Aku petik kenyataan Yang di-Pertuan Agong Mengenai Perhimpunan 9 Julai dari BERNAMA.
1. Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.
2. Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.
Kenyataan penuh [disini]
1 comments:
Apakah pengharaman himpunan BERSIH 2 ini merupakan satu tindakan terakhir yg boleh manjamin keamanan negara???? atau ada pihak yg terlalu takut kehilangan kuasa dan amat takut dgn kesan yg bakal dihadapi bila kehilangan kuasa mereka. atau ada pihak yg cuban menggunakan alasan keamanan negara utk menutup segala kepincangan dan kekotoran dlm pentadbiran mereka, segala penyelewengan, korupsi, jenayah, maksiat, menjual hak dan tanah org melayu dan berbagai2 dosa yg terhimpun selama 54 tahun memerintah.
Apakah pilihan yg ada kepada rakyat setelah berkali2 tuntutan dibuat supaya kerajaan berlaku adil… apa yg kerajaan lakukan… alasan demi alasan dan berbagai cara dilakukan utk menidakkan tuntutan rakyat. ini jelas. mana2 rakyat pun akan nampak dan dapat rasakan kejahatan dan penipuan oleh pemerintah ini, hanya maruah dan keimanan yg teguh yg dapat membuat seseorang itu untuk merasa sensitif dan bertanggungjawab utk mengambil tindakan kerana mereka sedar akan perbicaraan dan hisab yg bakal dihadapi di Mahkamah Allah Rabbul Jalil bila mati nanti…
Apakah mereka yg telah melakukan kerosakan dan pengkhianatan selama 54 tahun terhadap hak rakyat negara ini terutama hak2 orang melayu dan Agama Islam sanggup utk menghadapi undang2 jika kuasa mereka tumbang. Akan ada bekas2 pemimpin yg akan mati dipenjara dunia ini. Apakah mereka sanggup.
Jadi mau tak mau merekalah pihak yg beria2 akan mempertahankan kuasa mereka hatta dgn menggadai nyawa sekalipun.. ini lah orang2 yg mempunyai motif dan kepentingan peribadi yg akan menggunakan apa cara sekali pun utk kekal berkuasa. dan merekalah yg pailing takut dgn kebangkitan rakyat…
Jadi natijahnya apakah berbaloi untuk kita bersubahat secaga sedar atau tidak bgn dosa2 yg dikumpul selama 54 tahun oleh pemimpin2 durjana ini. Dan apakah kita sanggup dgn kuasa yg sedikit yg diberikan oleh Allah kepada kita utk kita berdiam diri dan melepaskan tanggungjawab ini kpd org lain... bahkan kitalah yg membawa sinar harapan utk generasi baru yg akan mewarisi negara ini. apakah kita sanggup membiarkan kerosakan dan kehancuran ini diteruskan oleh pemerintah2 yg zalim dan dungu ini.
Post a Comment