Grab the widget 

Saturday, February 21, 2009

IBRAHIM ALI DALAM KENANGAN

Siapa tak kenal Ibrahim anak Tok Penggawa Ali.

Ibrahim Ali, 47, sejak di bangku sekolah lagi memang dikenali sebagai kaki
buli dan ketua samseng (gedebe). Pengaruh samsengnya lebih ketara kerana
selain hidup beliau sejak kecil lagi agak lebih mewah berbanding rakan-rakan
sekolahnya yang rata-rata dari anak-anak kampung yang miskin, beliau turut
digeruni termasuk oleh para gurunya kerana merupakan anak seorang yang
digeruni iaitu Penggawa Ali.

Watak kaki samsengnya ini terbawa-bawa sampai ke ITM dan seterusnya apabila
melompat terjun dalam karier politik. Dalam peristiwa tunjuk perasaan pelajar
awal tahun 1970'an, Ibrahim Ali menonjol diri sebagai pemimpin pelajar
sehingga turut merengkok bersama Anwar Ibrahim sebagai tahanan I.S.A..
Sehingga kini peristiwa tersebut menjadi modal dan kebanggaan beliau yang
ingin meletakkan dirinya setaraf dan sehebat dengan Anwar sekurang-kurangnya
dari segi sejarah peribadi. Selain itu, dalam bidang pendidikan, kalau Anwar
usahakan Yayasan Anda, Ibrahim pula bangunkan K.L. Polytechnic dan KB
Polysciences. Dalam soal hubungan dengan pemimpin Islam dunia, kalau Anwar
pernah bertemu dengan pemimpin besar Islam seperti Ayatollah Khomeini, Zia
ul-Haq dan ramai lagi maka Ibrahim Ali pernah bertemu dengan Khomeini, Maududi
dan beberapa tokoh Islam ulung lain. Walaupun banyak ciri-ciri persamaan
dengan Anwar Ibrahim, bintang Ibrahim tidak secerah Anwar dalam UMNO. Inilah
yang menjadi kecemburuan Ibrahim terhadap Anwar sehinggalah akhirnya Mahathir
angkat Ibrahim Ali setelah Anwar disingkir.

Dalam politik, kisah kerja-kerja jahat dan samseng Ibrahim Ali ialah seperti
berikut :

1. Terlibat dalam perancangan menjatuhkah kerajaan PAS dalam krisis Datuk
Muhammad Nasir dan Datuk Asri di Kelantan melalui 'rusuhan' yang dicetuskan
pada bulan Oktober 1977. Beliaulah yang terlibat dalam perancangan bersama Ku
Li mencetuskan 'rusuhan' tersebut dengan mengupah sekumpulan pemuda untuk
membakar tayar-tayar buruk untuk menarik orang ramai berkumpul dan memecahkan
kedai-kedai Cina di tengah-tengah bandar Kota Bharu. Untuk mengelakkan dari
disyaki sebagai dalang demonstrasi, Ibrahim Ali berada di Kuala Lumpur ketika
peristiwa itu berlaku. Peristiwa ini menjadi alasan untuk Dato' Hussein Onn
sebagai Perdana Menteri mengisytiharkan darurat dan kerajaan MAGERAN di
Kelantan pada 8 November 1977. Ibrahim Ali berpura-pura membela Muhammad Nasir
dan menubuhkan Parti Berjasa sebagai parti pecahan PAS. Setelah misinya
berjaya, Ibrahim Ali melompat ke dalam UMNO untuk kembali bersama ketuanya Ku
Li. Sebab itulah ketika Ku Li keluar menubuhkan S46 pada tahun 1987, beliau
ikut sama. Beliau ketika itu begitu yakin bahawa beliau bersama team yang kuat
(Team B) dan Ku Li akan jadi PM. Tetapi bila didapati impian itu tidak
kesampaian ditambah dengan masalah kewangan yang beliau hadapi (muflis
sehingga pembinaan mahligainya di Taman Mimi, Wakaf Baru terbengkalai) beliau
melompat meninggalkan Ku Li untuk menjilat dan melutut kepada Mahathir.

2. Kepakaran samseng dan jahatnya digunakan oleh Mahathir untuk memfitnah
Mohd Sabu dalam kes khalwat dalam tahun 1994-5. Sedihnya seorang yang
dikatakan ulama dalam UMNO seperti Haji Dasuki Haji Ahmad turut terlibat dalam
perancangan jahat terhadap Mohd Sabu ini (Haji Dasuki sepatutnya insaf kerana
pernah di'fitnah'kan oleh musuh politiknya dalam UMNO dengan skandal khalwat
dengan isteri orang (guru KEMAS) di hotel yang sama).

3. Mahathir amat sayang orang seperti Ibrahim Ali yang sanggup melakukan
apa saja dalam menghadapi musuh politik ketuanya. Tuan Guru Nik Aziz pernah
menasihati Mahathir supaya jangan terlalu mempercayai budak-budak UMNO seperti
Ibrahim Ali dan Anuar Musa yang banyak mencetuskan krisis dan salahfaham
antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan tetapi tidak diendahkan oleh Mahathir
kerana Ibrahim Ali adalah aset penting beliau. Ini terbukti benar kerana
Ibrahim Ali kini merupakan panglima Mahathir dalam menghadapi Anwar dan
gerakan Reformasi.

4. Dalam membela ketuanya Mahathir, Ibrahim Ali lah satu-satunya yang boleh
bertindak samseng menengking dan mengecam Anwar dalam Mesyuarat MT UMNO 3
September 1998. Jasa keberanian dan kelantangan Ibrahim ini telah dihadiahkan
oleh Mahathir dengan jawatan Timbalan Menteri dengan harapan beliau akan lebih
bersemangat dan lantang berterusan membela Mahathir dan membenteras musuh
politiknya. Walaubagaimana pun, kebiadaban dan keceluparan beliau terhadap
Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan fitnah terhadap Anwar amat tidak disenangi oleh
Cik Siti, ibu kandungnya sendiri. Ibunya amat bercita-cita untuk pergi ke
Pulau Melaka dan bertemu Tuan Guru Nik Aziz untuk menyatakan kekesalan
terhadap anaknya Ibrahim Ali.

5. Pada 10 Oktober 1998, Ibrahim Ali dan adiknya, Azmi Ali telah merancang
untuk mencetuskan huru-hara di Kota Bharu atas nama PAS dan tunjuk perasaan
reformasi. Tektik seperti 1978 ini tidak menjadi kerana dapat dikesan oleh
Tuan Haji Husam Musa, Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan dan beliau
membuat laporan polis terhadap risalah yang menggunakan lambang PAS untuk
mengajak rakyat mengadakan demonstrasi reformasi di Kota Bharu. Rakyat tidak
terpengaruh bahkan tidak ikut serta apabila muncul sebuah kereta berlambang
PAS dengan nombor plet kepunyaan adik Ibrahim Ali iaitu Azmi Ali yang cuba
menarik perhatian orang ramai untuk berdemonstrasi pada hari tersebut. Dengan
kawalan ketat polis dan FRU, kereta itu berlalu tanpa mendapat
sambutan orang ramai.

6. Kini dengan jawatan baru sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, yang dihadiahkan oleh Mahathir, Ibrahim Ali berperanan memerangi
sesiapa saja yang melawan bosnya melalui Panel Guaman UMNO yang dipengerusikan
olehnya. Akhbar Harakah, tokoh-tokoh PAS dan sesiapa sahaja yang lantang
bangkit menyedarkan rakyat tentang kepincangan Mahathir akan menjadi sasaran
Ibrahim Ali. Kalau tiada alasan, akan dicipta alasan untuk memburukkan musuh
politik Mahathir dan UMNO. Isu tape bunuh Mahathir yang didedahkan oleh
Ibrahim Ali adalah contoh usaha jahat rekaan beliau. Tidak ada siapapun di
Kelantan yang tahu adanya tape tersebut kecuali Ibrahim Ali. Polis Kota Bharu
terpaksa bertindak menyiasat perkara ini setelah laporan dibuat oleh pihak
Ibrahim Ali. Akhirnya 5 orang ditahan antaranya didapati terdiri dari orang
UMNO dan pengikut Ibrahim Ali sendiri dan ada juga yang ditahan secara rambang
di Kota Bharu ketika mereka sedang berlegar di gerai penjual kaset di sekitar
Bangunan PAS. Sebab itulah Sabarudin Chik tergamam apabila pemberita tanya
sekiranya yang ditahan itu adalah orang UMNO sendiri. Kemudiannya, Ketua Polis
Kelantan buat kenyataan media bahawa kesemua mereka yang ditahan itu
dilepaskan setelah disoal siasat dan meminta orang ramai yang ada maklumat
dikehendaki membantu polis. Di samping itu, Ibrahim Ali turut memperbodohkan
orang UMNO dengan mengarahkan mereka membeli tape-tape penceramah PAS yang
dijual di Bangunan PAS Kota Bharu untuk dibandingkan dengan suara dalam tape
Ibrahim Ali itu. Namun, isu tape ini akhirnya lenyap kerana rakyat sudah masak
dengan tektik fitnah dan temberang Ibrahim tukang karut ini.

7. Pada satu Jumaat bulan Mac 1999 yang lepas, Timbalan Menteri Ibrahim Ali
dan Setiausaha Sulitnya yang juga bekas S/U Sulit Dato' Wira Ali Rustam telah
hadir bersembahyang Jumaat di Masjid Pasir Pekan. Ditakdirkan Allah, khatib
bertugas, Ustaz Rostam Ismail dalam khutbahnya telah mengajak para jemaah
mempertahankan kerajaan yang menegakkan Islam dan membaca doa Qunut Nazilah
serta terjemahannya yang memohon supaya Allah menghancurkan golongan zalim dan
memusuhi Islam. Merah padamlah muka Ibrahim Ali menahan kemarahannya terhadap
khatib muda itu. Sebaik sahaja selesai sembahyang dan bersalaman, khatib terus
masuk ke biliknya dan Ibrahim Ali menunggu di luar bilik tersebut. Setelah
puas menunggu khatib yang tidakpun keluar itu, Ibrahim Ali meluru ke arah para
jemaah untuk bertanyakan tentang khatib itu, namun tiada seorang pun yang
melayan beliau. Rupa-rupanya khatib itu sudah pun keluar dan pulang melalui
pintu khas bilik imam tanpa menyedari bahawa seorang Timbalan Menteri sedang
menunggu untuk bertemu dengan beliau. Akhirnya kemarahan beliau terhadap
khatib itu dilepaskan dalam media. Namun, khatib muda secara halus menjawab
kembali tuduhan-tuduhan tidak berasas Ibrahim Ali itu dalam khutbahnya pada
hari Jumaat minggu berikutnya.

8. Untuk memastikan kemenangan berpihak kepadanya dalam pilihanraya umum
nanti, Ibrahim Ali telah berusaha memindahkan pengundi-pengundi dari kawasan
lain seperti Tumpat ke Parlimen Pasir Mas. Kad-kad pengenalan dipinjam dan
dibayar antara RM50.00 hingga RM200.00 seorang. Kesempatan semakan semula
daftar pemilih April ini digunakan sepenuhnya. Beliau juga mempunyai beberapa
perancangan jahat yang lain. Antaranya meminta Azmi Ali mencari seramai
mungkin kaki-kaki yang boleh digunakan untuk membuat kacau dan sebagainya
sekiranya perlu menjelang pilihanraya umum ini. Beliau mengatakan wang tidak
menjadi masalah asalkan matlamat tercapai.

9. Ibrahim Ali kini menumpukan banyak masa di Kelantan khususnya Parlimen
Pasir Mas di mana beliau adalah Ketua Bahagian UMNO. Jadualnya dalam seminggu
ialah 3 hari di Pasir Mas dan 4 hari selebihnya di Kuala Lumpur. Sebagai orang
kesayangan Mahathir beliau harus kerja kuat, tambahan pula ada ura-ura beliau
mungkin dilantik menjadi Ketua Perhubungan UMNO Kelantan menggantikan
Mahathir. Inilah yang merisaukan Anuar Musa yang masih menjadi Timbalan Ketua
Perhubungan UMNO Kelantan. Contoh betapa Anuar Musa semakin tidak tahan dengan
kemaraan Ibrahim Ali ialah pertelingkahan mereka mengenai Jabatan Pembagunan
Persekutuan (JPP) di Kelantan. Baru-baru ini Ibrahim Ali mengarahkan Pengarah
JPP untuk mengadakan pertemuan tergempar dengan seluruh pegawai dan
kakitangannya. JPP lalu mengeluarkan pekeliling memanggil mesyuarat dengan
Ibrahim
Ali kepada semua kakitangannya. Setengah jam kemudian Pengarah JPP menerima
penggilan dan memo dari Anuar Musa usupaya membatalkan majlis tersebut dengan
alasan Ibrahim tidak berhak memanggil mesyuarat JPP itu. Lalu pekeliling
tersebut ditarik balik dan majlis dibatalkan. Apabila Ibrahim Ali sampai,
beliau diberitahu majlis dibatalkan atas arahan Anuar Musa. Walaubagaimana
pun, Ibrahim akhirnya lebih dipercayai oleh Mahathir dan sekarang beliaulah
yang menguasai JPP.

10. Dalam mesyuarat tertutup Ibrahim Ali dengan penyokong-penyokongnya dalam
UMNO, beliau mengemukakan strategi Gempur, Cantas, Bunuh (GCB) dalam
menghadapi lawan politiknya dalam UMNO. Iaitu gempur kubu kekuatan lawan
dengan propaganda dan geraksaraf dan setelah musuh lemah dan sokongan berpihak
kepada kemnya, gerakan mencantas dan seterusnya membunuh karier politik akan
dilaksanakan. Ini bagi memastikan musuh akan terus berkubur dan tidak akan
bangkit selama-lamanya. Kini disebarkan di kalangan orang-orang UMNO dan
masyarakat kampung Parlimen Pasir Mas bahawa kita sepatutnya rasa beruntung
dan bangga mempunyai Ketua Bahagian dan anak jati Pasir Mas sebagai Timbalan
Menteri.

Nasihat ikhlas kita kepada Ibrahim Ali ialah supaya lekas-lekas pergi jilat
&#% Mahathir yang kini terlantar di IJN sebelum terlambat kerana dikhuatiri
termakan sumpah yang pernah beliau lafazkan dahulu.

Doa kita agar Tuhan yang Maha Adil tidak sekali-kali mengurniakan zuriat
kepada manusia Ibrahim Ali yang jahat ini agar tidak merosakkan Agama, Bangsa
dan Negara demi kesejahteraan generasi akan datang.

sumber cedok disini .

2 comments:

Anonymous said...

Saudara,
Buat apa dibuatkan biodata beruk mak yeh nie....Tak payah...Kami tak pernah anggap species ini ujud sebab terlalu hina...almaklumlah katak.Katak pula bukan sebarang katak, katak bobok tau adik beradik katak puru....Issshhhhh tak payah dilayan si katak okeeeeyyyy....

Anonymous said...

haprak le budak brohim ni, tv3 banyak tunjuk perkakasan ni dari pemimpin pas,,,

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM