Grab the widget 

Sunday, February 01, 2009

AKU MENYAMPAH SESETENGAH YB PKR

Lantak dia orang lah, adun adun PKR PERAK nak lompat parti apa pun aku tak peduli, kerana antara mereka ex UM NO, secara peribadi aku sebagai penyokong PAS aku rela PAS jadi pembangkang walau pun bersendirian, lebih selesa lebih kuat semangat dari bercampur jadi cacamerba, kami penyokong PAS ditarbiah oleh kepimpinan kami dengan idiologi ISLAM, kami diajar tiada istilah tawar menawar dalam ISLAM.

Aku ni orang bodoh, tapi boleh diajar, main main blog ni pun pandai pandai sendiri saja, tengok saja ayat ayat yang aku taip pun lintang pukang tidak ikut standard bahasa yang betul, tapi oleh beberapa perkara yang terbuku di hati tiada tempat nak diluah kan jadi blog saja lah aku gunakan, aku rasa antara blogers yang ada akulah yang paling koman sekali, sejujurnya blog ini pun aku bikin sendiri, tiada asas sedikit pun tentang IT.

Tapi bila timbul hal hal lompat melompat aku semakin yakin bahawa percampuran parti parti selain yang berasas kan ISLAM ni semua merosak kan lagi perjuangan ISLAM yang sejati, 1000 tahun pun rela menunggu dan aku yakin ketentuan ALLAH akan menyebalahi kita.  

Dalam usia merdeka 50 tahun lebih aku rasa amat muda dalam perjuangan, tanah air kita saja dijajah lebih 700 tahun bermula dengan pertugis ( kalau aku silap tolong betulkan, aku orang bodoh tolong ajar InsyaAllah aku terima ) tak kan kita dengan mudah mudah nak terima kemenangan tanpa ujian yang besar besar.

Yang paling aku setuju apa yang disaran kan oleh YB Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin. ada yang yang tersurat dan tersirat.

Akhir sekali bersabar lah penyokong penyokong PAS dan berdoa lah supaya kita mencapai kemenangan MUTLAK yang di redhai oleh ALLAH.
pada PR harap maaf, kerana aku sangat sangat terkedu dalam sehari dua ni.

Takbir!!!   ALLAHUAKBAR ! ALLAHUAKBAR ! ALLAHUAKBAR !.


6 comments:

Mr Joker said...

Salam Tok Ggawo - bukan hang ke yang terkedu, aku pun dah naik menyampah sbnrnya...

patutnya depa ni dari awal kene perkukuh diri masing-masing.

bukan senang nak pikul amanah dan bukan senang nak kena ratah dek nafsu.

semua jadi sebab tak dak tarbiyah... yang ada cuma keinginan untuk mencuba, tapi jatidiri kurang sangat-sangat.

kalau diandaikan (contoh) PAS menang majoriti tipis 23 PAS, 22 UMNO, aku sikit pun x risau kot-kot orang PAS akan lompat pasai kita yakin dengan jatidiri depa, tapi kalau PKR 30, UMNO 20 aku masih risau...

hang paham kan?

cyberboron said...

Salam Tok Ggawo

Gitulah juga yg berasak-asak menyentap dalam kepala aku.

Cuma buat masa ni kita masih masih eksperimen kaedah Tahalluf Siasiyy yang confirmed memang ada dalam fiqh siyasah syar'iyyah.

So kita tunggu tengok. Setakat yg kita masih dapat berjalan di atas prinsip dan hukum maka kita akan terus dengan kenderaan ini.

Wallahu a'lam. Ambo pung seghupo demo jugok. Tidoklah ulama'.

perunding said...

dalam situasi ini semua menjadi bimbang,
bila saya bimbang,resah,saya tulis topik lain.
_________

kita perlu tengok fakta kronologi masa.
sebelum pru12 kita semua tidak mengjangka nak menang besar.
Pkr khususnya tidak mempunyai pilihan calon yg ramai ketika itu.
Sekarang mereka sudah membaiki dan sedang membaiki keaadaan itu.
Pru13 InshaAllah perancangan dan persediaan adalah lebih baik.
_______________
dalam perkongsian,kita sentiasa berlapang dada.
ada masa kita penyumbang kemenangan,
ada masa dia penyelesai masalah dan kebuntuan.
ada masa doa kita as sebab kemenangan.
ada masa simpati dia as sebab kemenangan.
________________
bykkan isghtifar dan doa.
sentiasa ingat,mereka merancang,Allah Maha Perancang.
ingat doa Nabi Allah Ibrahim,
hasbunallahu wa ni'mal wakil.

wallahuallam

Zolkharnain Abidin said...

Terimakasih kerana sudi jenguk bongkar sauh. Blog ini telah dilinkan dengan http://bongkarsauh.blogspot.com/

zali said...

haa...hari tu gelak kuat sangat...sekarang nak menangis la pulak...

nak hilang negeri ke encik...?

Critical Thinker said...

jangan ikutkan perasaan nanti binasa..ikut kan akal.. masih banyak lagi halangan mereka perlu tembusi melainkan mere mereka itu tidak ikhlas untuk memerintah melebihkan tembolong perut mereka sendiri

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM