15, 2009

SILA MENDERMA UNTUK MENGEMBALIKAN KUASA RAKYAT

Diseru kepada individu hartawan, syarikat syarikat, badan badan NGO , tawke tawke, dan kepada sesiapa saja yang sayang kepada PR.

Sekarang tibalah masanya untuk anda menderma sedekah berupa wang, makanan, beras, lauk, sayur dan peralatan untuk menjalankan kempen PRK P 59 Bukit Gantang Perak dan N 25 Bukit Selambau Kedah.

Tidak lama lagi bilik gerakan, markas, pos pos akan dibuka antaranya akan beroperasi 24 jam dimana ramai petugas petugas pilihanraya bekerja keras bagi memenangkan di 2 PRK itu, diantara petugas sukarela ada yang meninggalkan kerja harian mereka, jadi sumbangan anda yang perihatin kepada PR yang mana anda tidak berpeluang untuk ikut serta tapi sayangkan perjuangan, ini lah caranya yang terbaik bagi anda untuk ikut serta.

Ini adalah pengalaman kami di kelantan, dimana tak kira apa bangsa atau ugama telah bemurah hati, mereka sanggup menderma sehingga tidak putus putus derma sampai malah haiwan ternakan juga didermakan, kerana mereka ingin melihat kerajaan RASUAH UMNO tidak lagi bertapak di kelantan.

Anda boleh secara terus atau wakil datang berjumpa ketua ketua tempat yang disebut diatas untuk menghulurkan derma bantuan anda, atau hantar saja barang barang di tempat tempat tersebut tanpa orang mengetahui idintiti anda.

PRK kali ini sama sekali tidak sama dengan lain lain PRK, dalam keadaan RASUAH UMNO begitu nazak, ampuh dan goyah dan dengan segala tipu daya, putar belit untuk berkuasa dengan apa saja cara dengan secara haram pun, jadi kita mengambil peluang ini untuk mengajar dan menguburkan cita cita mereka yang jahat itu.

Ini adalah peluang keemasan bagi anda yang tidak dapat ikut serta, mungkin anda tidak dapat oleh sebab sebab tertentu atau takut untuk menzahir diri pendirian sokongan anda terhadap PR, dengan itu anda jangan berlengah lagi terus saja laksanakan tugas anda dan niat kan nya sebagai sedekah jariah dan jihad insyALLAH.

Kepada dermawan muslim semoga ALLAH memberkati hidup anda.

SELAMAT BER PRK SEMOGA MENCAPAI KEMENANGAN YANG LEBIH BESAR.

ALLAHUAKBAR ! ALLAHUAKBAR ! ALLAHUAKBAR !





0 comments:

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM