Grab the widget 

Tuesday, June 30, 2009

TUAN AZIZ CALON BN SALAH GUNA KUASA SEMASA MENJADI CEO KPSB ? ………..PRK N41 MU

Aikk ! cepat nye, korek mengorek, biasa la tu , kan nak jadi public figure, mesti kena bersih, dan diharapkan banyak lagi adegan korek mengorek ni  , mana mana calon mesti bersedia dengan jawapan, alasan dan bukti bukti kukuh untuk menyanggah sebarang dakwaan yang bakal menyusul.

ini sebahagian dakwaan yang aku petik, Tuan Aziz hidup melebihi kemampuannya ketika menjadi CEO Kesedar Perkilangan Sdn Bhd (KPSB) - jawatan yang disandangnya sebleum dilantik menjadi pengurus di Kesedar……ekoran Tuan Aziz gagal menjelaskan mengenai gayahidup mewah itu, maka beliau diturunkan pangkat menjadi pengurusan bahagian bersama potongan gaji dan elaun. [baca petikan sepenuh nya]  .

Aku sedang mengumpul maklumat melalui orang orang tertentu…………….cheeh waah   !!

kepada geng bloger aku harap terus mengorek penyelewengan harta rakyat ,olih orang tak bertanggung jawab semasa mereka mempunyai kuasa dan memikul amanah rakyat……………

2 comments:

adibeta said...

Tuan,
1.Tak takut ke dgn dosa fitnah...

2.Tu la....kata dulang paku serpih..
kata org kita yg lebih

make_budu said...

Tn Aziz hidup low profil di sebuah rumah papan yang disewa. Klu nak kira
memang bukan taraf dia dok umah papan tu. Bini jd cikgu pulak. Gaji pokok dia lebih RM5k. Dulu pakai iswara, pastu tukar waja, lo ni perdana cabuk...mewah ka lgu tu.

Klu calon PAS tu, seorang sahabat lama dia ( calon PAS Manek Urai ) memaklumkan bahawa Mercedes Abg Jee tu dibeli dgn cara yg tidak sah dari segi undang2. Harga masa tu sekitar RM80-90,000 tp Abg Jee cuma habiskan RM40,000 shj. Dia beli selepas dia jual Honda berlian dgn harga RM60,000. Klu tak silap tahun 1986. Guano agaknya? Mtak Tok Gawa siasat deh...

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM